Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Kalau PPSMI Tak Mansuh, Kita Demo Lagi !! - A Samad Said


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan iltizamnya bahawa hal pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang 2012 itu hanya penangguhan dan bukan pemansuhan.

“Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi,” katanya sempena pelancaran buku esei Budayawan Bertindak untuk menyokong perjuangannya selama ini.

Bercakap di Muzium Shah Alambaru ini , A Samad Said berkata, pihaknya merakamkan rasa terima kasih terhadap Pas dan Harakah yang banyak membantu dalam usaha menggerakkan seluruh masyarakat untuk berhimpun dalam kejadian setahun yang lalu.

“Tanpa Pas dan bantuan Harakah untuk menyebarkan maklumat berhubung PPSMI, nescaya perjuangan memansuhkan PPSMI tidak berlaku seperti yang kita lihat pada hari ini,” tambah beliau lagi.

Pengarang novel Salina yang terkenal itu berkata, kehadiran beliau selama ini sebenarnya cuma mengisi kesusasteraan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

“Saya bukan ‘organization man’, jadi mengapa seorang sasterawan negara yang tugas sebenarnya mengisi gerbang kesusasteraan, akhirnya telah turun ke jalan raya?” kata beliau membangkitkan soalan.

Ketika membangkitkan kenangan lalu, dalam peristiwa 7 Mac tahun lalu, beliau berkata, pihak polis pernah memujuk Hassan Ahmad bersurai, tapi hal itu ditangani rakannya itu dengan bijaksana sekali.

“Dalam keadaan polis meminta Hassan memujuk demonstran agar menyuraikan perhimpunan itu, beliau dengan warasnya telah memberitahu bahawa tugas pihak polis ialah untuk mengamankan perhimpunan itu.

“Tetapi, ada yang tersirat di situ yang tidak diluahkannya kepada pihak polis, iaitu tugas kamilah pada hari itu yang menggelorakan perhimpunan tersebut,” kata beliau, lalu disambut ketawa hadirin.

Sementara itu, berucap dalam majlis yang sama, Pengerusi GMP, Datuk Hassan Ahmad dengan bergurau berkata, perhimpunan menyerahkan memorandum itu tidak sepatutnya diganggu oleh pihak polis.

“Mula-mula mereka beri permit perhimpunan, kemudian tarik balik, jadi kita tiada pilihan, apa yang kita nak beritahu kepada orang-ramai kalau mereka bertanya?

“Lagi pun, ini sebenarnya demonstrasi, atau perhimpunan demonstrasi, tetapi ia macam suatu perarakan saja, ia seolah-olah macam perarakan untuk menyambut Maulud Nabi, salahkah?” kata beliau, disambut ketawa orang-ramai.

Majlis itu diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad kepada keluarga demonstran; Ismadei Sahnam bersama isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka; Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial.

Keluarga Ismadei Sahnam adalah antara keluarga yang mana setiap anggotanya telah turun semuanya untuk menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI tersebut. - erapakatan

Thursday, August 13, 2009

PPSMI: MELAYU TERTIPU DAN TERUS DITIPU :- Nizar vs Najib Altantuya

Tatkala bantahan sudah sampai kemuncaknya, ribuan manusia membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur bagi membantah perlaksanaan PPSMI, memorandum suara rakyat dipersembah kepada Yang Dipertuan Agong, akhirnya baru-baru ini kerajaan mengumumkan perubahan terhadap dasar PPSMI dengan kembali kepada Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu?) di sekolah kebangsaan, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing bermula tahun 2012.

Pemansuhan perlukan tempoh peralihan, tidak boleh dibuat serta merta pada tahun ini supaya tidak berlaku kejutan kepada pelajar, kata menteri yang bertanggungjawab, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tahun 2012 adalah tempoh munasabah katanya awal bulan lalu dan disokong oleh pengampu-pengampu ‘ketuanan Melayu’.

Tidak berpuas hati dan rasa tertipu dengan kenyataan Menteri Pelajaran, mengundang rasa kecewa Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said atau Pak Samad Said lantas mengajak rakyat Malaysia sekali lagi berarak di jalan-jalan raya. Buka sahaja beliau malah seluruh pejuang dan pencinta bahasa rasa tertipu lantaran pemansuhan PPSMI dilaksana secara berperingkat oleh kerajaan. Tiga tahun tempoh peralihan sehingga tahun 2012 adalah sangat lama dan macam-macam boleh terjadi dalam tempoh itu. Ada kemungkinan pemansuhan PPSMI dibatalkan atau ditarik balik. Pak Samad Said mempunyai asas yang kuat apabila mencadang supaya rakyat bangkit dan berarak lagi sekali.

Hari ini mimpi ngeri Pak Samad menjadi nyata. Bukan lagi rasa tertipu tapi rasa ditipu oleh menteri yang bertanggungjawab (atau tidak bertanggungjawab?)! Di dalam satu sidang media di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri itu secara terang-terangan memberitahu pemansuhan PPSMI bukannya tahun 2012 tetapi pada tahun 2016. Peperiksaan Sains dan Matematik akan terus diadakan dalam bahasa rojak (dwibahsa) sehingga 2016, katanya.

Ekoran itu Pak Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

Aduh! Melayu tertipu dan ditipu!

Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada cakap berbelit dan lidah bercabang pemimpin kerajaan dan Umno. Adakah benar PPSMI akan dimansuh sepenuhnya tahun 2012?

Fikir-fikirkanlah…
Oleh: DAP Melayu@Perakexpress

Monday, July 20, 2009

Nizar vs Najib Altantuya: DAP Mahu Saman SPRM


ALOR GAJAH - DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ketika ditemui mati, Teoh tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM.

Beliau berkata, pejabat SPRM adalah sebuah bangunan keselamatan yang dikawal dan tidak boleh untuk melakukan urusan masuk dan keluar ke pejabat itu sesuka hati.

“Hanya pegawai SPRM yang mempunyai akses menerusi kad mereka untuk masuk dan keluar pintu pejabat berkenaan.

“SPRM mempunyai tanggungjawab keselamatan (terhadap Teoh) dan tidak boleh dinafikan Beng Hockk ditemui dalam kawasan bangunan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada keluarga Beng Hock di Taman Seri Kelemak di sini, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang menyatakan Beng Hock sewaktu ditemui mati tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM dan atas sebab itu kematian Teoh tidak harus dipersalahkan kepada SPRM.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut mempersoalkan katiadaan CCTV di pejabat SPRM atas alasan ketiadaan wang.

Sementara itu, keluarga mendiang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh menyiasat kematiannya.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun berkata, adda permintaan daripada keluarga Beng Hock supaya menyampaikan hasrat mereka itu bagi penubuhan Suruhanjaya Diraja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawapan saya ialah mereka (keluarga itu) akan mengetahui keputusannya pada mesyuarat Kabinet Rabu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di sini petang semalam.

Ei Sun bagaimanapun berkata beliau akan menyampaikan permintaan keluarga Teoh itu kepada Najib.

Seorang jurucakap keluarga itu berkata, mendiang Beng Hock akan dikebumikan di Semenyih, Selangor, hari ini.
SinarHarian

Tuesday, July 14, 2009

Pengundian Di Manek Urai: Mungkinkah Ada Kejutan Hari Ini?


Kesesakan di Manek Urai sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, sampai ke kemuncaknya hari apabila lebih 12,000 pemilih yang layak, keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka - Tuan Aziz Tuan Man dari BN atau Mohd Fauzi Abdullah dari PAS.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.

Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, BN dilihat menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - seorang pemborong ikan.

Manakala calon BN, Tuan Aziz pula merupakan lulusan ijazah pengurusan teknologi daripada Universiti Utara Malaysia.

Isu memperlekehkan latarbelakang Abe Uji itu telah mencetus rasa tidak puas hati di kalangan peraih dan peniaga ikan di Kelantan dengan mengadakan bantahan di Manek Urai Jumaat lalu.

Di samping itu, BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Oleh kerana faktor agama memainkan peranan penting di sini, BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata.

BN turut mengadakan ajlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manik Urai malam tadi di bilik operasi BN di Sungai Sok Luar, Manik Urai, yang disertai kira-kira 200 jemaah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno, memohon kemenangan calonnya.

Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan, dengan cuba "melaga-lagakan" antara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dengan Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Ini tergambar melalui risalah harian mereka Suara Manek Urai yang diterbitkan secara harian.

Sementara PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Hari ini, PAS mengeluarkan risalah khas isu royalti tersebut, bertajuk "Fakta Sebenar Minyak Kelantan" yang menggunakan hujah ilmiah dan penuh. Menariknya, risalah itu dicetak menggunakan keseluruhannya dakwat biru, seperti kelaziman dalam cetakan BN.

Jika isu pembangunan menjadi penentu kemenangan calon masing-masing, maka pengundi Manek Urai perlu membuat pilihan antara royalti minyak yang diperjuangkan PAS atau pembangunan insfrastuktur BN yang dijanjikan segera, sejurus selepas kemenangan dicapai esok.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo, terus dimainkan dari masa ke semasa dalam kempennya.

Ceramah bukan ukuran

Sementara itu, diukur daripada jumlah kehadiran ke ceramah, PAS ternyata dapat mengumpulkan penyokong dengan angka yang jauh melebihi kehadiran di program BN.


Semalam, tiga tunggak utama Pakatan Rakyat - Anwar, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Nik Aziz - mengumpulkan hampir 5,000 penyokong dalam ceramah di Sungai Peria. Sementara majlis timbalan perdana menteri petang kelmarin hanya mengumpulkan penyokong kira-kira 200 orang.

Bagaimanapun, kehadiran itu tidak dapat menjadi pengukur sokongan kerana secara tradisinya, tempat PAS berceramah bukan sekadar menjadi tempat penerangan parti tetapi juga pusat perniagaan yang dibanjiri para peniaga kecil.

PAS menang di Manek Urai 10 daripada 12 kali pihanraya umum. Terbaru, mereka hanya tewas pada 2004, ketika Ismail Yaacob atau Pok Su Wel, tidak bertanding.

Sepanjang lima kali bertanding, beliau menang kesemuanya. Kelebihan beliau sehingga kini masih dijadikan taruhan PAS yang menostalgiakan tokoh itu dengan memainkan lagu khas berirama dikir barat dan dokumentari pendek sebagai sanjungan kepadanya sebelum berceramah.

Sebuah jalan di Manek Urai Baru turut dinamakan Jalan Pok Su Wel.

Sumber PAS memberitahu, sehingga hari ini, parti Islam itu selamat dengan 58 peratus sokongan. Sejak semalam, Nik Aziz dan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun menyatakan keyakinan akan menang dalam pilihanraya kecil esok.

Esok jadi tumpuan

Bagaimanapun, mereka berdua kelihatan masih risaukan kehadiran pengundi hantu. Keharian 3,000 anggota polis di kawasan tersebut masih mengundang kecurihgaan berterusan pemimpin PAS.

Sumber Umno pula memberitahu, mereka yakin dengan sokongan lebih 50 peratus setakat ini. Semua mata kini tertumpu ke Manek Urai. Selepas "pengumuman besar" pembinaan jambatan semalam, BN dilihat sudah kehabisan peluru. PAS pula, yang menjanjikan kejutan besarnya hari ini.

Nik Aziz mengumumkan esok sebagai cuti umum di Kelantan bagi memudahkan pemilih keluar pengundi. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu merupakan kejutan yang dijanjikan. Jika tidak, BN akan menghadapi masalahnya - serangan terakhir dan muktamad PAS.

Dalam pilihanraya lalu, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Lantaran itu, semua mata tertumpu kepada hari pengundian esok. Persoalannya apakah PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti yang selesa.

Ataupun pilihanraya kecil esok akan membawa tuah kepada BN dan menandakan berakhirnya 'kekecewaannya' yang sering tewas dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum tahun lalu - kecuali di Batang Ai, Sarawak - sepertimana yang diharapkan oleh timbalan perdana menteri. Info: malaysiakini

Sunday, July 12, 2009

Di Mana Najib? Mengapa Tidak Muncul Di Manek Urai?


KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - Mengapakah Dato' Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai?

Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul.

"Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang?

"Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini.

Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan hari ini beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan.

Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan.

Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno.

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin.

Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus.

Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.

"Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka," katanya.

Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai.

Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas.

"Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat," katanya.

Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno.

Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan.

Nizar Manek Urai: Momentum 2008 dijangka kekal di Manek Urai - Timbalan Presiden


KUALA KRAI,(Hrkh) - PAS melihat momentum pilihan raya kecil pasca 2008 akan berulang di Manek Urai berdasar kepada perkembangan semasa yang berlaku.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, setiap kali menyertai pilihan raya kecil atau besar PAS mengharapkan kepada kemenangan.

"Kita Insya-Allah mampu menambah majoriti dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil sebelum ini yang bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang akan turut memberi kesan di Manek Urai.

"Cuma tinggal dua hari lagi pilihan raya akan berlangsung. Kita melihat isu-isu tempatan sudah banyak dijelaskan oleh agensi kerajaan pusat dan negeri.

"Selain itu sudah banyak penjelasan yang dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri," katanya ketika ditemui media selepas program solat sunat dhuha di perkarangan Masjid Kampung Peria di sini, hari ini.

Ribuan penduduk tempatan hadir menunaikan solat dhuha yang diimamkan Menteri Besar. Ia diadakan sempena program 'Bulan Sembahyang' sekarang.

Menurut Nasharuddin, isu royalti minyak biar pun kurang difahami penduduk tempatan namun melalui penjelasan yang dibuat boleh memberi kefahaman kepada mereka.

Sebaliknya kata beliau, ia juga boleh memberi justifikasi kepada pemimpin Umno.

Ditanya ketidakhadiran pada awal kempen di Manek Urai katanya, beliau menghadapi masalah kesihatan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Serdang Khamis lepas.

"Saya menghadapi masalah usus dan keadaan badan saya masih lagi lemah. Namun alhamudillah saya dapat hadir sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Sebelum ini saya janji mahu berada di Manek Urai hari Sabtu dan hari ini saya tunaikan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada keputusan dibuat Badan Perhubungan Negeri kurang memberi ruang kepadanya pada kempen hanya pada peringkat awal sahaja.

"Tetapi selepas melihat kepada perkembangan yang berlaku di peringkat bawah dan selepas Presiden pun ada di sini didapati banyak andaian-andaian sebelumnya tidak tepat. Saya telah diminta oleh Presiden dan Mursyidul am PAS supaya datang ke sini.

"Saya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon disebabkan oleh masalah kesihatan. Dan alhamdulillah selepas 'operation' saya boleh hadir ke sini," ujarnya.

Beliau juga berkata tidak berbanngkit isu-isu pada muktamar lepas pada pilihan raya kecil ini kerana ia lebih terarah kepada isu-isu tempatan.

Beliau juga memberitahu akan membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku sebelum ini selepas pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Katanya, beliau mengambil sikap tidak menjawab segala isu yang timbul sebelum ini apabila mengambil kira media di Malaysia tidak bebas.

Beliau juga berkata, terdapat cabaran baru dalam perjuangan PAS sekarang apabila ada kemungkinan terkeluar sedikit daripada kerangka Islam ekoran tindak tanduk sesetengah pihak.

"Alhamdulillah dengan umur PAS yang sudah masuk 56 tahun sudah cukup matang untuk menangani isu-isu yang berlaku sekarang. Prinsip tidak akan berubah dan yang berubah ialah prinsip dan metodologi.

"Saya melihat mereka tidak ada isu sehingga ada pemimpin Umno yang mahu mencabar saya. saya tidak perlu jemputan kepada Umno untuk hadir berceramah. Organisasi PAS sudah cukup untuk mengatur segala program untuk saya," katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, banyak usaha yang telah dilakukan arwah Paksu Wil di Manek Urai.

Begitu juga usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan melaksanakan pelbagai program.

"Jadi kita lakukan kesinambungan apa yang telah dilakukan oleh Paksu Wil," katanya.

Nasharuddin juga berkata, penduduk di Manek Urai berharap kepada penyelesaian kes-kes berkaitan kehidupan harian mereka sebagaimana dilakukan Allahyarham Paksu Wil.

"Personaliti yang ada pada Abe Uji boleh menjadi tarikan kepada pengundi," katanya.

Friday, July 10, 2009

Kempen Manek Urai: Kemelut DAP vs PKR Di Selangor


DAP Selangor terkejut dengan kenyataan Azmin Ali - mstar
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah terkejut dan kesal dengan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendesak kerajaan negeri merombak barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai "mahkamah".

Beliau berkata Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, perlu bertindak lebih proaktif untuk memahami dasar-dasar kerajaan negeri jika berasa tidak puas hati dan musykil terhadap pelaksanaannya.

"Saya berharap YB Azmin Ali membuat siasatan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kenyataan yang tersalah sasaran," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Azmin meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak barisan anggota exco yang didakwanya gagal melaksanakan tugas.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat desakan berkenaan kerana antara lain dipercayai kecewa dengan pelantikan anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kegagalan barisan exco memajukan Selangor.

Azmin turut membidas fungsi MTES yang menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan prejudis, sekali gus dikatakannya tidak baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi Selangor.

Yong juga berkata Azmin tidak sepatunya menyalahkan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hanya kerana beliau mengumumkan senarai anggota PBT yang tidak lengkap bagi penggal 2009/2010.

"Kejadian ini berlaku kerana salah satu parti komponen (Pakatan Rakyat) tidak dapat menyelaraskan senarai anggota PBT parti tersebut pada masa yang ditetapkan dan mengakibatkan YB Ronnie Liu terpaksa membuat pengumuman pada tarikh yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," kata beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri. BERNAMA

Nizar Di Manek Urai: MB Selangor tidak mahu campurtangan isu banglo Dr Khir


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu campur tangan pertelingkahan antara Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

"Dr Khir berhak mempertahankan diri manakala Adun Sekincan juga berhak membuat kenyataan. Isunya di sini adalah keterbukaan dan ketelusan. Jika Dr Khir rasa dia benar, samanlah Adun Sekincan, apa kaitan dengan saya," kata Khalid dalam sidang medianya di sini.

Khalid mengulas pertelingkahan antara Khir yang juga Adun Pasir Panjang dengan Ng, Adun Sekincan mengenai banglo mewah ala Bali di Jalan Suasa 7 dekat sini.

Ng mendakwa banglo mewah itu milik Khir dan nilainya bagi beliau adalah kira-kira RM24 juta.

Khir pula mengakui itu banglonya tetapi mendakwa beliau meminjam RM3.5 juta dari HSBC untuk membinannya dan harganya bukan RM24 juta sebagaimana dakwa Ng.

Ekoran itu, Khir akan menyaman Ng disamping mempelawanya menjadi agen hartanah untuk menjual banglo itu. Jika harganya mencapai RM24 juta, Khir sedia memberikan komisyen 50 peratus iaitu RM12 juta kepada Ng.

Ng pula menyahut cabaran Khir itu dan meminta Khir menyerahkan kunci banglonya untuk membolehkan dia menunjukkan banglo itu kepada bakal pembeli.

Ng juga berkata, dia kini mempunyai empat pembeli yang berminat melihat banglo itu.

PPSMI

Sementara itu, Khalid menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI kerana menurut beliau sudah satu juta rakyat negara ini tidak mendapat kerja yang baik akibat kelemahan mereka dalam sains dan metamatik.

Bagi beliau, ia berpunca dari pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

Ketika ditanya, apa pandangan beliau apabila keputusan penguatkuasaan pemansuhan PPSMI adalah tahun 2012 iaitu menjelang pilihan raya ke 13;

"Saya tidak kesah, yang penting ia dimansuhkan," kata Khalid kepada Siasah.

Nizar Dan PPSMI: Sokong demo baru mansuh PPSMI


Pemuda Pakatan Rakyat yang bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mendesak pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), menyokong penuh saranan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said supaya diadakan satu lagi demonstrasi menuntut dasar itu dimansuhkan segera mulai tahun depan.

Sepertimana Samad - yang juga penasihat GMP - ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin juga mempertikaikan mengapa pemansuhan PPSMI yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, hanya berkuatkuasa pada 2012.

Sehubungan itu, Shamsul menyarankan agar demonstrasi PPSMI kali ini digabungkan sekali dengan demontrasi Gerakan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung di ibu negara 1 Ogos nanti.

"Ini isu pendidikan. Jangan heret bersama dengan isu politik. Kalau (dasar itu) tidak boleh dilaksanakan, ia perlu diberhentikan untuk kepentingan rakyat.

"Satu dasar yang tidak bermanfaat tidak perlu diteruskan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Pada 7 Mac lalu, GMP mengadakan demonstrasi di ibunegara serta menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan memanasuhkan dasar tersebut.

Usaha meraih undi

"Kerajaan sudah kaji (baik dan buruk PPSMI), kenapa nak tangguh.

"Kos pelaksanaannya beratus ribu, jadi apa jaminan dilaksanakan (pemansuhan) pada tahun 2012. Kerajaan harus berani melaksanakannya dengan cara yang lebih objektif.

"Bagi orang politik, mereka melihat pelaksanaan PPSMI pada tahun 2012 digunakan untuk meraih undi dalam pilihanraya umum ke-13," katanya.

Sementara itu, ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat pula berkata demonstrasi boleh diadakan sekiranya kerajaan gagal memberi jawapan yang meyakinkan mengapa pemansuhan PPSMI itu hanya berkuatkuasa sepenuhnya pada 2012.

Sehubungan itu, beliau yang juga penolong setiausaha GMP, menyifatkan pengumuman Muhyiddin hanyalah kenyataan umum dan tidak benar-benar memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Ada beberapa perkara yang tidak jelas yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Beliau sebut tahun 2012 dimansuh sepenuhnya, (tetapi) tahun berapa dia nak mula mansuh?

Mekanisme pelaksanaan

"Kita minta penjelasan, bila mula mansuhnya, macam mana mekanisme perlaksanaannya dan juga persiapan buku teks," katanya yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya menjelaskan "asas pemansuhan" dasar kontroversi tersebut yang diumumkan oleh Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, kelmarin.

"Asas pemansuhan (dasar) ini apa? Dahulu pada zaman (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein, data-data yang diberikan tidak mengganggu (pembelajaran) di sekolah dan memberi kebaikan kepada pelajar.

"Tetapi selepas demonstrasi (7 Mac lalu), semua data-data menunjukkan (dasar tersebut) mengganggu pelajar.

"Sekiranya tidak ada penjelasan, maka ke jalanrayalah kita," katanya.

Beliau mencadangkan agar demonstrasi itu diadakan sebaik-baiknya selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, July 9, 2009

Nizar vs Zambry: Cubaan UMNO Di Kedah Selepas Perak


Minggu lepas adalah minggu yang menggemparkan. Semuanya kerana dua ekor katak…Jamal dan Osman. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih dimainkan dengan berita terbaru tentang kenyataan Misbahul Munir.

Aku bukanlah orang yang pertama mendapat maklumat tersebut…tapi aku boleh kata bahawa aku diantara orang yang awal mendapat berita itu. Tidak timbul soal Jamal mahu meyertai PKR semula…aku tak tulis pun benda tu. Yang tulis benda tu ialah Albanjari.

Bila cerita ini meletup, ada pemimpin Pas yang melatah. Ketua Penerangan Pas membuat kenyataan media menafikan perkara tersebut. Semalam Misbah pula membuat kenyataan menafikan cerita itu. Tetapi mengapa tidak ada pemimpin PKR membuat sebarang kenyataan? Baik di Perak ataupun Pusat? Sedangkan cerita ini membabitkan PKR?

Kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku…dan berita kehilangan Jamal dan Osman hanyalah ‘diversion’ kepada satu gelora yang lebih besar. Riuh rendah di Perak tetapi yang bergelora adalah di Kedah.

Sekurang-kurangnya, ada pemimpin Umno yang kelamkabut manakala akhbar dan TV mempunyai cerita untuk disiarkan.

Jamal tidak pernah menyatakan kepada sesiapa bahawa dia akan kembali kepda PKR. Anwar sendiri tidak mahu berjumpa dengannya lagi…dan Misbah tidak perlu membuat kenyataan bagi pihak PKR..”Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas.”

Apa yang aku dapat tahu, Jamal bukan sahaja tidak akan kembali kepada PKR..malah akan bertindak lebih teruk lagi. Dia sudah jadi seperti Ezam Mohd. Nor.

Ramai orang Umno tak suka kat Jamal…seperti mereka tak suka kat Ezam. Tetapi Jamal berguna untuk individu tertentu dalam Umno…sama seperti Ezam berguna untuk Khairy dan Pak Lah. Dan Jamal berguna untuk Najib..untuk melakukan kerja-kerja kotor Najib. Jamal bersedia melakukannya…demi duit. Macam Ezam dulu.

Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.

Apakah ini mustahil dilakukan? Tidak. Malah operasi ini sudah berjalan sejak lama. Tetapi masalah ini dipandang ringan oleh kepimpinan Pas Kedah. Ustaz Azizan masih dengan keras kepalanya.

Isu kandang babi bukan lah isu yang besar, tetapi hanya merupakan jerami yang mematahkan belakang unta. Ustaz Azizan tidak sedar tentang permainan Umno melalui kakitangan kerajaan dibawahnya. Sama seperti di Perak…kita leka dengan perebutan jawatan, pasir dan balak….sehingga tidak sedar permainan Setiausaha Kerajaan Negeri. Di Kedah…operasi ini dilakukan melalui Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Di Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini. Dan dialah yang menjadi dalang dibelakang konspirasi untuk menjatuhkan PR Kedah.

Langkah awal yang dilakukan oleh Umno ialah memainkan isu perkauman. 50% kuota Bumiputra dalam dasar perumahan negeri…penolakan pelan bangunan Persatuan Buddhist Kedah, cadangan untuk merobohkan kuil Hindu, dan terakhirnya ialah merobohkan tempat sembelihan babi.

Semua perancangan ini dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang terdiri dari orang Umno…dan dipersetujui oleh Pas. Dan ini menyebabkan kemarahan kepada bukan Melayu. Sudah pasti ADUN-ADUN bukan Melayu merasa terancam. Kalau orang-orang bukan Melayu marah…masa depan mereka juga terancam. Dan ADUN DAP sudah termasuk dalam perangkap ini.

Dikalangan ADUN-ADUN PKR….hanya seorang sahaja Melayu, itu pun tak boleh harap. Yang lainya terdiri dari 3 Cina dan seorang India. Maka tidak susah bagi Umno menjalankan konspirasinya. Bagaimana kalau satu Melayu, satu India dan dua Cina menyertai Bebas? Sudah cukup untuk meruntuhkan PR Kedah!!

Dan ini lah yang cuba dilakukan oleh Umno dimana Jamal adalah diantara balaci-balaci Najib untuk meruntuhkan PR Kedah.Tetapi Ustaz Azizan masih tak sedar.

Minggu lepas…operasi ini sudah hampir kekemuncak dan gagal ditangani oleh kepimpinan PR negeri sehingga memaksa Anwar sendiri turun untuk menyelesaikan keadaan.Hari Ahad petang, semasa dalam perjalan ke Manek Urai, aku mendapat tahu Anwar bertemu dengan kepimpinan PKR Kedah untuk meredakan keadaan. (laporan tentang apa yang berlaku hingga menyebabkan Anwar terpaksa turun ada disini)

Dan semalam, Ustaz Azizan bertemu Lim Kit Siang di Kuala Lumpur. (Disini) Hasilnya…positif. Kerana Ustaz Azizan tidak mempunyai pilihan. Sama ada terus keras kepala dan membiarkan Kedah menjadi seperti Perak..atau mencari jalan penyelesaian.

Keadaan kembali menjadi normal untuk seketika. Tetapi berapa lama ia akan bertahan?

Pilihanraya DUN Perak bukan lagi fokus penting. Ia akan diadakan..cuma menunggu masa yang sesuai. BN tidak akan membubarkan DUN Perak kalau dia tahu dia akan kalah. Maka, jalan perlu dicari untuk melemahkan Pakatan Rakyat. BN semakin berjaya….dengan isu Kerajaan Perpaduan, Isu Kedah…dan apabila PR lemah..baru lah DUN Perak akan dibubarkan.

Terpulanglah kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk berfikir secara matang. Tak ada guna kita mengaku lebih cerdik…tetapi sentiasa kena tipu. Tak ada guna menepuk dada mengatakan kita lebih bermoral…tetapi sentiasa diputarbelit oleh mereka yang dikatakan lebih rendah moralnya.

Dimanakah kecerdikan kita dan dimanakah tingginya moral kita…kalau perkara-perkara remeh pun tidak mampu diselesaikan?

Krisis Perak sepatutnya mematangkan pemikiran kita…terutamanya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Bagi pemimpin Pas…banyak lagi yang perlu dipelajari dari Nik Aziz.

Manek Urai Dan PPSMI: Pemansuhan PPSMI 2012 Tidak Cukup!!!


Susulan daripada itu rakyat harus bertindak segera dan jangan terpengaruh dengan "gula-gula pilihanraya" yang dibuat oleh Muhyiddin itu. Mereka sebenarnya hanya inginkan undi rakyat di Manek Urai. Lantaran itulah perlaksanaan pemansuhan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Rakyat perlulah bijak melihat apa yang berlaku ini. Maka itu, pastikan Muhyiddin dimalukan di Manek Urai. Jangan biarkan rakyat terus ditipu lagi !! Mereka begitu mudah mengaut untung besar, tetapi lambat bertindak untuk melakukan perubahan gara-gara takut kepada tekanan pihak yang mendapat untung itu. Inilah dia satu lagi projek kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang paling "bangang" dialaf baru !!.

Eksklusif: Tiga Tahun Masa Untuk Memansuhkan PPMSI, Terbukti Muhyiddin Sekadar Hulur Gula-Gula Untuk Menagih Undi Rakyat Di Manek Urai !! - PDO

Keputusan kabinet semalam yang telah meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan jelas sekali merupakan langkah terdesak kerajaan selepas diasak hebat oleh pejuang bahasa dan rakyat sebenarnya. Malah keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, dan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing berkuat kuasa pada 2012 adalah tidak berbaloi dan

bagai melepaskan "batuk ditangga semata-mata". Ramai yang melihat keputusan Muhyiddin itu adalah sebagai satu "strategi politik" beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya BN di pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini. Kenapa baru sekarang ingin bertindak, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil sedang berjalan?. Persoalannya, wajarkah 2012 dijadikan asas untuk memansuhkan PPMSI? Walhal, sepatutnya tindakan itu dilakukan segera jika mereka melihat kepentingan "rakyat didahulukan"?. Kemanakah hilangnya slogan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak jika ini tindakan Muhyiddin?. Biar apa pun alasan, sememangnya kita sebenarnya mendesak perlaksanaan ini dilakukan segera dan bukannya menunggu tiga tahun. Berapa ramai lagi anak-anak kita yang akan dikorbankan minda dan pemikiran mereka gara-gara projek Barisan Nasional ini.

Alasan yang diberikan kerana sudah mempunyai kontrak dengan pihak pembekal buku, komputer serta peralatan lain untuk PPMSI jelas sekali menunjukkan mereka lebih mengutamakan "kroni" daripada rakyat. Malah, difahamkan projek PPMSI ini yang dianggarkan menelan belanja mencecah RM6 bilion itu telah dimonopoli oleh kaum kerabat, proksi serta korni terapat dengan bekas Menteri Pelajaran iaitu Hishamuddin Hussein. Beliau yang juga merupakan "sepupu Najib" telah mendapat limpahan kemewahan hasil projek ini. Mereka kaya raya gara-gara projek "gila" yang berjaya merosakkan masa depan anak-anak kita. Kini mereka memerlukan masa lagi tiga tahun untuk membatalkannya. Bukankah ini tidak adil buat rakyat. Jika kerajaan benar-benar ikhlas, maka mereka harus melakukan sekarang. Kenapa ketika melaksanakan PPMSI dulu, mereka boleh bertindak tergesa-gesa tanpa mengambilkira pandangan rakyat?. Kini untuk memansuhkannya, mereka pula mahu membuat "perkiraan" untung dan rugi. Projek yang turut mengorbankan masa depan anak-anak orang UMNO dan BN ini juga telah mendapat sokongan "membabi buta" daripada puak-puak mereka. Walhal ia jelas telah "memperbodohkan" anak-anak mereka sendiri. Namun, akibat kebebalan untuk berfikir secara waras puak-puak karat ini menyokong sebulat suara projek itu tanpa memikir masa depan anak-anak mereka.

Nizar Di Manek Urai: Nik Aziz tak faham makna 'kebangsaan'?


Sama ada Najib menerima atau tidak tawaran Tok Guru Nik Aziz itu, sesungguhnya Nik Aziz telah mengambil langkah yang bijak. Bahawa ada sesuatu yang penting, yang perlu diperdebatkan dengan pimpinan Umno. Bahawa ada suatu kesalahan akidah dalam dasar perjuangan Umno. Perkara ini serius, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Nik Aziz tak faham makna 'kebangsaan'?- Oleh: Dinsman@detikdaily

Cadangan dan undangan Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia mengenai Islam itu sebenarnya bukanlah satu perkara baru yang ditimbulkan-nya secara tiba-tiba menjelang pilihan raya kecil Manek Urai, untuk tujuan politik. Tidak.

Bagi mereka yang rajin mengikuti setiap perkembangan dalam kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, ini adalah suatu kemuncak kepada serentetan hujah dalam perjalanan dakwah beliau, khasnya sejak memegang jawataan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Kita tentu mudah ingat yang Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan bahawa PAS sanggup membubarkan partinya sekiranya Umno komited dengan perjuangan Islam danmelaksanakan syariat Islam dalam pentadbiran negara. Kenapa saya katakan kita mudah ingat? Sebab Tok Guru Nik Aziz bukan sekali menyatakan demikian, tetapi berulang-ulang kali.

Hairannya ketika Nik Aziz menyatakan demikian, walaupun berulang-ulang kali, ia tidak pernah menarik minat pimpinan Umno untuk memberi reaksi atau respons kepada kenyataan tersebut. Walhal kenyataan itu cukup provokatif.

Provokatif kerana, pertama, Nik Aziz sebagai pimpinan tertinggi PAS menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti PAS. Kedua, kenyataan itu menegaskan yang Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Ketiga, kenyataan itu juga memberi implikasi makna yang dakwaan pimpinan Umno mengatakan mereka berjuang untuk Islam itu adalah dusta semata-mata.

Begitu pun implikasi maknanya, namun pimpinan Umno tidak pernah peduli. Mereka tak pernah memberi respons kepada kenyataan Nik Aziz itu. Mereka memang tidak serius dengan Islam. Mereka hanya berminat (dan serius) dengan Islam apabila mereka dapati ada bahagian-bahagian tertentu dalam Islam itu yang boleh membantu agenda mereka.

Ternyata Islam bukanlah agenda Umno. Islam hanyalah alat atau bahan penting yang mereka pergunakan untuk membantu mereka mencapai sesuatu agenda lain.

Itulah hakikatnya Umno. (Saya pernah menganalisisi perkara ini dalam buku "Mahathir (Ekonomi) Perang 'Aqidah", 1999). Tetapi pimpinan Umno tak akan mengakui hakikat ini, kerana mereka tahu sentimen orang Melayu. Orang Melayu pasti akan menolak Umno sekiranya mereka tahu yang dakwaan Umno berjuang untuk Islam itu semata-mata dusta. Tetapi itulah hakikatnya.

Hakikatnya ialah sama ada Umno berdusta, ataupun memang pimpinan Umno tidak memahami Islam sebenar, atau mereka tidak komited dengan akidah Islam.

Apabila Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam kerana Umno menerima 'kebangsaan' atau 'nasionalisme' sebagai ideologi, ramai orang tidak mengerti maksud sebenar Nik Aziz. Saya pun pada mulanya tidak faham apa maksud sebenar Nik Aziz berkata demikian. Sebab apa saya tidak faham? Sebab pada masa itu saya berpendapat kebangsaan itu adalah suatu 'semangat cintakan negara'. Jadi apa salahnya kebangsaan?

Islam tentu tidak melarang penganutnya mempunyai 'semangat cintakan negara' ? fikir saya. Jadi, Islam dan kebangsaan boleh wujud serentak dalam diri seseorang. Dalam masa sama dia menerima Islam sebagai agama dan cara hidupnya, dan dalam masa sama dia juga ber'semangat cintakan negara' atau bersemangat 'kebangsaan'.

Jadi, kenapa Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam apabila Umno menerima 'kebangsaan' sebagai ideologi? Mungkinkah Nik Aziz kurang memahami istilah 'kebangsaan' atau 'nasionalisme'?

Begitulah fikir saya pada waktu itu. Dan saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia pun tentu berfikir begitu. Tak mengapalah, barangkali Tok Guru Nik Aziz kurang faham dengan istilah 'kebangsaan' atau 'nasionalisme' itu. Tak mengapalah. Maka kita pun kuranglah mengambil kisah sangat apabila Nik Aziz berkata demikian.

Tetapi Nik Aziz mengulangi lagi kenyataannya itu. Dan dia banyak kali mengulang-ulangnya, hingga saya pun terfikir lagi - apakah mungkin Nik Aziz tidak memahami istilah 'kebangsaan', ataupun dia memang ada maksud tertentu yang dia hendak sampaikan supaya orang faham sepertimana yang dimaksudkannya?

Soalan itu menyebabkan saya terus berfikir, dan kemudiannya barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Yakni apabila ia dihubungkan dengan satu lagi perkara yang sering disebut oleh Nik Aziz kebelakangan ini - mengenai semangat perkauman Melayu, Cina dan sebagainya, di mana perkara tersebut tidak ada atau tidak diiktiraf oleh Islam. Tidak ada semangat perkauman dalam Islam. Yang ada hanya semangat Islam, tanpa mengira apa bangsa dan apa keturunan pun dia.

Demikian jugalah dengan semangat atau ideologi kebangsaan/nasionalisme itu. Apabila kita benar-benar memahami dan menerima Islam sebagai cara hidup dan satu-satunya cara hidup kita, yang menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat, maka dengan sendirinya tertolaklah apa pun cara hidup yang lain selain Islam. Nasionalisme atau kebangsaan pun menjadi tidak relevan lagi.

Itulah hakikatnya. Tetapi bukan senang orang hendak memahami dan menerima hakikat itu. Nik Aziz sudah berusaha memberi kefahaman itu, dengan dia selalu membuat kenyataan mengatakan Umno menolak Islam dan menerima kebangsaan. Namun orang seperti tak mengambil kesah akan kenyataan yang diulang-ulangnya itu. Nik Aziz pun melangkah lagi selangkah ke depan, dengan menyebut Umno sebagai ajaran sesat.

Maka melentinglah orang Umno mendengar kenyataan yang pahit walaupun benar itu, hingga mereka bertindak membuat laporan polis. Tok Guru Nik Aziz menyambut langkah mereka, dengan membuat tawaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Dia serius. Dia menghantar surat rasmi pada 2 Julai.

Sama ada Najib menerima atau tidak tawaran Tok Guru Nik Aziz itu, sesungguhnya Nik Aziz telah mengambil langkah yang bijak. Bahawa ada sesuatu yang penting, yang perlu diperdebatkan dengan pimpinan Umno. Bahawa ada suatu kesalahan akidah dalam dasar perjuangan Umno. Perkara ini serius, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Marilah kita berdepan, untuk mencari penyelesaiannya secara gentleman. Ini perkara akidah. Orang-orang yang berpengetahuan agama dalam Umno, tolonglah bersuara dalam perkara yang sangat penting ini. Cukup-cukuplah bermain dengan hal-hal keduniaan. Ini hal akidah, marilah kita hadapi dengan keinsafan.

Sama ada Najib dan para pimpinan atasan Umno bersedia untuk menghadapi perkara akidah yang serius ini atau tidak, tak mengapa. Kerana selain mereka, ada lagi pihak yang perlu diutamakan, iaitu rakyat yang ramai. Najib dan pimpinan Umno tak mahu berdebat, biarlah mereka. Tetapi rakyat ramai perlukan 'debat' ini. Rakyat ramai perlu disedarkan akan hakikat ini. _

Kempen Manek Urai: Nasharudin Ditahan Di Hospital Dan Akan Berkempen Di Manek Urai Sabtu Ini


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang tidak muncul dalam pilihan raya kecil Manek Urai setakat ini akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.

Sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.

"Memang ada usaha menghalang beliau daripada berkempen dan keputusan meminta Nasharuddin tidak turun Manek Urai.

"Tetapi beliau tidak ke Manek Urai bukan kerana keputusan itu tetapi kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini," katanya sumber itu kepada mStar Online.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.

“Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharuddin) datang baru kita masukkan dalam jadual.

“Mungkin juga dia (Nasharuddin) segan nak mari,” kata beliau di Kuala Krai.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, Nik Aziz menggesa Nasharuddin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Namun pada 23 Jun lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Nasharuddin.

Sejak itu Nasharuddin yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS bual kali kedua awal Jun lalu jarang muncul dalam majlis awam anjuran partinya. /tranungkite

Wednesday, July 8, 2009

Kempen Nizar Manek Urai: TV3 Dulu, Kini dan Selamanya...



UMNO BN TV3 dan kawasan2 yang sepusat dan sepusing dengannya tidak pernah belajar dari kesilapan mereka. Mereka tidak pernah rasa malu untuk siarkan berita yang berat sebelah. Mereka mengaku media ini milik 1 Malaysia tetapi yang hanya disiarkan semua laporan yang menyebelahi UMNO dan BN.

TV3 akan terus menjadi TV3 suku bila menjelang pilihanraya. Mereka akan guna media sebaik mungkin untuk menghentam Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya rakyat terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapat berita. Sebab itu internet menjadi pilihan media alternatif rakyat.

Wujudnya blog serta laman web persendirian yg pro Pakatan Rakyat adalah untuk memberi gambaran dan pandangan tentang Pakatan Rakyat. Hari ini pemimpin tidak boleh nafikan peranan media internet ini serta kesannya. Para bloggers sanggup berkorban tanpa upah untuk membuat liputan. Kalau anda mahu tubuh badan yang sihat jangan tengok TV3 menjelang pilihanraya. Serangan jantung dapat dihindarkan...

Manek Urai: Mahathir Mengamuk Dasar PPSMI Di Mansuhkan


Dr Mahathir pertikai mansuh PPSMI - malaysiakini
Jul 8, 09 5:17pm
Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata bekas perdana menteri itu secara ringkas di blognya kira-kira 4 petang tadi.

Beliau memaklumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pegawai kanan kementerian bertemunya Isnin lalu untuk memaklumkan keputusan memansuhkan dasar yang diperkenalkannya pada 2003.

Dalam kenyataan awal empat ayat itu, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengungkapkan kembali bantahannya terhadap desakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) awal Mac lalu.

Berikut pandangan Dr Mahathir berhubung dasar PPSMI:

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Diterbitkan kembali daripada blog Che Det (13 Mac 2009)

Manek Urai dan Isu PKFZ-Sembilan termasuk exco Selangor disaman


SHAH ALAM 8 Julai (Hrkh) - Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurut beliau, exco kerajaan negeri Teresa Kok membuat tuduhan dan disiarkan dalam akhbar Suara KeADILan dan sembilan yang lain Sun Media Corporation (The Sun); The New Straits Times Press (NSTP); Pelita Koridor Sdn Bhd; NPK Sdn. Bhd. (Penerbit Suara Keadilan); New Straits Times Berhad (NST); Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.

Bagi tujuh defendan itu, Abdul Rahman menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta manakala dua lagi defendan iaitu PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pula dituntut membayar saman sebanyak RM2 juta.

Dalam sidang akhbar di lobi Dewan Negeri itu, katanya, saman yang telah difailkan melalui peguam Kamal Hisham Hasnal Rezua 3 Julai lalu termasuk memberi tempoh seminggu kepada pihak terbabit untuk menjawab tuntutan berkenaan.

Beliau mahu membersihkan imej yang telah tercemar kerana tuduhan pihak terbabit yang secara langsung mengaitkan saya mempunyai kepentingan dalam isu PKFZ.

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya./SH _

Berita Gembira: PPSMI Di Mansuhkan 2012


Akhirnya perjuangan rakyat berjaya.Tahniah kepada mereka yang memperjuangkan isu ini sehingga ianya dimansuhkan!!!

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya. / BHM

Tuesday, July 7, 2009

Manek Urai: Status PPSMI Di Umumkan Esok


It looks as if the teaching of Maths and Science in English has reached a cross-roads.
There have been protests against the teaching of two subjects in English while others claim the approach is helpful.
The flip-flopping over the years has not helped.
It is possible that many teachers, especially in rural areas, were not ready to teach those two subjects in English. At the same time, the standard of English has dropped over the years.
If you ask me, if they really want to improve the standard of English, then much will depend on the quality of teachers. A revamp of the curriculum itself would be required and more time allowed for the actual teaching of English. Bring back grammar, literature appreciation and essay writing.
So where to, now?


Gempar, Khir Toyo Nak Jual Banglo RM24 Juta?


Sapa dapat pembeli untuk Banglo ini dgn harga Rm24 juta, komisen Rm12 juta! Fuh..byk tu.....

Rumah RM24 Juta, Separuh Untuk Ng Sue Lim - Dr Khir Toyo

1. Pagi tadi ADUN Sekinchan (kami berjiran dari segi geografi kedudukan DUN) membawa pemberita melawat rumah saya di Shah Alam dan kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang membawa maksud seolah-olah saya memperolehi pendapatan dari sumber yang tidak sah. Ini merupakan tindakan desparado untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu dalaman pakatan mereka dan juga kegagalan beliau melaksanakan tugas wakil rakyat beliau dengan baik di Sekinchan.

2. Sungguhpun isu rumah ini telah beberapa kali timbul, saya mengambil sikap tidak menjawab atau memberi respon kerana berpendapat bahawa rumah saya adalah isu kehidupan peribadi saya. Ini kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau pun jenayah kerana semuanya ada rekod dan

Artikel penuh, klik http://www.drkhir.com/2009/07/rm24-juta-separuh-untuk-ng-sue-lim.html
Tuesday, July 7, 2009 1:44:00 PM MYT
Dr Mohamad Khir Toyo said...
Jika ada pembeli yang tulen (maknanya ada RM 24 juta) saya akan jual. Sesiapa pun boleh.

Monday, June 29, 2009

Nizar vs Zambry: PPSMI, Parut Yang Kekal


Oleh: HASMI bin HASHIM@perakexpress

Katakanlah, minggu depan kerajaan akan mengumumkan penarikan semula dasar pembelajaran matematik dan sains dengan bahasa Inggeris. Katakanlah, pengumuman menteri atau mungkin sahaja oleh perdana menteri sendiri dibuat dengan hujah penuh ‘insaf’, kononnya, demi mengembalikan maruah dan peranan bahasa ibuanda sebagai bahasa akademik. Apakah kita lupa?

Apakah rakyat, khususnya orang Melayu segera menyatakan “ya!” dan kembali menyatakan sokongan kepada Umno-BN? Saya tidak fikir, orang Melayu begitu mudah boleh diperkotak-katikkan lagi. Dan, apakah sasterawan kita pun sekonyong-konyong membuat kenyataan terbuka seraya dilaporkan besar-besaran oleh media arus perdana, konon beginilah sikap kerajaan yang ‘memahami’ kehendak rakyat! Sana-sini orang bakal mengucapkan “terima kaseh”…

Ya, mungkin sebagai bangsa yang beradap, kita perlu mengucapkan kata-kata itu. Mungkin sahaja kita memaafkan… namun bagi setiap noda besar yang sebegitu, sepatah kata Nelson Mandela, kita mungkin akan memaafkan, tapi tidak melupakan.

Saya kata begini, apabila saya tahu ramai yang muak dengan sikap kompromi segelintir penulis yang beriya-iya mengucapkan kekaguman luar biasa apabila ada pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan PPSMI. Seakan-akan terlalu besarlah kesedaran pemimpin Umno itu, termasuk misalnya daripada Timbalan Menteri Pelajaran mahupun oleh Ketua Pemuda Umno. Kemunafikan mereka, tidakkah jelas nyata?

Saya masih ingat, tatkala di penjara lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu tegas dalam soal bahasa. Keseriusan beliau terbias di dalam Ucapan Dasar dalam setiap kali Kongres Nasional Keadilan dan tidak boleh tidak, isu bahasa Melayu wajib disentuh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Ya! Saban tahun dan tidak pernah sekalipun diabaikan.

Dr Wan Azizah-lah presiden parti yang pertama bersuara menentang PPSMI. Bukan oleh Tun Abdullah Badawi, jauh lagi Datuk Seri Najib Razak. Dalam salah satu ucapan dasarnya, Dr Wan Azizah lantang mengebutkan bahawa PPSMI tidak lebih hanya sebagai lambang pemimpin Umno-BN yang terjajah akal-budinya.

Waktu itu, bukan sekadar pemimpin Umno yang kecut perut untuk berhadapan dengan Dr Mahathir yang menyinga, malah sukar sekali untuk mendengar kenyataan penulis terang-terangnya menolak PPSMI. Kalau adapun, hanya keluh-resah di meja kopi. Selepas 8 Mac, barulah semakin dan semakin berani adanya.

Menyedari hakikat inilah, rakyat tentunya mudah muak dan jelek kalau nanti ada seorang-dua penulis terutamanya yang memuji-muji kelangit pemimpin Umno, andai PPSMI dihapuskan.

Sesungguhnya kesedaran awal Anwar, Keadilan, Pakatan Rakyat dan segenap kelompok masyarakat didasari sejarah perjuangan bahasa yang bukan kepalang.
Kita sedar Bahasa Melayu sepertimana yang kita pertuturkan hari ini, sepertimana yang ditulis di merata tempat adalah hasil sebuah perjuangan. Ia bukan datang bergolek. Ia bukan percuma. Di mahkamah sekalipun, Bahasa Melayu diterima sebagai wajib hanya pada 1990, iaitu selepas 33 tahun kita mencapai kemederkaan.

Kita bertambah insaf apabila menyedari bagaimana, misalnya Persatuan Guru-guru Singapura mahupun “Asas 50″ yang berjuang untuk memastikan agar di dalam Perlembagaan Malaya yang merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Sekurang-kurangnya, tiga kali Kongres Bahasa Melayu baik di Singapura, Johor Bahru dan Seremban pada pertengahan 1950-an menjadi asas sehingga membuahkan perincian, fakta dan hujah mengapa Bahasa Melayu wajib diterima sebagai Bahasa Kebangsaan. Kertas kerja daripada ketiga-tiga kongres berkenaanlah yang kemudiannya dibentuk sebagai memorandum kepada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh British atas titah Paduka Permasuri di England.

Bayangkan sahaja, pihak Inggeris sekalipun gagal untuk menolak hujah dan fakta yang dibentangkan. Malah pejuang bahasa ketika itu berterus-terang sahaja dengan beberapa ‘perangkap’ yang dipasang penjajah. Antaranya, untuk memujuk para pejuang bahasa, maka ditawarkan “Kerusi Melayu” di Universiti Malaya, Singapura.

Apa jawab para pejuangan bahasa? Apakah mereka terpukau lalu menerimanya?

Tentu tidak. Bagi mereka, mereka sedar bahawa umpan “Kerusi Melayu” itu hanya sebagai permulaan kematian Bahasa Melayu, dan di “Kerusi Melayu” itulah akan menjadi seolah-olah sebuah jabatan yang mengkaji sebuah bahasa dan budaya yang sudah mati. Yang dituntut kemudiannya adalah Pengajian Melayu yang lebih bertujuan untuk memajukan bahasa dan budaya Melayu.

Umpan dan pujuk rayu penjajah gagal. Hanya, puluhan tahun selepas itu, Umno kembali melaksanakan konspirasi tersebut. Usaha Umno ini tidak lebih sebagaimana kaedah penyisihan bahasa ibuanda yang dibuat oleh pemerintah Singapura.

Kalau tidak silap, sehingga hari ini bahasa rasmi yang tertera di dalam Perlembagaan republik itu masih bahasa ibuanda ketiga bangsa utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Karena itulah, lagu rasmi Singapura masih dinyanyikan di dalam Bahasa Melayu–saya justeru percaya, ianya akan ditukar apabila pemimpin Republik itu menyedari esei saya ini.

Kita kelelahan untuk berulang kali menyebutkan kepentingan bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu, juga bahasa perpaduan. Kita mahu, semua rakyat dari Tanjung Maling, Kuala Selangor, Tawau sehinggalah ke Kota Tinggi bertutur dengan bahasa kita ini.

Kita mahu anak muda Melayu yang bercinta dengan gadis Cina di Bukit Bintang bertutur dengan bahasa Melayu. Tentu sahaja indah kalau anak pasangan Cina dan India yang masing-masing sedang dilambung asyik asmara juga bertutur dengan bahasa kebangsaan kita ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sewaktu melancarkan dasar PPSMI konon berkata, rakyat akan segera menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Kemudian, beberapa bulan lalu, beliau sendiri yang berkata bahawa kecekapan Bahasa Inggeris hanya dapat ditingkatkan melalui subjek kesusasteraan Inggeris dan bukannya mengajar subjek “teknikal” dengan bahasa Inggeris.

Saya tidak lagi terkejut dengan lidah bercabang beliau, terutama apabila kita melihat bagaimana Dr Mahathir tiba-tiba mengubah pendiriannya terhadap Geogre Soros. Beliau senang-senang sahaja menyebutkan bahawa Soros “tidaklah jahat” sejurus bertemu Soros–sedangkan kita tahu bagaimana Soros dikatakan sebagai “penyangak” kala Malaysia dilanda krisis matawang 1997-98.

PPSMI sedari awal sama sekali bukan untuk membantu orang Melayu. Tidak juga kepada orang Cina dan India di bawah. PPSMI punya agendan tersorot iaitu untuk mengekalkan status quo di kalangan pemimpin elit Umno-BN… Mesej yang hendak disampaikan ialah sedarlah orang Melayu, Cina dan India di bawah bahawa negara ini adalah untuk “kami yang di atas.” Sampai bila-bila pun!

Lihat sahaja, di dalam pertarungan politik, yang mewarisi kuasa seakan-akan sudah pasti hanya di kalangan anak menteri, menantu dan bekas perdana menteri. Kalau kamu datangnya dari golongan rakyat biasa, lupakan. Sedarlah diri! Sedangkan, kepada rakyat teramai inilah sering mereka merayu sokongan apabila tiba pilihanraya…

Begitulah sikap munafik yang jelas nyata apabila Dr Mahathir berhadapan dengan isu PPSMI yang mana beliau yang memperkenal dan melaksanakan dasar berkenaan.

Kemunafikan sebegini perlu ditolak. Misalkan minggu hadapan kerajaan mengumumkan penarikan semula dan penghapusan dasar PPSMI, apakah dapat dimaafkan begitu sahaja sedangkan ratusan ribu murib-murib, anak-anak dan adik-adik kita telah menjadi mangsa.

Andai kata minggu hadapan berita ‘gembira’ diumumkan, orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak akan mudah lupa. Noda Umno-BN itu pasti kekal sebagai parut di dada, termasuk di kalangan ratusan ribu anak-anak bangsa. Jumlah yang besar itulah, yang di dalam Pilihanraya Umum akan datang bakal pula mengajar dan menconteng arang ke muka pemimpin yang munafik.

Meski akan ada seorang-dua yang mudah lupa. Tetapi rakyat tidak!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost