Wednesday, September 30, 2009

Hassan Ali, Jangan Sesuka Hati Buka Mulut !!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani

Hasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…

Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!

Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan mesyuarat dan lebih teruk bersikap hipokrit dan double-standard atau Talam Dua Muka!

Saya sebagai ahli PAS, sama sekali tidak merestui apa yang telah dilakukan oleh PJ PAS Selangor ini. Kedudukannya sebagai PJ PAS Selangor, bukanlah tiket yang memberikannya kebebasan membuat sebarang kelaku tidak senonoh sehingga merosakkan keharmonian PR dan PAS Sendiri.

1. Membohong amalan munafik. Hj Hadi pastinya dah hafal hadis ini. Masalahnya, Hasan Ali sudah membohong. First, masa mengempen waktu PRU dulu, dia janji nak buat buat ini, last-last apa pun tarak! Hei Hasan Ali…itu belum kira kes dia jumpa BN secara ‘under ground’…so, buat apa Hj Hadi nak simpan orang macam ni!

2. Tidak patuhi ketetapan mesyuarat. Jangan kata ketetapan mesyuarat PAS seperti mana disebut Khalid Samad di blognya, bahawa semua pihak dalam PR perlu menjaga keharmonian satu sama lain, atau dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka sendiri, bahkan Hasan Ali terang-terang melanggar ketetapan mesyurat agung PAS. Bukankah ketetapan muktamar PAS di Shah Alam dulu meluluskan usul memperkukuhkan kesepaduan PAS dan PR? Apa jenis pemimpin ni tak patuh keputusan mesyuarat ni?

3. Tidak jaga kerahsiaan. Apa ni, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, ada orang kata Pak Khalid tak jaga kerahsiaan dan sebagainya. Habis tu, yang Hasan Ali pi belasah SELCAT terang-terangan tu apa? Awat tak boleh bawak bincang ka dalam mesyuarat tertutup? Ceh…kata siasatan Selcat memalukan…habis tu tindakan dia tu apa? Apa tak malu ke Ten Chang Kim sebagai Pengerusi Selcat? Hasan Ali belajar dari mana semua ni…sedangkan Rasulullah SAW sendiri tak izinkan Umar pancung Abdullah bin Ubai…ini semua persoalan besar Hasan Ali…kamu kena ikut usrah marhalal taarif balik ni!

4. Tidak tau meletakkan keutamaan. Hasan Ali selaku PJ sepatutnya bijak la sikit membaca senario politik. Kan sekarang PAS dan PR tengah bergelut nak menang di Bagan Pinang, awat la hang pi buat isu lagi. Dulu isu arak, jenuh orang lain menolong selesaikan masalah. La ni masalah Selcat la pulak. Karang, aku kata hang ni memang HAMPEH, kata berlebih la pulak. Hai Hasan Ali, cerdiklah sikit…takkan tak tau keutamaan isu yang perlu diperjuangkan. Bacalah Fiqh al-Aulawiyat dari Qardhawi. Jangan main belasah ja. Isu Beng Hock, kecelaruan SPRM, Kepala Lembu dan lain-lain lagi yang sepatutnya kamu kena perjuangkan, bukan isu ini. Bila Khalid Samad bersuara, ada pihak kata…kononnya dia nak cari nama, dah tu…kamu sebagai PJ buat derk je…apa cerita!

5. Membela pesalah! Yang Selcat dok siasat tu pasai nak tegakkan kebenaran, dalam mahkamah pun depa tak sekat sapa-sapa nak jengok masuk…kata orang-orang tua, Berani Kerana Benar, Takut Sebab Salah…jika depa misalnya para DO tu tak dak buat salah…apa nak takut! Bahkan tindakan Hasan Ali ini seolah-olah menjadi ‘jambatan lidah’ para DO Umno ini…agar memberikan gambaran negatif kepada Selcat. Hai Hasan Ali…orang kata kamu Umno…kamu marah…tapi jika dah bersuara macam Umno dan bertindak macam Umno…apa jenis kamu ni?

6. Tak hormat kawan sendiri. Bagi saya, Hasan Ali gagal dalam tapisan sebagai pemimpin, kerana tak reti menghormati kawan sendiri. Dalam kondisi hari ni, PKR dan DAP adalah kawan, Umno dan konco-konconya adalah MUSUH. Jika ini pun Hasan Ali gagal kenal pasti, sudahlah…letak la jawatan exco tu…oghang lain ramai lagi yang layak dan boleh isi!

Kesimpulannya, Hasan Ali memang tak sesuai duduk di posisi sekarang. Dia sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PR. Maka, eloklah Hj Hadi dan PAS Pusat lakukan sesuatu sebelum terlewat. Atau pun rakyat sendiri akan MENGAJARNYA dalam PRU akan datang!

/perakexpress

PRK Bagan Pinang: Zulkefly Mohd Omar Calon PR/PAS :- Nizar vs Najib Altantuya

Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang malam tadi)

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan majlis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang pengurus profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Zulkefly sendiri, Yang Dipertua PAS Teluk Kemang yang juga calon sebelum ini, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

(Gambar:Zulkefly dan Isa bertemu di tanah perkuburan Bagan Pinang ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Azman. Turut serta adalah Datuk Husam Musa, AJK PAS Pusat)

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak 4,600 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka ketika membuang undi.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

/harakahdaily

Tuesday, September 29, 2009

Selcat Dan Krisis PAS Selangor: Khalid Sedia Hadapi Jawatankuasa Disiplin PAS :- Nizar vs Najib Altantuya

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad bersedia untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib pusat parti itu sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan apabila membuat kenyataan bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali patut meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid juga berkata, beliau tidak tahu bahawa adanya usaha PAS Selangor yang dilaporkan mahu merujuknya kepada Jawatankuasa Tatatertib.

"Saya tidak tahu adanya langkah sedemikian. Jika ada, mereka sepatutnya memaklumkan kepada saya ketika mesyuarat Badan Perhubungan Negeri semalam tetapi hakikatnya saya tidak dimaklumkan.

"Tak mengapa, saya akan tunggu dan melihat. Saya sedia dihadapkan ke ke jawatankuasa ini," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi oleh Mstar Online.

Minggu lalu Khalid telah meminta Hasan yang juga Exco kanan kerajaan negeri meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid memberitahu, "nampaknya langkah mereka bukan merupakan satu tindakan tidak gentlemen kerana mereka seharusnya telah memaklumkan saya tentang tindakan yang hendak diambil."

Kata Khalid, beliau hanya melahirkan pandangan bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor seharusnya meletakkan jawatan jika tidak dapat berperanan sebagai rakan sepasukan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru itu katanya, jika kenyataannya itu disifatkan sebagai "salah", beliau bersedia untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Tatatertib jika dipanggil.

Sambil mengulangi bahawa perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan Negeri PAS Selangor semalam, Khalid berkata, kemungkinan ia telah disentuh dalam mesyuarat Dewan Harian yang menyusul selepas pertemuan itu.

PAS Selangor juga mengadakan mesyuarat Dewan Harian malam kelmarin.

"Saya difahamkan ada satu mesyuarat Dewan Harian selepas mesyuarat Badan Perhubungan Negeri semalam, saya tidak pasti.... saya difahamkan.

"Mungkin ia dibincangkan dalam mesyuarat itu, saya tidak tahu," katanya.-/mStar

Selcat: Pergolakan PAS Selangor Semakin Panas? :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Selangor mahu Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin kerana desak Hasan Ali letak jawatan

PETALING JAYA: Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.

Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.

Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

"Tapi, anda tunggu dan lihat," katanya.

Khairuddin berkata, jawatankuasa itu juga sedang meneliti kenyataan-kenyataan Khalid yang boleh merosakkan imej parti.

Jelas beliau, Badan Perhubungan PAS Selangor berdiri teguh di belakang Dr Hasan yang hanya membuat kritikan membina untuk menambah baik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Hasan meletak jawatan berikutan kenyataan-kenyataan beliau yang tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Dr Hasan telah menggesa pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam dan secara terbuka telah mengkritik Selcat berhubung tatacara yang dijalankan terhadap para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui ke manakah wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

Sumber juga menyebut, wujud perbalahan antara Exco Selangor, Ronnie Liu dan pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berikutan Liu telah dipanggil menghadap jawatankuasa bagi menjelaskan sebab beliau menggunakan peruntukan tahun ini dalam tempoh tujuh bulan.

Isu Selcat turut dibangkitkan ketika mesyuarat kelab penyokong-penyokong PAS, justeru perkara yang dibangkitkan Dr Hasan itu bukanlah satu isu baru.

Sumber juga menyebut, ramai pemimpin akar umbi PAS kecewa dengan Khalid kerana menimbulkan tanggapan bahawa Dr Hasan adalah pencetus masalah.

Khalid memang diketahui mempunyai hubungan yang dingin dengan Dr Hasan berikutan keputusan Pesuruhjaya PAS Selangor itu menggugurkannya (Khalid) sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu beberapa bulan yang lalu.-/mStar

Bagan Pinang: Sah, Isa Samad Calon UMNO, Calon PR ... :- Nizar vs Najib Altantuya


Sebagaimana yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Najib memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kredibiliti parti itu di mata rakyat.

Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan Umno pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.

Isa adalah Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang dan dicalonkan untuk Bagan Pinang atas reputasinya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan untuk lebih dua dekad serta berpengalaman luas dalam politik negeri itu.

Dalam memilih Isa, Najib dilihat mengambil "jalan selamat" untuk memastikan Umno mengekalkan kerusi tradisinya itu dan tidak kalah pada pilihanraya kecil di Semenanjung untuk kali kelapan berturut-turut sejak pilihanraya umum 2008.

Umno-BN sebelum ini tewas pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Isa diletakkan di Bagan Pinang bersandarkan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan di situ walaupun kepemimpinan Umno itu akan dilihat sekali lagi sebagai tidak serius dalam membersihkan parti itu daripada gejala politik wang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN untuk Bagan Pinang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Malam ini PAS pula akan mengumumkan calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Pengumuman akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.-/tvantara

Monday, September 28, 2009

Bagan Pinang: Peluang Isa Samad Menang Di N31 Cukup Besar !!! :- Nizar vs Najib Altantuya


Kurang 24 jam dari sekarang, Umno-BN akan mengumumkan calon muktamad mereka untuk mewakili BN di N31. Biarpun BN Teluk Kemang terbelah menjadi 3 puak kini, perkara itu tidak menjadi 'barah' yg berbahaya kepada undi Umno-BN di sana. BN pasti akan terus 'gemilang'.

Tidak akan berlaku undi 'protes' di Bagan Pinang. Jangan samakan N31 dengan siri-siri PRK sebelum ini. Ini tempatnya Isa Samad. Jangan ada sesiapa yg menyangkal perkara ini. Siapa yang tidak tahu ? kerusi N.31 sebelum ini milik siapa ? Sudah tentu bukan dari Pakatan Rakyat. Malah tiada siapa dapat menyangkal betapa berpengaruhnya Isa Samad di sana.

Jika 3 minggu lalu, terlalu kuat spekulasi, untuk menolak beliau untuk dicalonkan, tapi siapa mereka ? Yang suka-suka menolak beliau di Bagan Pinang ? Sedangkan dari akar umbi Umno sendiri begitu memerlukan calon seperti Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno, di situ. Jangan pula ada tonggong-tonggong yg cuba menculas beliau dari tidak bertanding ! Dan jangan ada pula suara-suara yang 'jahat' cuba mengaitkan beliau dengan rasuah. Isu yg sengaja ditimbulkan oleh musuh-musuh politik Isa bagi menjatuhkan beliau. Beliau dianiaya dengan isu itu sebenarnya.

N.31-Bagan Pinang terletak dalam bahagian Teluk Kemang, di mana Isa sendiri menjadi ketuanya. Jadi tidak sukar dijangka bahawa beliau akan mendapat sokongan padu di situ. Malah dari risikan blogger PR sendiri, jelas menunjukkan bahawa seluruh Negeri Sembilan cukup positif menyatakan sokongan kepada Isa, malah sokongan yg diberikan cukup padu. 5 daripada 8 bahagian UMNO di negeri itu mengalu-alukan Isa bertanding di Bagan Pinang - sekiranya dinamakan oleh pucuk pimpinan parti. Sudah terang lagi bersuluh ! Satu perkara lagi, usah dilayan suara-suara sumbang diluar sana, biarkan chedet terus berkokok kosong, siapa beliau untuk mencula undi Isa di Bagan Pinang ? Beliau hanyalah seorg ahli Umno yang kerjanya keluar masuk parti, itu saja ! Tak suka keluar.., Suka..masuk balik. Berbeza dengan pendirian Isa. Dan Isa itu lebih baik dari sudut istiqamahnya kepada Umno. Dan kerana itulah Isa Samad masih diperlukan di Bagan Pinang sokongan ahli Umno begitu bulat dan padu.

Walaupun ada cakap-cakap mungkin juga Isa akan memberikan laluan kepada anaknya untuk dicalonkan di situ, namun apa pun tanggapan suara-suara luar, Bagan Pinang tetap akan menjadi satu lagi titik untuk Isa membuat comeback, dan faktor ini sukar ditolak. Dengan momentum yang ada, setakat ini keadaan sesungguhnya memang memihak pada Isa.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh Umno-BN, kemenangan sudah hampir pasti ! Dan realiti itu dapat diterjemahkan hanya dengan meletakkan ISA SAMAD sebagai calon BN di N.31.

(*) wak - Tak tahulah, kalau BN mahu kalah lagi untuk yg kesembilan kali. Jika itu yg diharapkan, JANGAN CALONKAN ISA !! Calonkan saja chedet..!!

/al-banjari

Bagan Pinang: Mafrel Mahu SPR Kaji Pemberian Status Undi Pos :- Nizar vs Najib Altantuya

Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula status pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis supaya lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata sudah tiba masanya SPR meneliti pemberian status undi pos terutamanya dikalangan anggota keselamatan berkenaan kerana keperluannya sudah berbeza sejak ia diperkenalkan.

"Kami akan mencadangkan kepada SPR supaya undi pos dikaji semula terutamanya pemberian status kepada anggota tentera dan juga polis.

"Kalau dulu memang benar anggota tentera bekerja di sempadan, sukar untuk mereka membuang undi seperti pengundi biasa.

"Tapi kini situasinya sudah agak berubah kerana kebanyakkan mereka hanya berada di kem masing-masing dan mereka mempunyai kesempatan untuk keluar mengundi pada hari pengundian," katanya kepada mStar Online.

Tambah beliau, SPR perlu menimbangkan mengenai perkara tersebut bagi memastikan ketelusan undi pos.

"Undi pos agak kritikal terutamanya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.

"Jadi langkah mengkaji pemberian status kepada anggota keselamatan yang benar-benar sedang berkhidmat di luar kawasan perlu dipertimbangkan... manakala bagi anggota (keselamatan) lain yang tidak menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi seperti biasa, kelayakan (status undi pos) mereka perlu ditarik," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula 3 sehingga 11 Oktober ini menyaksikan jumlah pengundi undi pos sebanyak 4,604 orang dari 13,664 pemilih berdaftar.

Sehubungan dengan itu Syed Ibrahim berkata, Mafrel berhasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak SPR bagi membincangkan mengenai cadangan tersebut dalam masa terdekat.

"Kita bercadang untuk bersemuka dengan SPR bagi membincangkan mengenai banyak perkara yang berkaitan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar.

"Malah kita juga ingin mengemukakan permohonan kepada SPR supaya Mafrel diberikan kebenaran untuk memantau proses perjalanan undi pos... pemantauan itu bukan sahaja semasa pembuangan undi tapi perlu kepada keseluruhan prosesnya," katanya.-/mStar

Ganesan, Speaker Haram!!! - PAS Perak :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa.

"Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.

Abu Bakar mengulas tindakan 28 Adun Pakatan yang tidak akan menyertai sidang Dun Perak akan datang yang dipanggil oleh Speaker Ganesan.

"Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar," katanya.

(Gambar:Speaker DUN Perak, V Sivakumar diseret dari DUN)

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei.

Ia adalah cubaan rampasan kuasa Umno-BN, katanya.

"Sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas Umno/BN yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mengesahkan semua Adun Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan.

Alasan beliau adalah:-

Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas.

Ganesan, kata Khalil, dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

Bagi beliau, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed.

Azhar memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Beliau memetik Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.

Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar, katanya, cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker.

"Saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah," kata Khalil dalam kenyataannya.

Oleh itu, Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

"Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka," katanya. -/harakahdaily

Isu Selcat: Dr. Asri Pertahankan Tindakan Hassan Ali? :- Nizar vs Najib Altantuya


Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.

Menurut Dr Asri, kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu 'complacent' dan berani untuk buat apa sahaja yang akhirnya penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang baru.

"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

"Selama PAS menyatakan prinsipnya dan sikapnya yang Islamik, maka PAS akan dianggap berpendirian dan tidak hanyut dalam permainan politik semata,” jelas Dr Asri.

Sebelum ini, Hasan mempertahankan kritikannya terhadap tatacara Selcat dan menyifatkan kritikan itu sebagai satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor baru-baru ini.

Pendirian Hassan yang terus-terusan mempertikaikan isu Selcat telah mencetuskan polemik baru dan mendapat rekasi pelbagai dari beberapa pihak.

Namun, PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini, tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Hassan. Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga berpendapat usul supaya Hasan harus dikenakan tindakan cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat.

"Ianya bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau. Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin," jelas Nasharudin.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.-/mStar

Selcat: MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Hari Ini :- Nizar vs Najib Altantuya


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertemu Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali dan 9 pegawai daerah di Selangor bagi mendapatkan penjelasan mereka berhubung kritikan terhadap perlaksanaan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan menteri besar sendiri bagi meredakan krisis yang menurut Khalid akibat salah faham itu, pada jam 8.45 malam, Isnin ini.

Hassan Ali diarah menjelaskan kenyataannya yang menyelar operasi Selcat, manakala kesemua 9 pegawai daerah termasuk Bakhtiar Husin yang mengadu diaibkan juga dipanggil untuk memberi penjelasan.

Khalid Ibrahim yakin isu ini dapat ditangani sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada semua pihak. Beliau berkata adalah penting bagi sesebuah kerajaan bertindak dalam satu pasukan.

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

Selcat Selangor sebelum ini meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan keterbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pendengaran awam selcet kali kedua telah diadakan pada 8 hingga 14 september 2009 dan dipancarkan secara langsung oleh tv selangor.com dan tvantara.com.-/tvantara

Sunday, September 27, 2009

Selcat: Hassan Ali Patut Keluar PAS & Letak Jawatan!!! :- Nizar vs Najib Altantuya


Baru-baru ini kita terpaksa menangani "krisis jadian" sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah "dibuli", "diperbudak-budakkan" dan "dihina" semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.

Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Hassan Ali (gambar kanan), sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor.

Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti akan ada reaksi yang kurang baik dan mungkin akan ada juga kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Saya difahamkan bahawa sudah pun dibuat teguran-teguran kepada pihak yang berwajib bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang telah pun dikenalpasti. Teguran-teguran itu telahpun diterima dengan baik di atas semangat kebersamaan dan kerjasama.

Yang menjadi masalah ialah apabila Hassan Ali membuat pendedahan dan kritikan berhubung persoalan ini kepada pihak media arus perdana. Diambil olehnya posisi sebagai pengkritik dan pembangkang, mengkritik kerajaan PR, sedangkan beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai ahli Exco yang sedang bersama berusaha untuk mengasaskan budaya ketelusan, pertanggungjawaban dan keamanahan yang hampir tidak wujud semasa zaman BN dahulu. Diluah pula apa yang tidak dipersetujuinya kepada akhbar arus perdana yang dikenali semua sebagai alat pihak lawan.

Semestinya apabila diserang sebegitu, oleh orang yang dianggap rakan, ramai dari ADUN PR yang terperanjat. Lebih-lebih lagi apabila teguran-teguran yang sama telah pun dibincang bersama secara tertutup dan telah juga diambil kira. Tindakan beliau dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan diri sebagai pembela pegawai-pegawai ini, sambil dalam masa yang sama SELCAT pula digambarkan sebagai pihak yang menzalimi mereka!

Bagi saya, yang "membuli", "memperbudak-budakkan" dan "menghina" pegawai-pegawai kerajaan gred atasan ini ialah pentadbiran BN dahulu. Ini mereka lakukan apabila mereka mengarah pegawai-pegawai atasan ini supaya membenarkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap DUN dihabiskan dalam tempoh dua bulan sedangkan ianya peruntukan untuk setahun!

Mereka dipaksa mengenepikan peraturan-peraturan tetap dan dalam pada itu diugut dengan tindakan tata-tertib sekiranya tidak akur. Ini "buli" dan ini "memperbudakkan". Sebaliknya, tindakan kerajaan PR ingin mendidik dan memartabatkan jawatan pegawai-pegawai kanan ini dengan menjelaskan kepada mereka amanah dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang penting sebegitu.

Hasil tindakan mengkritik SELCAT secara terbuka oleh Hassan Ali, dan ini bukan merupakan kali pertama tindakan sebegini dilakukannya, telah pun menjejaskan imej PR dan PAS.

PR kelihatan sebagai sebuah kerjasama dan gabungan yang rapuh, lemah dan tidak kukuh. Ia dilihat sentiasa bertelagah satu sama lain walaupun telah bersama selama lebih dari setahun. Imej lemah sebegini memang diusahakan oleh BN dan dengan tindakannya itu, beliau telah pun secara tidak langsung membantu BN dalam usaha mereka untuk memperlekehkan PR. Segala usaha PR untuk menzahirkan imej bersatu, kukuh dan padu digagalkannya dengan tindakan sebegini.

PAS pula dilihat sebagai parti yang bersifat "talam dua muka" atau "gunting dalam lipatan". Duduk bersama Exco membincang segala pendekatan tetapi menempelak kerajaan PR pada setiap peluang yang diperolehinya. Dalam bahasa Inggeris ada istilah "one-up manship" yang bermakna usaha untuk menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan nama "kawan". Orang yang sebegini tidak ada yang ingin jadikan sebagai kawan. Dia sentiasa mengambil kesempatan untuk menjatuhkan imej kawan demi menaikkan imej sendiri. Golongan ini dijadikan kawan hanya apabila tiada pilihan lain atau terpaksa.

Sepatutnya sebagai Parti Islam, PAS adalah parti yang ingin disepakati oleh semua kerana jujurnya, amanahnya, setianya, lurusnya dan telusnya. Parti Islam tidak akan khianat kerana sentiasa boleh diharapkan dan dipercayai. Berpegang kepada janjinya dan bukan jenis cakap lain, buat lain. Malangnya buat masa ini di Selangor, PAS tidak mempunyai imej yang sebegitu. Apabila disebut sahaja "lompat" di Selangor, semua melihat pada PAS. Ini adalah hasil dari tindakan-tindakan "one-up manship" yang telah berlaku selama ini.

PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri yang dirahsiakan dan tidak dikongsi bersama dengan rakan Pakatan. Ini menimbulkan syak wasangka dan boleh menggagalkan PR. Kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah yang dikeluarkan selepas ditegur hanya menimbulkan kesangsiaan. Sekejap dikatakan hakim pencen, sekejap tidak. Sekejap dikatakan ingin mengkaji semula kedudukan dengan PR, sekejap tidak! Keliru lagi mengelirukan!

Saya tidak faham, apakah sukar sangat untuk kita berpakat dan berkerjasama secara jujur dan ikhlas? Bukankah kejujuran dan keikhlasan itu dituntut oleh Islam? Adakah kerana kita merasakan kita Parti Islam dan yang lain tidak, maka kita tidak perlu berlaku jujur dalam kerjasama kita bersama mereka? Adakah kita sudah begitu sesat dengan fahaman Yahudi Zionis sehingga menganggap setia kepada janji dengan bukan Islam adalah satu kesalahan? Akan hilang atau tidak wala’ lagi pada kepimpinan Islam kerana menjadi wala’ kepada pemimpin lain? (Bagi yang tidak tahu, wala’ maksudnya kesetiaan).

Sekiranya itulah fahaman yang hendak dibawa, maka akan hancurlah PAS. Bukan kerana kekuatan lawan tetapi kesesatan diri sendiri. PAS sebagai parti Islam mestilah jujur dengan kerjasamanya dengan pihak lain dan atas kejujuran itu akan terbina satu kekuatan yang jitu. Kekuatan kejujuran dan keikhlasan perjuangan Islam inilah yang akan menyebab semua datang berteduh di bawah naungannya. Inilah kaedah yang sebenarnya, bukan melalui pengkhianatan, kelicikan dan kepura-puraan.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

/merdekareview

Makkal Sakhti: Menamatkan Dominasi MIC Dalam BN :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh Zulkiflee Bakar

Sebuah parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti akan dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada parti pemerintah tersebut. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India.

Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum itu. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan yang semakin merudum sudah membuktikan era dominasi MIC sudah berada di penghujungnya. MIC tidak lagi digeruni oleh parti pembangkang sebagai parti yang boleh membolot undi masyarakat India.

Sebaliknya dari semasa ke semasa, parti berkenaan semakin ditolak oleh kaum itu, biarpun MIC mendakwa mereka adalah jaguh kaum India.

Kewujudan pertubuhan Hindraf, penubuhan parti Makkal Sakhti, peningkatan jumlah anggota dalam IPF pertambahan keahlian kaum India dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan terdapat pula sebahagian kecil kaum India memilih Parti Gerakan sebagai wadah perjuangan politik mereka sudah membuktikan bahawa MIC semakin kehilangan pengaruhnya.

Oleh itu, BN tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada MIC bagi meraih sokongan kaum India. Perkembangan politik yang berlaku sudah membuktikan bahawa sokongan kaum tersebut kepada BN akan terus merosot jika parti berkenaan hanya bergantung kepada MIC.

BN perlu mencari alternatif bagi menambah atau lebih tepat lagi memulihkan sokongan kaum itu. Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan tidak boleh kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat India.

Atas alasan itu, maka jika Parti Makkal Sakhti diterima sebagai ahli komponen terbaru dan ditambah pula dengan kehadiran KIMMA yang mewakili kaum India Muslim, maka kekuatan BN akan bertambah.

Tidak usahlah BN terlalu memikirkan apa yang MIC terutama Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu katakan. Apa yang lebih penting ialah survival politik BN. Akibat kegagalan MIC meraih sokonganlah yang menyebabkan pakatan pembangkang menjadi kuat apabila semakin ramai calon daripada kaum India mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya.

Semua itu berlaku kerana orang sudah muak dengan MIC, malah pendirian tegas Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa boleh dianggap mampu memberikan liabiliti kepada BN seperti mana dikatakan oleh Dr. Mahathir sebelum ini.

Dalam memperkatakan soal menerima Parti Makkal Sakhti sebagai komponen BN bersama-sama KIMMA, tiada siapa pun perlu gundah gulana, apatah lagi MIC.

Kalau Samy Vellu begitu yakin bahawa sokongan kaum India kepada parti pimpinannya tidak akan berubah, maka kehadiran parti baru itu tidak harus dibimbangkan.

Biarlah Makkal Sakhti berusaha meraih sokongan daripada kaum India bersama-sama MIC kerana itu adalah lebih baik. Tambahan pula kalaulah kaum India menyokong salah satu parti itu, yang akan meraih keuntungan ialah BN.

Pada masa ini, kita harus akui bahawa MIC sedang dilanda pelbagai kemelut, selain permusuhan yang berpanjangan antara bekas Timbalan Presiden, Datuk S.Subramaniam dengan Samy Vellu, ternyata sekali MIC berada di ambang perpecahan. Kalau ia berlanjutan sudah pasti ini akan menjejaskan kekuatan BN.

Justeru adalah lebih baik jika dominasi MIC sebagai satu-satu parti komponen dalam BN mewakili kaum India ditamatkan supaya segala masalah dalamannya yang berlaku tidak menyeret BN bersama-sama. — /themalaysianinsider

Selcat: Tiada Tindakan Keatas Hassan Ali? Memang F#@$K... :- Nizar vs Najib Altantuya


PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor, yang terus dengan pendiriannya mempertikaikan tatacara Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tahun lalu.

Pendirian ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Malah Nasharudin juga berkata, pandangan beberapa pihak bahawa Hasan harus dikenakan tindakan bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau.

Ia cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat, katanya.

"Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki.

"Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin.

"Penjelasan, ya... kami akan minta penjelasan (daripada Hasan) tentang apa sebenarnya perkara yang berlaku," kata beliau kepada pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dekat di sini petang ini.

Dalam PAS, katanya, usaha ke arah diambil tindakan disiplin perlu melalui beberapa proses.

"Dalam konteks ini, saya secara peribadi tidak melihat kepada keperluan untuk diambil tindakan disiplin," katanya.

Sehubungan itu, Nasharudin menambah, beliau telah pun memperoleh maklumat dan penjelasan daripada beberapa pihak termasuk Hasan sendiri.

"Daripada penjelasan tersebut, ingin saya menyatakan bahawa dalam hal yang berlaku dalam isu berkaitan dengan Selcat, tidak timbul sebarang isu hendak keluar daripada Pakatan... kita berpegang teguh kepada keputusan muktamar PAS di Ipoh (tahun lalu) dan di Shah Alam (Jun lalu) untuk memperkukuhkan Pakatan.

"Insya-Allah kita akan berdepan dengan segala isu yang timbul di hadapan kita dengan semangat Pakatan yang telah kita bina sekian lama," katanya.

Ketika pendirian itu diberikan, Hasan pula sedang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam bermula pukul 3 petang tadi. Malah, malam tadi beliau mempengerusikan mesyuarat tiga jam Dewan Harian PAS Selangor.

Esok Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru bagi membincangkan isu berkenaan.

Selcat adalah satu institusi yang telah ditubuhkan bersama oleh parti komponen Pakatan untuk mengurus tadbir negeri Selangor.

"Apa yang berlaku adalah satu isu disebabkan salah faham... sebenarnya apa yang berlaku hanylah cadangan daripada Datuk Hasan supaya prosedur terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Selcat diperbaiki, bukannya beliau cadangkan agar ia dirombak.

"Bagi saya apabila beliau cadangkan agar diperbaiki prosedurnya, bagi saya tidak menjadi masalah.... mungkin caranya digambarkan dalam media menyebabkan demikian rupa," kata Nasharudin lagi.

Nasharudin memberitahu, PAS sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjasama dengan penjawat jawatan awam.

Kata beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat Dewan Harian pusatnya bagi membincangkan isu itu dan pemilihan bakalnya untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Mesyuarat akan diadakan di Seremban.

/mstar

Bagan Pinang: Si Saiful Celaka Muncul Lagi? Nizar vs Najib Altantuya


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini.-/harakahdaily

Bagan Pinang: UMNO/BN Jangan Eksploitasi Undi Pos - Nik Aziz :- Nizar vs Najib Altantuya


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.

“Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.

Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.

Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.

“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.

“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya.-/tvantara.

Selcat: Hassan Ali Meroyan Nak Jadi MB Selangor... :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.
Sumber: /mstar

Elok gugurkan terus Hasan Ali ni dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor lepas tu serapkan Hasan Ali ke 1 jawatan baru yang dinamakan sebagai PeSURUHjaya UMNO Selangor a.k.a Balaci UMNO Selangor.

Aku tengok sejak akhir-akhir ni Hasan Ali makin gila dah... bila dah dekat je dengan Pilihanraya, ade je Mamat Motivasi 8 ribu ni buat hal... betul-betul balaci UMNO.

Ape je kenyataan dari Hasan Ali sejak akhir-akhir ni dah tak merujuk dahulu ke majlis tertinggi PAS Pusat... apa Hasan Ali ni ingat PAS Selangor tu hak mak bapak dia ke sampai boleh buat apa-apa ikut suka kepala hotak dia je..?

Gila Hasan Ali ni makin menjadi-jadi lepas cita-cita UMNO Selangor nak jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal 31hb. Ogos, 2009 lepas.

Hasan Ali ni dah makan duit haram UMNO ke..? oi ngok..! nak jadik MB sangat ke..?

Saturday, September 26, 2009

Lagi Isu Selcat / PAS Selangor: Dato' Hassan Ali Bengap !!! :- Nizar vs Najib Altantuya


Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.

Jawapan kepada Kenyataan Dato’ Hasan Ali

Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.


Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:
“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”

Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”

Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?

Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya. - Tulang Besi


http://bloglistpolitik.blogspot.com/

MIC Bergolak Lagi! Ayo-yo Samy Vellu.... Apa Critaaa..... :- Nizar vs Najib Altantuya


Barisan Nasional berdepan dengan satu lagi kemelut dalaman setelah parti komponen MIC kembali bergolak walaupun pemilihan parti berkenaan selesai 12 September lalu.

Terbaru, tujuh calon yang bertanding termasuk seorang calon jawatan Naib Presiden mahu keputusan pemilihan MIC diisytihar sebagai tidak sah.

Mereka mengemukakan empat surat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan sejak 18 September lalu dan mahu satu pemilihan baru diadakan.

Untuk rekod aduan sebegini pernah dikemukakan pada masa lalu namun tiada pemilihan baru diadakan.

Kumpulan berkenaan menggariskan sekurang-kurangnya enam pelanggaran utama peraturan pemilihan termasuk campur tangan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Samy Vellu dikatakan mengatasi keputusan Jawatankuasa Pemilihan melarang para pewakilan daripada membawa telefon bimbit masing-masing ke kawasan pembuangan undi.

Lima pelanggaran peraturan lain yang dikemukakan termasuklah:

- Calon Pasukan Presiden berkempen selepas tempoh larangan berkempen 12 tengah hari 11 Septembar dikuatkuasakan. Barisan calon Pasukan Presiden didakwa mengadakan sidang media berunsur kempen pada jam 3 petang 11 September di Ibu Pejabat MIC;

- Mendakwa akhbar milik keluarga Presiden MIC, Tamil Nesan menyiarkan rencana dan iklan-iklan yang berunsur kempen, menyokong dan memihak calon Pasukan Presiden pada hari pemilihan 12 September;

- Akhbar itu didakwa diedarkan secara percuma kepada perwakilan di Dewan Merdeka, PWTC pada pagi hari pemilihan;

- Melarang calon daripada mencatatkan pengiraan undi sedangkan ia dibenarkan sehari sebelum itu; dan

- Kira-kira 90 peratus pekerja di dewan pengiraan undi merupakan kakitangan Ibu Pejabat MIC, Koperasi Pekerja Jaya dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju, bukannya pekerja bebas kalangan pelajar universiti yang dijanjikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Proses pembuangan undi yang di sertai 1,460 perwakilan yang meyaksikan hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun empat calon bukan Pasukan Presiden berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pemilihan berkenaan menyaksikan jawatan Timbalan Presiden dimenangi Datuk G. Palanivel yang mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Manakala Naib Presiden disandang oleh Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany.

Dalam satu sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pelanggaran Pemilihan MIC P. Balasubramaniam yang juga merupakan calon Naib Presiden berkata Jawatankuasa Pemilihan diminta membuat keputusan mengisytiharkan keputusan pemilihan lalu sebagai tidak sah.

Katanya kumpulan berkenaan juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh lima daripada tujuh calon yang mengemukakan aduan iaitu Subramaniam, Saaran Nadarajan, R. Anbalagan, Ananthan yang turut dikenali sebagai Kajang Ananthan dan R. Subramaniam.

Kumpulan berkenaan juga menganggap CWC yang bakal mengadakan mesyuarat pertamanya selepas pemilihan itu Selasa ini sebagai tidak sah.

Mengulas mengenai isu ini Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago berkata ia dengan jelas membuktikan krisis dalaman parti berkenaan tidak pernah tamat malah akan berlanjutan.

Menurutnya Samy Vellu juga berdepan dengan satu tamparan hebat kerana desakan ini secara langsung menggugat kredibilitinya sebagai presiden parti.

“Tetapi kalau ada kebanyakan pemimpin yang telah kalah bersatu dan mendesak mesti diadakan satu lagi pemilihan untuk memilih satu pimpinan yang boleh dipercayai dan ada keyakinan maka ini bermaksud krisis MIC tidak akan habis dan akan berlarutan.

“Kewibawaan Presiden MIC Samy Vellu akan menjadi lebih teruk. Orang tidak akan mempercayai dia dan setelah Najib (Perdana Menteri) mengatakan Umno akan berjumpa Samy untuk membincangkan proses penukaran pemimpin di MIC, ia telah memberi satu pukulan hebat kepada Samy Vellu,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu desakan mengadakan pemilihan baru ini didalangi Umno Barisan Nasional.

Katanya campurtangan Samy Vellu dalam pemilihan 12 September lalu jelas dan ia tidak dapat dinafikan setelah hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan.

“Itu memang ada, campur tangan secara langsung ia adalah kenyataan sebenar tetapi apa yang malang cara MIC dikawal oleh Samy pegangannya begitu kuat dan kebanyakan dari penyokong-penyokong beliau telah mengambil kontrak kerajaan melalui Samy Vellu maka mereka terpaksa menyokong calon beliau,” katanya.

Tiga daripada empat surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan mendesak keputusan 12 September diisytihar tidak sah.

Sepucuk surat lagi meminta pemilihan baru diadakan selain mengisytihar pemilihan sebagai tidak sah.

Surat-surat berkenaan telah dihantar pada 18 September, 23 September dan 25 September.

Dalam pada itu, peguam jawatankuasa tersebut. S. Saraswathy memberitahu, Perlembagaan MIC membenarkan kes mereka dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun Akta Pertubuhan 1966 tidak menyediakan peruntukan sedemikian. Sehubungan itu pihaknya akan meneliti ruang-ruang lain yang sesuai untuk mengambil tindakan susulan.

/tvantara

Mansuhkan ISA Atau Dr. Mahathir Keluar UMNO Lagi :- Nizar vs Najib Altantuya


Akhir-akhir ini kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau masih presiden Umno. Terbaru berkaitan dengan siapa calon Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Berita dan ulasan yang berkaitan dengan Dr. Mahathir kebelakangan ini seperti mengulangi episod 'perang dingin' Dr. Mahathir-Pak Lah tidak lama dulu yang membawa kepada keluarnya beliau dari Umno.

Umno masih lagi terkial-kial dan berteka-teki siapa calon di Bagan Pinang. Sebelum ini Umno Bahagian Telok Kemang hanya mencalonkan Ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samadsebagai calon tunggal. Tak semena-mena hari ini Umno
bahagian dalam satu kenyataan akhbar semalam mengumumkan mereka sudah mempunyai tiga nama.Bermakna Umno Telok Kemang mula berdiplomasi kerana penolakan massa kepada Isa.

Tetapi dalam Umno macam-macam boleh berlaku. Adakah Umno akan mencalonkan Isa sebagai calon? Tindakan yang pastinya akan mengecewakan Dr. Mahathir kepada Umno sekali lagi. adakah ini akan membawa kepada pengisytiharan Dr. Mahathir keluar dari Umno? Jika itu keadaannya Dr. Mahathir tidak perlu gundah gelana kerana beliau masih lagi meneruskan kelantangannya paling tidak pun jadi penasihat kepada parti Makkal Sakhti yang dirasmikan 10 Oktober depan!.-/detikdaily

Isu Selcat: Hassan Ali Layak Dapat Anugerah Penyapu Khir Toyo :- Nizar vs Najib Altantuya


PAS Selangor nampaknya masih mempunyai agenda sendiri di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman yang menyatakan bahawa Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Beliau juga menyatakan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau turut berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

Persoalan kini, mengapa Khairuddin cuba memaksa Ahli Parlimen Shah Alam untuk membuat keputusan menyokong pendirian parti sedangkan dalam masa yang sama Hassan Ali sendiri tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu Selcat?

Hassan Ali sebelum ini menuduh kononnya pegawai kerajaan diaibkan dan tidak diberikan peluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Betulkah pegawai kerajaan diaibkan oleh Selcat atau mereka sendiri yang telah mengaibkan diri mereka sendiri kerana selama ini bersekongkol dengan perbuatan salahlaku bekas Menteri Besar Selangor Mohammad Khir Toyo?

Betulkan pegawai kerajaan itu tidak mendapat peluang untuk menjawab tuduhan di dalam sessi Selcat ataupun kerana pekung-pekung mereka telah terdedah dan tidak dapat menui jawapan bagi membela diri mereka lantarannya?

Apakah Hassan Aii merasakan sudah tidak mempunyai "channel" lain selain dari melakukan kritikan meruntuh itu secara terbuka dan apakah PAS Selangor merasakan semua ahli PAS akan turut menyokong tindakan mereka yang sifatnya jelek sejak dari penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula selepas PRU 12 yang lalu.

Pertentangan dua kumpulan di dalam PAS Selangor semakin tajam dan ia dimulakan dengan penyingkirin beberapa orang pemimpin PAS dari Dewan Harian PAS Selangot oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri, Dr.Hassan Ali yang dipercayai telah berbeza pendapat dengan kumpulannya yang pada ketika itu sibuk mengenai percubaan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO yang tidak lansung direstui oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor.

Penyingkiran dua tokon PAS Selangor dari Dewan Hariannya, Khalid Samad dan Shaari Sungip JELAS satu usaha menutup perbezaan pendapat dan kini PAS Selangor terjerit-jerit kononnya perbezaan pendapat perlu diraikan di dalam Pakatan Rakyat khususnya merujuk hal Selcat. Alangkah hipokritnya mereka!

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sebenarnya proses pendengaran kes-kes yang dibangkitkan oleh Selcat amat perlu dilakukan secara terbuka dan telus. Saya ingin bertanya kepada Mohgd Khairuddin, sebutkan bila masa di dalam kerajaan Islam pimpinan Rasulullah melakukan sesuatu penghujjahan dan penghakiman secara tertutup?

Yang perlu mendapat hadiah penyapu adalah PAS Selangor, bukan kesemuanya tetapi orang-orang seperti Hassan Ali, Khairuddin Othman, Iskandar Samad dan Roslan Mohd Shahir.

Dan golongan celaka ini (meminjam istilah Tuan Presiden PAS sendiri terhadap pendokong PPSMI) membuat onar di saat pilihanraya kecil Bagan Pinang sedang berada di depan mata. Tidakkah patut mereka dipenyapukan seperti rakyat melakukan kepada Khir Toyo?

http://greenboc.blogspot.com/

Tun Mahathir Anti I.S.A ? :- Nizar vs Najib Altantuya

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang keskes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

http://utusanjamanedan.blogspot.com/

Friday, September 25, 2009

Zambry MB Haram!!!, Ganesan Speaker Haram Jadah!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.

Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.
http://idhamlim.blogspot.com/

Bagan Pinang: Biarkan Isa Samad Jadi Calon UMNO/BN :- Nizar vs Najib Altantuya


Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.-/harakahdaily

PAS Tetap Komited Bersama Pakatan Rakyat! - Salahudin Ayub :- Nizar vs Najib Altantuya


PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-/harakahdaily

Skandal PKFZ: KDSB Saman, LPK Saman. Lawan Tetap Lawan!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini. Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.

Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya

Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.

Lee juga secara alternatif meminta satu pengisytiharan bahawa KDSB tidak layak, dan bahawa PKA tidak diwajibkan membayar KDSB tuntutan berjumlah RM836,758,459.92 di mana KDSB telah lakukan untuk kerja-kerja perparitan dan membekalkan air, permulaan bayaran profesional, masing-masing bagi pelbagai kerja di bawah perjanjian pembangunan itu.

Alternatif, beliau meminta satu perintah bahawa kerja-kerja yang dijalankan oleh KDSB dikaji semula oleh sebuah konsultan bebas yang dilantik mahkamah dan bayaran permulaan dan profesional dinilai oleh mahkamah berkenaan.

Lee juga meminta faedah, ganti rugi umum dan kos mengenai satu asas indemniti dan ganti rugi kerana penipuan dan salah tafsiran kecuaian, faedah, kos, ganti rugi disebabkan bersubahat dan relief lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Menurut kenyataan media, Lee berkata LPK juga memfailkan satu saman permulaan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, meminta satu pengisytiharan bahawa kenaikan dalam kadar faedah dari lima peratus kepada 7.5 peratus setahun berkaitan perjanjian tambahan untuk kerja-kerja tambahan pembangunan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata jumlah amaun yang dipertikaikan kini kira-kira RM1.64 bilion termasuk RM720 juta saman yang difailkan oleh LPK di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 18 Sept.

"Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar," menurut kenyataan itu.

KDSB dilantik oleh LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan dengan Pelabuhan Utara di Klang.

Syarikat itu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan dakwaan mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga tersebut dan projek berkenaan menanggung kerugian.

-- BERNAMA

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost