Showing posts with label PRK Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label PRK Permatang Pasir. Show all posts

Wednesday, September 23, 2009

Undi Pos Bagan Pinang: SPR Tak Kisah Di Saman PR :- Nizar vs Najib Altantuya


Undi pos akan tetap dilaksanakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan terserah kepada mana-mana pihak jika mahu mengambil tindakan mahkamah mempertikaikan kaedah itu, tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"SPR akan tetap melaksanakan pengundian pos. Anggota tentera dan pasangan mereka berhak untuk mengundi secara pos.

"Di bawah undang-undang, pengundi-pengundi ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian seperti biasa.

"Hak ini diberikan di bawah undang-undang... SPR hanya melaksanakan undang-undang ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut mengesahkan pihaknya akan memperjelaskan perkara ini kepada wakil-wakil PAS mengenai sistem pengundian pos, Isnin ini.

Wan Ahmad yang dihubungi mStar Online mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Yusmadi Yusof bahawa beliau akan membawa isu itu ke mahkamah jika pengundi pos, khususnya dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang memberitahu, dengan mengenakan undi pos ke atas warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap mereka.

Dalam hal ini, kata Yusmadi, beliau yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

"Apatah lagi sekiranya ia dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut," kata beliau sambil menambah, bagi mengelakkan diskriminasi, SPR wajar membolehkan warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan sama ada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Dalam temu bual dengan mStar Online 18 September lalu, Wan Ahmad sambil merujuk kepada situasi semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Telok Kemang pada tahun 2000, menasihatkan Pakatan Rakyat khususnya PAS jangan mempertikaikan amalan undi pos di Bagan Pinang.

Semalam, kenyataan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa agar SPR memperbaiki sistem dan kaedah pengundian pos bagi menjamin kerahsiaan.

"Kita ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihormati," katanya.

SPR HAIRAN

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak melihat apa-apa sebab pihak berkenaan harus mempersoalkan proses pengundian secara pos.

"Itu hak mereka (pengundi pos) dan hak mereka diberikan dalam undang-undang. SPR tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia harus dicabar.

"Ini undang-undang... apa yang hendak dicabar? Atas alasan apa hendak dicabar di mahkamah, tapi itu adalah undang-undang," katanya lagi.

Justeru, kata beliau, sistem undi pos akan diteruskan selagi adanya peruntukan undang-undang sedemikian.

"Jika mereka tidak bersetuju, bangkitkan di Parlimen, bolehkan undang-undang undi pos dipinda... tapi buat masa sekarang SPR akan melaksanakan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.-/mStar

Thursday, August 27, 2009

ANTI NAJIB ALTANTUYA:- Beza PAS Dan UMNO - Pasca PRK Permatang Pasir


Oleh:Zaid Ibrahim
Rasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan. Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh UMNO dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hassan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa. Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minuman itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu. Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Nampaknya ini akan melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai 7-Eleven dan banyak lagi. Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan. Mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.

Kalau kita ikut lojik YB itu, semua pegawai Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya. Saya tidak tahu bagaimana penguatkuasaan arahan seperti itu akan dilaksanakan tanpa kerumitan yang besar.

Saya juga hairan mengapa Hassan Ali ghairah mahu menangkap orang dan tidak pula mencadangkan perkara yang lebih mudah dilaksanakan. Sepatutnya semua beer dan minumam keras diharamkan sahaja di seluruh Selangor, barulah ada keadilan sejagat. Bukan ikan bilis saja jadi sasaran, malah orang elit pun tidak boleh atau selindung di sebalik undang-undang. Nanti bila PAS mengambil alih Putrajaya, boleh lah pula diharamkan beer dan minuman keras di seluruh negara. Ini samalah seperti cara kerajaan mengharamkan dadah di negara ini. Inilah saja cara kita boleh memastikan orang Islam tidak dimalukan di khalayak ramai apabila didapati bersalah seperti keadaannya sekarang ini. Cara-cara yang lain hanya akan menyusahkan orang yang tak ada kena-mengena dengan perbuatan itu iaitu minum minuman keras.

Ketua Pemuda PAS pun tak kurang hebatnya kerana mendesak kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock yang akan diadakan di Genting tidak lama lagi. Saya tak faham apa tujuan bantahan itu dibuat. Saya juga tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan oleh kerajaan, untuk menonton konsert itu. Lagipun, kalau konsert itu tidak dibenarkan sekali pun, orang Islam yang berminat masih boleh menonton DVD kumpulan itu setiap hari. Kalau pun tak ada DVD pun, masih boleh download dari internet atau mendengar lagu-lagu kumpulan itu di radio dan TV. Jadi apa hasil dari perbuatan mengharamkan konsert itu? Jangan lah ikut pemimpin BN/UMNO yang membenarkan konsert tapi kerana penaja konsert itu syarikat minuman keras maka orang Islam tidak dibenarkan menonton. Kita sudah menjadi Negara “apartheid” sekarang ini. Beza nya kita guna agama untok memisahkan rakyat dan regim apartheid Afrika Selatan pula menggunakan ras atau warna kulit. Jangan lah mengambil pendekatan mudah saperti BN dan UMNO. PAS mestilah menunjokan keupayaan membuat keputusan mentadbir yang lebih harmonis, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan. Kalau tidak, rakyat yang lebih sederhana pemikiran dan amalan hidup mereka, dan dari golongan muda, akan menganggap PAS parti yang ekstrem. Ini akan menjejaskan peluang PAS untuk memerintah Kerajaan Pusat. Mungkinkah PAS sekarang tidak berminat lagi untuk menang pilihan raya atau memerintah Kerajaan Pusat kerana lebih suka berjuang untuk mengharamkan itu dan ini daripada menggunakan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana yang diajar oleh tokoh-tokoh besar Islam?

Malah, dari peringkat tertinggi PAS pula, Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman rotan terhadap seorang wanita Islam yang didapati bersalah minum beer. Pemimpin PAS itu merasakan itulah cara terbaik untuk menunjukan amalan Islam kepada dunia. Orang-orang “kafir” di Barat yang mendalam ilmu “jurisprudence” hukum mereka, selalunya tidak mengenakan hukuman berat kepada orang yang melakukan kesalahan buat kali pertama, kecuali bila menerima hukuman mandatori. Mereka mengambil kira fakta lain dalam pertimbangan mereka bagi pesalah kali pertama, terutama bagi orang yang telah mengaku secara sukarela bahawa mereka bersalah. Dalam kes wanita Islam itu, dia telah pun mengaku salah dan menyesali perbuatannya. Setahu saya cerdik-pandai agama Islam juga banyak bercerita tentang firman-firman Allah yang menggalakkan kita supaya memaafkan orang yang sedar perbuatan salah mereka.

Dalam hal ini saya menganggap tindakan dan kenyataan Perdana Menteri supaya hukuman rotan ini digunakan sebagai langkah terakhir atau “last resort” adalah wajar dan berpatutan. Ingatlah bahawa Islam bukan agama birokrasi; ia penuh hikmah dan kebijaksanaan. Kalau tidak masakan tamadun Islam begitu gemilang dan dihormati dunia pada suatu masa dahulu. Jadi saya harap Mahkamah Syariah di Pahang tak payahlah tunggu pesalah membuat rayuan; mereka ada kuasa untuk menyemak dan mengkaji semula keputusan mereka, sama seperti mahkamah-mahkamah lain di dunia ini.

Saya juga berharap bahawa rakan-rakan PAS saya dalam Pakatan Rakyat supaya memikirkan semula perkara ini. Jika benar kita berjuang untuk menegakkan keadilan, perkara paling utama yang mesti kita perangi habis-habisan adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta perbuatan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Semua ini boleh menghancurkan masyarakat. Pengalaman menunjokan bahawa ada kerajaan Islam di luar negara hari ini yang ghairah nak tangkap dan sebat orang Islam masih bergelumang dengan najis rasuah dan penyelewengan. Banyak pula anak muda mereka terjebak dengan dadah, dan mengandong tanpa bapa. Banyak lagi perkara yang Pemuda Pas boleh memberi perhatian yang hasilnya tentu lebih memberi manfaat kapada orang Islam. Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan?

ANTI NAJIB ALTANTUYA:- PR Menang Di Semua Saluran - Analisa Permatang Pasir


Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

Kemenangan mutlak PAS-PR

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian. Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti "Anwar pengkhianat", "DAP hina Islam" dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

"Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya," jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?
/merdekareview

Wednesday, August 26, 2009

Permatang Pasir: Muhyiddin Dan Zahid Hamidi DiTAMPAR Pengundi... :- UBN Najib Altantuya vs Nizar PAS


Tergelak sejenak apabila mendengar kisah Muhyidin Yasin,TPM 1Malaysia mengatakan bahawa sekiranya calon BN menang di Permatang Pasir maka DUN tersebut akan dijadikan 'anak emas' kerajaan persekutuan.Tergelak kerana siapa Muhyidin untuk menawarkan sedemekian rupa.Cuma seorang TPM, Muhyudin tidak diberi kuasa oleh rakyat untuk membuat tawaran tersebut.Malaysia bukan hak bapak atau datuk Muhyidin dan Muhyidin hanyalah seorang TPM yang dilantik oleh Umno bukan dilantik oleh rakyat.TPM pula merupakan satu jawatan dalam 1Malaysia, bukan pemilik 1Malaysia yang boleh sesuka hati membuat tawaran sedemikian rupa.

Tergelak juga mendengar rayuan dan janji Zahid Hamidi di mana beliau merayu pengundi memberi peluang kepada calon BN untuk satu penggal ini dan katanya sekiranya calon tidak "deliver" dia akan ditukar.Satu rayuan yang tidak ada asas langsung.

Mujur pengundi menolak tawaran dan rayuan tersebut.Bagaimana pula seandainya pengundi menerima tawaran dan rayuan itu dengan memberi kemenangan kepada calon BN? Apakah Muhyidin akan mengotakan janjinya?Kalau begitu apakah yang akan dilakukan di Permatang Pasir yang menjadi anak emas itu?Secara umum, anak emas ialah anak kesayangan seorang bapa di mana segala keinginan anak emas tersebut akan tertunai.Atas kefahaman ini maka sudah tentu kalaulah Permatang Pasir menjadi anak emas kerajaan persekutuan, maka semua kehendak penduduk Permatang Pasir akan ditunaikan oleh kerajaan persekutuan.Jika ini benar, sudah tentu banyak permintaan penduduk yang terpaksa ditunaikan oleh kerajaan.Tetapi kemungkinannya,segala permintaan penduduk Permatang Pasir tidak akan ditunaikan oleh kerajaan persekutuan dengan memberi seribu satu alasan.Begitu juga tidak ada jaminan untuk memastikan calon BN akan 'deliver'

Pengundi sudah cukup matang dan rasional dalam hal memilih calon yang bakal menjadi wakil mereka.Memilih wakil rakyat adalah memilih pemimpin.Jadi asas pemilihan pemimpin bukan pada janji dan rayuan tetapi pada kredibiliti calon bersama parti yang diwakilinya.Dalam konteks Permatang Pasir,majoriti pengundi telah menunjukkan kematangan dan sikap yang raisonal dengan membuat pilihan berdasarkan kredibiliti calon dan parti yang diwakilinya.Tetapi walaubagaimanapun, masih terdapat seramai 5,067 pengundi yang masih tidak rasional dan tidak matang kerana masih memberi undi kepada calon BN, yang masih percaya kepada mitos bahawa kesalahan pecah amanahnya hanyalah soal peribadi, percaya kepada janji muhyidin untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas dan percaya kepada janji Zahid Hamidi untuk menukar calon sekiranya dia tidak 'deliver'

Namun semuanya sudah terjawab.Segala pembohongan BN sepanjang tempoh kempen terutama oleh media elektronic dan cetak perdana sudah dilondehkan oleh keputusan Permatang Pasir.Satu pengesahan dan pengukuhan bahawa hari ini semakin ramai rakyat Malaysia menolak berita bohong oleh media perdana.

Yang paling nyata, Muhyidin dan Zahid ditampar oleh pengundi Permatang Pasir yang jauh lebih matang dan rasional dari mereka berdua.Mesejnya,kalau benar Muhyidin dan Zahid masih mempunyai maruah dan harga diri, sila letak jawatan.......


/tranungkite

Gambar Semasa Ceramah Kemenangan PAS Di Permatang Pasir :- Nizar vs Najib Altantuya

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama meraikan kejayaan yang penuh bermakna ini... hari ini kita menikmati juadah berbuka puasa yang paling lazat iaitu kemenangan dalam PRK N11...

Alhamdulillah...





Kemenangan Permatang Pasir Jadi Momentum Perubahan PRU13 :- Nizar / Anwar vs Najib Altantuya / Zambry

Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.

"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak.

"Hari ini (25 ogos) adalah hari jadi saya (dan) saya kira ini hadiah hari jadi saya. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah."

Bagi beliau, Umno tidak boleh lagi kata ini (kemenangan) sama dengan kemenangan mereka di Manik Urai, kononnya berjaya kurangkan majoriti (sehingga) 65 undi.

"Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)."

Nada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Image
Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.

"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."

"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."

"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.

"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."

"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga."

Bercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.

Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.

"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."

"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.
/harakahdaily

Tuesday, August 25, 2009

Kemenangan Bergaya PAS Di Permatang Pasir Bukti Rakyat Tolak UMNO/BN - Anwar :- Nizar vs Najib Altantuya

pas
Ketua umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan rakyat kini secara jelas menolak Barisan nasional (BN).

Katanya, kemenangan PR di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam membuktikan perkara itu.

"Setelah berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan BN yang memecahbelahkan rakyat.

"Tahniah saya ucapkan kepada 'YB' baru Salleh Man di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat," kata beliau dalam kenyataan yang dihantar ke SInar Harian semalam sejurus pengumuman rasmi pilihan raya kecil berkenaan.

Tambah beliau, kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap PR, hasrat bergelora mahukan perubahan dan masa depan yang gemilang.

Calon Pas, Salleh Man, menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti undi sebanyak 4551 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh undi sebanyak 9618 manakala Rohaizat memperoleh undi sebanyak 5067.

Kira-kira14,832 bersamaan 73.1 peratus dari 20,290 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil berkenaan sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang semalam.-/sinarharian

(update) Keputusan Rasmi PRK N11 DUN Permatang Pasir :- Nizar vs Najib Altantuya

Pas menang kerusi DUN N11 Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.

Namun jumlah majoriti tersebut menurun daripada jumlah majoriti yang dimenangi pada PRU 12, 8 Mac lalu.

Pas menang dengan mendapat 9618 undi manakala BN 5067 undi.


Keputusan tersebut telah membawa kepada 8 pilihan raya berbalas satu. Dengan semua keputusan bagi PRK yang diadakan selepas PRU 12 dimenangi oleh Pakatan cuma satu sahaja dimenangi BN iaitu di Batang Ai.

:9618
:5067
MAJORITI:4551
JUMLAH UNDI ROSAK:83

Permatang Pasir: PAS Kekalkan Kemenangan Besar :- Nizar / Anwar vs Najib Altantuya / Zambry

PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.-/harakahdaily

Nizar Jadi Tenaga Penting Kemenangan PAS Permatang Pasir :- Najib Altantuya vs Nizar


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh penting kempen PAS di Permatang Pasir.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi, sambutan yang diterima amat menggalakkan termasuk di kalangan orang Cina Permatang Pasir.

Nizar bukan sahaja memberikan ceramah, bahkan juga diheret untuk menyertai pelbagai program termasuk mengunjungi orang ramai di pasar-pasar.

Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, misalnya, telah menganjurkan majlis khas 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat' Datuk Seri Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

Majlis anjuran bersama Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh dan PAS cawangan Permatang To'Kandu itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli muslimat dan kepimpinan cawangan dan kawasan yang ada bagi merapatkan ukhwah sesama muslimat.

Majlis yang diadakan di Dewan Haji Zabidi, Kampung Pertama, Permatang Pauh itu telah dihadiri oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan kepimpinan PAS cawangan dan kawasan Permatang Pauh.

Dalam ucapannya Datuk Seri Nizar menyeru muslimat sebagai salah sebuah sayap penting dalam PAS untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang ada supaya penglibatan dalam politik itu dilihat sebagai satu ibadah dan pengorbanan untuk kesejahteraan ummah selaras dengan moto 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua.

"Bagi memastikan Dewan Muslimat sebagai salah sebuah organisasi yang penting bermatlamat untuk memperjuangkan tuntutan agama dan kesejahteraan ummah maka pengorbanan yang dibuat oleh kita semua diharapkan mendapatkan keredhaan Allah.

"Setiap perjuangan kita haruslah berasaskan dan bersandarkan pada perjuangan Islam yang akan membawa kerahmatan kepada semua umat manusia di muka bumi ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu telah berjaya memeriahkan suasana apabila berucap dalam Bahasa Mandarin kepada sebahagian daripada hadirin bangsa Tionghua yang turut hadir dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, program jamuan teh ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan pimpinan muslimat yang terdapat dalam kawasan Permatang Pauh.

"Apa yang kami hasratkan berjaya apabila digabungkan cawangan dan kawasan.Ternyata yang hadir amat menggalakkan kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli muslimat malah turut disertai oleh muslimin daripada cawangan dan kawasan.

"Ini membuatkan kami merasa kepimpinan dan khidmat kami dihargai apabila ada penyertaan yang sedemikian," katanya.-/harakahdaily

Keputusan Terkini PRK N11 DUN Permatang Pasir :- Nizar vs Najib Altantuya

:9618
:5067
MAJORITI:4551
JUMLAH UNDI ROSAK:83


Keputusan Awal PRK Permatang Pasir: Majoriti 65 Undi Satu Kemenangan Besar - Kamarudin Jaffar :- Nizar vs Najib Altantuya

AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan serangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan pengundian Permatang Pasir sekarang, menang dengan melebihi 65 undi majoriti sudah menang besar untuk PAS.

65 undi adalah majoriti undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai. Ia dicapai selepas serangan bertubi-tubi BN dengan pelbagai cara.

"Jika PAS boleh menang lebih 65 undi, saya anggap dan isytiharkan ini satu kemenangan besar apatah lagi kalau menang dengan majoriti beribu-ribu," kata Kamarudin, AJK PAS Pusat.

Kamarudin dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari Permatang Pasir ketika dihubungi petang ini.

Sementara itu, pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesesakan teruk di beberapa lokasi pusat pengundian.

Lapan lokasi tersebut ialah Sekolah Rendah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang,Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lay Keow, Pekan Permatang Pauh.

Calon PAS, Mohd Salleh Man yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Sama Gagah berkata beliau yakin akan memenangi pilihan raya kecil kali ini walaupun terdapat usaha daripada Barisan Nasional dan Umno untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Manakala calon daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan(C)Lay Keow, Pekan Permatang Pauh berkata beliau juga pasti mahukan kemenangan berpihak kepadanya.

Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui berharap PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Di perkarangan SJK(C)Lay Keow berlaku sedikit ketegangan apabila penyokong-penyokong daripada Barisan Nasional membawa bendera parti yang besar sehinggakan menimbulkan perasaan tidak puas hati penyokong PAS yang berada bertentangan apabila mereka dilarang berbuat demikian oleh pihak polis.

Namun begitu tindakan segera SPR dan anggota polis yang bertugas berjaya meredakan keadaan.

Manakala di hadapan SM Sama Gagah berlaku ketegangan yang teruk apabila kedua-dua penyokong yang berada bertentangan terpaksa berasak-asak dalam kawasan yang sempit sehingga menimbulkan kesesakan melalui Jalan Sama Gagah.

Keadaan yang sama juga berlaku di SK Permatang Pauh dan SK Seri Penanti yang bertentangan antara satu sama lain.-/harakahdaily

Nizar vs Najib Altantuya :- Gambar Di Hari Pengundian N11 DUN Permatang Pasir

Aku ingat ramai-ramai ni Pemuda BN, rupanya Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas...


Kipas Susah Mati PAS.


Muslimah... alamak... berdebar-debar lak rasa... hahaha...!!! objek ditemui..!


Para pemuda harapan Negara...


Sape cakap huru-hara..? ok je ni ha...


PP UMNO buat bantahan pada pihak PDRM & SPR... geng-geng ni tak puas hati sebab penyokong PR berjaya menawan keseluruhan kaki lima jalan menuju ke pusat pengundian... oit..! datang lambat lepas tu banyak pulak komplen..! cit..! lain kali datang awal..!


Kecoh seketika... PP UMNO pun nak jugak tempat... datang lambat, demand lebih... perangai lanun..!


Kakak 2 orang ni cool je... UMNO dok kecoh-kecoh dekat belakang dia, dia buat bodoh je... layan pun buang masa...


Inike perhimpunan BERSIH 2 yang KJ anjurkan..?


Pakcik ni dengan anak dia lagi cool... korang yang tak datang langsung tak cool...

Aku nak gerak usya UPU 2nd round... karang aku upload lagi gambar... Puteri UMNO ramai woi..! muahahaha... biar aku layan sorang dulu..! geng-geng UMNO kalau nak layan jugak, mintak tolong isi borang mana-mana parti PR dulu tau..! jangan degil..!

Muahahaha...!!!

http://perisik-rakyat.com/

Lagi Gambar Hari Pengundian N11 DUN Permatang Pasir :- Najib Altantuya vs Nizar/Teoh Beng Hock


Pagi tadi jam 8:20 aku dah terpacak dekat Pusat Pengundian Kubang Semang. penyokong PAS dah penuh dikiri dan kanan jalanraya menuju ke pusat pengundian. mungkin dalam 200-300 orang... masa aku sampai, DSAI & Calon PAS yang mewakili PR dalam PRK N11 dah masuk ke Pusat Pengundian.


Yang berbaju kuning berkumpul bawah kemah tu ialah para pemuda BN, mula-mula tak ramai... ada la dalam 20-30 orang je...melepak-lepak sambil menunggu geng-geng lain sampai...


Jam 8:25, geng-geng Pemuda BN yang berkonvoi dengan motor dari Bandar Bukit Mertajam (kalau tak silap aku) tiba ke Pusat Pengundian Kubang Semang... kuning beb... kuning..!

Yang ni sebahagian dari penyokong PR yang berkumpul di sebelah kanan jalan dari Masjid Kubang Semang menuju ke Pusat Pengundian Kubang Semang.


Jam 8:30, DSAI keluar dari Pusat Pengundian selepas selesai mengundi dengan diiringi oleh calon PAS yang mewakili PR, saudara Salleh Man...


Sempat beramah mesra dengan para penyokong PR yang menghadirkan diri memberi sokongan.


Dari sini, Salleh Man berpecah dengan DSAI... Salleh Man menuju ke Pusat Pengundian yang seterusnya (tak dapat dipastikan lokasi) manakala DSAI bergegas pulang ke KL.


Lambaian seorang pemimpin berjiwa rakyat...


Nak masuk kereta pun sempat lagi tu kena sambar...

Daripada: /perisik-rakyat

Keputusan Awal PRK DUN Permatang Pasir: PAS Yakin Menang... :- Nizar vs Najib Altantuya

20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.

Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti.

Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS.

Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah.

Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak.

Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan.

Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini.

Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti.

Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.-/harakahdaily

Permatang Pasir: Pemuda UMNO @ Mat Rempit UMNO Cetus Provokasi :- Nizar vs Najib Altantuya

Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kini berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.

Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak polis.

Akibat tindakan pemuda UMNO ini sebuah kereta dilaporkan mengalami kerosakan.-/prkn11


Live Permatang Pasir: PAS Yakin Menang, Tapi Dengan Majoriti... :- Nizar vs Najib Altantuya/PKFZ

20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.

Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti.

Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS.

Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah.

Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak.

Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan.

Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini.

Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti.

Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.-/harakahdaily

Permatang Pasir: Anwar Dan Azizah Antara Yang Terawal Mengundi :- Najib Altantuya vs Nizar/Teoh Beng Hock

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara yang terawal keluar mengundi pagi ini.

Anwar, Wan Azizah dan Mohd Salleh tiba di pusat mengundi SK Seri Penanti pada kira-kira jam 8.20 pagi untuk mengundi.

Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata beliau yakin Mohd Salleh akan menang dengan majoriti selesa.

Beliau juga puashati dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang menurutnya telah bekerja kuat untuk memastikan akan kemenangan Mohd Salleh.

Anwar juga berkata, petugas Pakatan juga diminta supaya mengesan sekiranya ada pengundi hantu.

Menurutnya, petugas parti itu akan memantau kenderaan dan bas bagi mengesan pengundi hantu.-/malaysiakini

Monday, August 24, 2009

Kempen Terakhir Permatang Pasir: Amanat TGNA Untuk Pengundi :- Nizar vs Najib Altantuya


Amanat TG Nik Aziz

"Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 Permatang Pasir ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," katanya.

Beliau juga meminta agar digunakan kesempatan pilihan raya kecil kali ini dengan penuh cermat.

"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan," katanya lagi.

Video Amanat TG Hadi Awang. PRESIDEN PAS

Gempar!, Bapa Rafizah Pula Hilang !!! :- Najib Altantuya/Zambry vs Nizar/Teoh

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.



Dalam Malaysiakini semalam, bapa Rafizah, En. Mohd. Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat membuat pengakuan. (Baca disini)Tetapi sebaik saja berita tersebut disiarkan, En. Mohd Ali telah dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali ke Kuantan.
/perakexpress

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost