Showing posts with label Muara Tebas. Show all posts
Showing posts with label Muara Tebas. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

PRU13 & PRN Sarawak Serentak..?

KUCHING: Barisan Nasio-nal (BN) Negeri sedia mempertimbangkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta untuk meng-adakan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum secara se-rentak.

Semalam, Pengerusi BN Ne-geri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri memberitahu, beliau akan mempertimbangkan sekiranya permintaan sedemikian dibuat.

“Jika pilihan raya umum di-adakan tidak lama lagi, saya boleh mempertimbangkannya.

“Tidak menjadi masalah (untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya secara serentak),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di ke-diamannya di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

Taib, bagaimanapun pantas menjelaskan bahawa kenyataannya tidak harus disalah anggap bahawa pilihan raya sedemikian sememangnya akan terjadi.

Ini kerana tarikh pilihan raya ditentukan oleh Najib.

“Saya tidak menentukan tarikh pilihan raya umum untuk negara kerana ia (keputusan) dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, jika Najib bercadang untuk mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi, adalah wajar untuk kedua-dua pihak untuk sama-sama berbincang terlebih dahulu.

“Jika beliau (Najib) mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya (umum) tidak lama lagi, lebih baik (kedua-dua parti) menyelaraskannya (dengan pilihan raya negeri)… dan mungkin (mengadakan) pilihan raya se-rentak,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata tujuan utama beliau berjumpa dengan Taib adalah untuk membincangkan cara memperbaiki kerjasama antara negeri ini dan kementeriannya bagi memastikan masalah-masalah kecil dapat diselesaikan.

Beliau berkata, mungkin ada yang tidak menyedari banyak projek pembangunan sudah berjalan di negeri ini seperti rumah-rumah yang dibina di bawah program kementeriannya.

Shafie turut memberitahu perjumpaan itu turut membincangkan cara untuk membantu penduduk luar bandar mencapai pendapatan lebih tinggi.

“Kami turut membincangkan cara atau kaedah untuk menye-diakan infrastruktur dan kemudahan lain untuk memastikan penduduk luar bandar dapat me-ningkatkan pendapatan me-reka,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Abdul Wahab Aziz.-Utusan Borneo

Thursday, September 2, 2010

"Taib Sekadar Mahu Uji" - Editor Sarawak Tribune Digantung


Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu.

Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Menurut mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cuba memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.

"Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin yang dipetik Bernama.

Mesyuarat panjang lebar

Maklumat yang diterima Malaysiakini adalah Si yang mengetuai Sarawak Tribune sejak tiga bulan lalu telah digantung tugas selama dua minggu. Ada juga laporan yang mendakwa beliau telah dipecat.

Menurut sumber, anak perempuan bongsu Abdul Taib - Hanifah, menyerbu pejabat akhbar itu pada malam Isnin lalu dan mencaci kakitangan berhubung penerbitan laporan berkenaan.

Hanifah, bekas editor urusan akhbar the Tribune kemudiannya mengadakan mesyauarat panjang lebar dengan editor kanan sehingga jam 2.30 pagi, keesokan hari.

Si yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam dunia kewartawanan pernah berkhidmat dengan Malaysian Insider, The Star dan juga Borneo Post. Beliau hanya berada di pejabatnya seketika pada pagi Selasa lalu.

Beliau kemudiannya diarahkan ke pejabat menteri besar dan sejak itu tidak datang kembali ke pejabat akhbar berkenaan.

Si juga tidak menjawap panggilan telefon daripada Malaysiakini.

Sejak selasa lalu, Sarawak Tribune cuba 'mententeramkan keadaan' dengan menyiarkan laporan beberapa pemimpin tempatan yang kononya merayu Abdul Taib supaya kekal sebagai ketua menteri.

Akhbar berkenaan pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan akhbar berbahasa Inggeris berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan Eastern Times.

Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran dan secara kebetulan pula dirasmikan oleh Abdul Taib.-Malaysiakini

Sunday, January 3, 2010

Nelayan Asing Veitnam Mati Selepas Mengamuk Di Kampung Muara Tebas

Pada petang Sabtu 2/01/2010(semalam) jam 6.30pm satu kejadian amuk telah berlaku di kpg Muara Tebas apabila empat nelayan asing yang mabuk telah mengamuk dan cuba untuk mencederakan penduduk kpg dengan menggunakan parang.Dalam kejadian itu seorang penduduk kpg tercedera setelah ditetak dibahagian pergelangan tangan dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.Seorang rakyat Veitnam terbunuh, seorang cedera parah dan yang lain berjaya ditangkap polis.
Difahamkan kejadian bermula setelah 4 nelayan itu mabuk selepas minum minuman keras di kedai berhampiran.Mereka mengamuk apabila beberapa penduduk kpg cuba menyuruh mereka balik kekapal nelayan mereka kerana mereka mula membuat bising dan cuba memukul penduduk kpg Muara Tebas.Setelah berlaku sedikit pergelutan mereka berempat balik kekapal.Tetapi sejurus selepas itu mereka kembali dengan membawa parang dan mengamuk penduduk kpg.Melihat mereka bersenjatakan perang, penduduk kpg yang melihat kejadian itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Semasa mengamuk, seorang daripada mereka berjaya mendekati seorang penduduk yang ketika itu hendak ke Masjid untuk sembahyang Maghrib.Dalam cubaan untuk mempertahankan diri, penduduk kpg tersebut telah tercedera dilengan ditetak menggunakan parang.

Penduduk kpg yang melihat rakan mereka ditetak mula marah dan berani menghampiri nelayan asing itu manakala nelayan itu mula takut dan cuba lari menyelamatkan diri kerana melihat penduduk kpg yang semakin ramai.Dua daripada mereka berjaya bitangkap penduduk dan dibelasah sehingga seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi cedera parah.Ketibaan polis di tempat kajadian telah menyelamatkan seorang lagi daripada mereka yang bersembunyi telah ditemui penduduk.Manakala seorang lagi berjaya diberkas setelah pihak Meritim berjaya menahan kapal nelayan itu.

Beberapa penduduk kpg juga telah ditahan untuk soal siasat.

Dalam kejadian seperti ini, apa yang boleh dipersoalkan adalah kehadiran nelayan asing itu.Apakah mereka mempunyai permit dan kalaupun mereka memiliki permit kenapa mereka bebas untuk berkeliaran di kampung?Sebelum ini pun mereka(nelayan Thai atau Veitnam) pernah membuat kacau dan pernah juga masuk ke kebun penduduk kpg dan mencuri tanaman penduduk.Bergaduh selepas mabuk, membuat bising dan mengganggu anak dara tempatan merupakan rutin mereka setiap kali mereka naik dari kapal mereka.Laporan juga pernag dibuat tetapi tiada tindakan cuma sekali sekala ada kehadiran peronda polis untuk membuat pantauan.

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) selepas ini perlu lebih tegas dan proaktif untuk memastikan keselamatan kpg.Jangan hanya memikirkan kemajuan tanpa melihat aspek keselamatan penduduk.Penghulu sebagai ketua haruslah aktif dan selalu membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kehadiran orang asing yang berkeliaran di kampung ini.Begitu juga pihak RELA jangan hanya membuat kawalan di jalan masuk ke kampung melalui darat tetapi mesti membuat rondaan pada waktu malam dan memantau kemasukan orang asing melalui jalan laut seperti nelayan asing ini.

Akhir sekali, saya nak tabik kepada penduduk yang berani melawan lantas menghalang Nelayan asing yang mengamuk itu mencederakan lebih ramai orang.Dan kepada penduduk yang cedera itu bersabarlah dan penduduk kpg lain sentiasa mendoakan keselamatan anda.Kecederaan anda itu telah mencetuskan semangat dan keberanian penduduk lain untuk melawan dan kepada mereka yang ditahan untuk siasatan, kamu semua adalah wira bagi Kampung Muara Tebas!!!

(Banyak lagi gambar akan diupload kemudian)

Monday, October 12, 2009

Penduduk Haram Tanah Hak Adat Pribumi (NCR) Sarawak Akan Dihalau :- Nizar vs Najib Altantuya

Penduduk haram tanah negeri atau mereka yang mendakwa taraf tanah Hak Adat Pribumi (NCR) akan diusir, kata Menteri Perancangan dan Sumber Asli kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata undang-undang negeri sebelum 1 Jan, 1958 hanya mengiktiraf "Temuda"(tanah hutan yang dibersihkan untuk dijadikan tempat pertanian dan diduduki oleh kaum Pribumi) sebagai tanah NCR.

"Hanya tanah Temuda diiktiraf sebagai tanah yang telah diterima oleh mahkamah kita dan oleh pelbagai masyarakat Pribumi sebelum 1958", katanya berucap pada Seminar Tanah NCR selama dua hari untuk kakitangan awam dari Bahagian Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah di sini pada Isnin.

Sistem undang-undang masyarakat Iban atau "Tusun Tunggu" diluluskan oleh pemimpin Iban pada 1951 juga memberikan definisi sebenar tanah NCR, katanya.

"Definisi kerajaan mengenai tanah NCR termaktub dalam undang-undang yang dikuatkuasakan sebelum 1 Jan, 1958, selepas tarikh ini, tanah NCR tidak boleh diwujudkan dengan permit yang dikeluarkan oleh Superintenden Tanah dan Jabatan Ukur," jelasnya.

Awang Tengah berkata terdapat sedikit kekeliruan mengenai definisi itu kebelakangan ini yang dibuat oleh setengah pihak dengan agenda mereka sendiri.

Sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik telah menyulitkan kekeliruan untuk mengecewakan atau melambatkan program pembangunan untuk pemilik tanah, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat komited untuk membangunkan tanah seperti itu atas dasar pelaburan bersama dengan pelabur swasta bagi membasmi kemiskinan luar bandar.

Sarawak mempunyai kira-kira 1.5 juta daripada 12.4 juta hektar tanah NCR yang kebanyakan di empat bahagian itu.

Menurutnya sebarang pertikaian berkaitan tanah itu hendaklah ditangani melalui Mahkamah Sivil atau Pribumi dan bukan pemilik berdemonstrasi, menghalang atau mengugut mereka yang datang untuk membuat kerja-kerja ukur.

-- BERNAMA

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin. Salam Untuk Semua...

Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia baik pro BN mahupun pro PR...

Blog tidak akan dikemaskini buat sementara waktu. aku nak berehat seketika, ini masa untuk aku bersama dengan keluarga aku. jadi mohon maaf pada semua atas perkara ini.

Buat korang-korang semua... mohon maaf zahir dan batin...

Aku akan kembali selepas Aidilfitri - Jumpa di PRK N-31 Bagan Pinang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... selamat menyambut Syawal... Maaf Zahir dan Batin...

SALAM AIDILFITRI DARIPADA MyKampungKu.... untuk semua....




Saturday, August 29, 2009

Nizar/Zambry&Najib Altantuya: Senda Ramadhan - Tomyam jadi Putu Mayam ...

Rilek kejap.Kita baca cite lawak ni yg boleh buat kite pecah perut dan boleh menambahkan lapar puasa di bulan Ramadhan ni....Cite ni aku petik dari blogger Fdausamad(link).Korang baca la sendiri sampai habis tau... lawak antarabangsa ni....

Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan.Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe,lain kali lah kita dating.

Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?,Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih,baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.

"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.

Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong.Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam.Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.

Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan.Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek,lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas,ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.

Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam.Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang.Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan.Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.

Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang.Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula.Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak.Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang.Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek.Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah.Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang.Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang.Ahh,ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita.Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang.Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar.Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.

"Mana lauk gua?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

******
Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legend bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari,biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir.

Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut.Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam.Kahkahkah!!!
*****
p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang.Pundek sungguh!

Monday, June 29, 2009

Nizar Manek Urai: Kes Rogol Kaum Penan, Bila Nak Selesai ???


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, digesa supaya tampil dan membuat pengumuman mengenai kandungan Laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa wanita muda dan pelajar dari kaum Penan di rogol pembalak di pedalaman Baram.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin ketika membuat gesaan itu berkata, orang ramai sudah lama menunggu pendedahan laporan itu, sebagaimana yang dijanjikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Sehingga kini, rakyat Malaysia masih menunggu hebahan mengenai laporan penyiasatan yang lengkap disediakan pada pertengahan bulan November 2008 oleh badan itu," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Wanita Keadilan menuntut supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, segera mengedarkan laporan itu kepada umum supaya dapat diteliti, dan bersama mencari jalan penyelesaian isu ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Tahun lalu, sebuah laman web NGO, Bruno Manser Foundation, menyiarkan artikel yang mendakwa mereka mendapat maklumat bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kemudiannya dilaporkan berkata, siasatan polis tidak menemui bukti mengenai perkara itu, manakala Dr Ng Yen Yen pula berkata, kerajaan akan mengumumkan hasil siasatan mengenainya nanti. - Bernama
masdarwahid.blogspot.com

Friday, May 1, 2009

1 MEI,Hari Buruh Hari Bercuti.


Salam buat semua,

Selamat menyambut hari buruh, hari untuk cuti, hari beristirehat, hari untuk meng'update' blog, hari...............................

Tapi tahukah anda sejak bila Malaysia mengumumkan hari buruh sebagai cuti umum.

Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja tempatan pada hari ini Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.

Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.

``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang lain,'' kata Setiausaha Kerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia, A.J. Patrick.

Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober), Britain (6 Mei).


Saturday, March 14, 2009

Nik Nur Madihah:Pelajar Terbaik SPM 2009


foto dari Hafiz Johari - Photographer Utusan


Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????

Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..

Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..

Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…19 A1, 1 A2..

Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Malaysia..


Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan ruang tamu yang sempit di rumahnya sebagai tempat inspirasi..titis hujan mengenai atap zink rumahnya sebagai muzik penenang jiwa..alunan angin menghembus sebagai ‘kipas’ tatkala jasad dijamah bahang..

Belanja sehari..RM5..Tambang bas RM4..lebihnya RM1..

“Makan roti saya tiap-tiap hari di sekolah..di rumah, dapat makan nasi dengan telur, pun saya telan,” katanya dengan tenang.

Walau apapun tahniah kepada adik Nik Nur Madihah...

Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nur Madihah harus diteladani oleh kita semua.
Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan kita menjadi lebih emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Saya percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.

Akhirnya saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Nik Nur Madihah dan keluarganya atas kejayaan itu dengan doa semoga diberkati Allah.

Tuesday, February 10, 2009

Krisis Istana Perak: Hang Tuah,Jebat dan Bendahara


Kisah hikayat Hang Tuah amat terkenal di kalangan orang-orang Melayu meskipun sejarah tidak pernah membuktikan secara jelas kewujudan Pahlawan Melayu itu. Nama Hang Tuah dikaitkan dengan sifat-sifat ketaatan beliau secara mutlak terhadap Sultannya walaupun kadangkala tindak tanduknya jelas menyalahi hukum agama namun demi Sultan, Hang Tuah rela berbuat apa sahaja. Hang Tuah sanggup menipu Tun Teja yang mencintai dan mempercayainya, asalkan Tun Teja dapat dipersembahkan kepada Sultan. 

Hang Tuah juga sanggup meninggalkan sahabat-sahabatnya bahkan membunuh Hang Jebat teman karibnya demi perintah Sultan walaupun Hang Tuah sedar Hang Jebat menderhaka kepada Sultan demi membelanya yang dihukum oleh Sultan secara tidak adil.

Hang Tuah tidak harus dijadikan ikutan, begitu juga Hang Jebat tidak wajar dicontohi. Ketaatan yang mutlak Hang Tuah pada Sultan menjadikan Sultan ketika itu lalai dan alpa. Sultan merasakan terlalu berkuasa kerana di belakangnya Hang Tuah sedia berkorban apa sahaja. Akhirnya Hang Tuah menjadi mangsa fitnah, ketika itu terserlah lah sikap Sultan yang merasakan terlalu berkuasa dan mengambil tindakan yang zalim. Hang Jebat meskipun mempunyai prinsip yang lebih mulia sedikit daripada Hang Tuah, tetapi Hang Jebat juga tidak boleh disanjungi walaupun tindakannya mempunyai nawaitu yang baik. Hang Jebat ingin membalas dendam terhadap Sultan yang zalim, tetapi beliau melakukan tindakan yang salah di mana rakyat yang tidak berdosa turut menjadi mangsanya sedangkan Sultan masih bertakhta. 

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat seharusnya dipadamkan dari ingatan kita khususnya bagi kita orang-orang Melayu berugama Islam. Kedua-dua mereka tidak wajar dijadikan ikutan kerana akan merosakkan masyarakat dan rakyat keseluruhannya. Sifat yang ada pada Sultan ketika itu juga tidak harus diikuti oleh mana-mana Sultan atau Raja kerana segala tindakan yang diambil tanpa usul periksa, tidak berlaku adil dan tanpa menggunakan kebijaksanaan juga akan turut menghancurkan rakyat jelata. Bahkan, Sultan yang bersikap sedemikian pasti dibenci dan dijauhi rakyat melainkan mereka-mereka yang ingin mengampu untuk mendapatkan sesuatu sahaja. Pengampu dan penghasut-penghasut seperti Pateh Kerma Wijaya lah sebenarnya telah merosakkan nama baik Sultan ketika itu.

Apabila mengingati kembali Hikayat Hang Tuah ini, hanya seorang sahaja tokoh yang boleh diikuti dan boleh kita sanjungi. Tokoh ini adalah Bendahara yang mana beliau telah cuba menasihati Sultan agar jangan bertindak terburu-buru di dalam menghukum Hang Tuah apabila Hang Tuah difitnah membuat curang bersama gundik Sultan di Istana. Namun Sultan tegas dengan titahnya bahkan Sultan menitahkan Bendahara untuk menentukan matinya Hang Tuah. Namun, Bendahara mengambil langkah bijak dan penuh bijaksana kerana menyedari keputusan Sultan itu adalah tidak adil dan zalim. Bendahara tidak ingin bersubahat dengan kezaliman Sultan, lantas beliau menyembunyikan Hang Tuah.

 Di sini, mungkin ada yang berpendapat Bendahara telah derhaka pada arahan dan titah Sultan. Penulis berpendapat Bendahara tidak derhaka kerana tidak menuruti perintah Sultan sedemikian rupa, bahkan Bendahara mengambil tindakan yang bijaksana. Atas kebijaksanaannya itu lah Sultan berjaya diselamatkan dari takhtanya.

Meskipun Hikayat Hang Tuah ini boleh disangsikan kebenarannya (sebab itu dipanggil hikayat), tetapi dari cerita inilah maka timbul kata-kata seperti "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" dan juga " Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah". Banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dari hikayat ini. Dalam suasana politik yang berlaku di negara kita ini amat mendukacitakan apabila pihak Istana seolah-olah cuba diheret bersama untuk mencapai cita-cita politik. Maka, timbul persoalan siapakah yang memainkan peranan seperti `Bendahara' yang bijaksana pada ketika ini?

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009



                SELAMAT TAHUN BARU 2009


Selamat tahun baru saya ucapkan kepada pembaca blog ini.
Semoga tahun ini menjanjikan yang terbaik untuk semua.... 


            
                                SMiLE-it makes U look nice!          
                                PRAY-it makes U stronger!
                                GIVE-it makes U richer!
                                LOVE-it makes U know life!           
           
                                Happy New Year 2009


Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.

        Hanya beberapa jam sahaja lagi detik kelahiran anak bulan baru bulan Muharram akan menjelma. Bulan Muharram adalah permulaan kepada tahun baru dalam kalendar Islam. Bermula waktu maghrib hari ini, maka tahun baru 1430 Hijrah bakal menyusur tiba dan tahun 1429 Hijrah bakal menyinsing pergi dan takkan kembali lagi.Permulaan tahun baru 1430 bakal memberikan kita harapan baru, kehidupan baru, azam baru dengan semangat yang baru. Namun semua itu adalah sambungan siri kehidupan kita daripada masa lepas. Satu hari yang telah lepas bererti satu bahagian dari hidup kita juga telah berlalu. Kesilapan-kesilapan yang lalu tidak harus diulangi, oleh itu sama-samalah kita memuhasabah diri kita sendiri.
       Masa terus berlalu. Ada tika mimpi jadi nyata, ada waktu impian jadi debu. Namun itulah hakikat kehidupan. Tak semua yang dihajati mampu dimiliki. Malah mungkin yang tak disukai itulah yang terbaik sebenarnya.Sebagai muslim, seharusnya kita lepaskan semalam dengan penuh rasa keinsafan di dada, dan kita mulakan lembaran baru dengan azam sebaik cara.
         Seharusnya kita akhiri tahun 1429H dengan doa, memohon agar segala dosa dan kesilapan kita di tahun lepas akan diampunkan Allah. Dan kita mulakan 1430H juga dengan doa, meminta agar hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan kita untuk tahun seterusnya.
        Salam Maal Hijrah dari saya untuk semua. Assalamualaikum.
        Dan selamat menyambut tahun baru masihi 2009.
     

Thursday, December 11, 2008

Patung Buddha Versi Melayu

     Kampung Muara Tebas yang terkenal dikalangan pengunjung berbangsa Cina kerana terdapat sebuah Tokong yang dikatakan terawal dibina di Sarawak.Tulisan kali ini tidak akan meyentuh mengenai Tokong tersebut kerana telah ditulis disini.Tapi kali ini saya akan tulis mengenai sebuah patung Buddha (gambar) yang terdapat disebuah kedai berhampiran tokong itu.
   


     Sebenarnya tiada apa yang istimewa tentang patung ini.Saya cuma ingin berkongsi maklumat ini untuk mendapatkan pandangan pembaca mengenainya.Kalau diperhatikan betul-betul, patung ini seolah-olah, seorang tua melayu memakai baju melayu,berkain pelikat dan bersongkok putih.Yang menjadi persoalan disini kenapa patung ini dibina sedemikian rupa dan dipamerkan kepada orang ramai sedangkan ianya terletak disebuah perkampungan yang majoritinya Melayu.Walaupun dikampung ini terdapat sebuah tokong, ini tidak dapat dijadikan alasan untuk meletakkan patung seperti ini kerana  ianya seolah menghina melayu dikampung ini (pandangan peribadi penulis).
      Ada juga penduduk disini yang berpandangan seperti penulis tapi kebanyakannya hanya bercakap sesama mereka.Seperti juga penulis,mereka sebenarnya tak tahu apa tindakan yang harus diambil terhadap isu ini dan tindakan memparkan isu ini ke dalam blog adalah satu-satunya tindakan yang mampu penulis lakukan.  
 


    

Monday, December 8, 2008

Aidil-Adha di Kampung Muara Tebas

                Macam inilah keadaan setiap kali menjelang hari raya dikampung ini.



    Setiap kali menjelang hari raya aidil-adha mahupun aidil-fitri masjid di kampung Muara Tebas dipenuhi oleh jemaah yang ingin menunaikan solat sunat hari raya hinggakan jemaah yang datang bersembahyang diluar masjid.Masalah ini berlaku setiap tahun menjelang hari raya.Ini kerana masjid ini tidak cukup untuk menampung jemaah dikampung ini.



   Penduduk makin bertambah tapi masjid ini masih seperti dulu juga.Bukan tak ada permohonan untuk mendapatkan masjid baru, mahupun membesarkan masjid ini, tetapi menurut AJK masjid ini,permohonan telah banyak kali dihantar melalui ADUN mahupun MP kawasan ini tapi jawapan yang diterima tetap sama iaitu 'masih dalam proses!!!'.Mungkin menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang ada lagi janji yang akan keluar dari mulut ADUN BN untuk mengatasi masalah ini sebagai kempen pilihan raya mereka.



 Selepas menunaikan solat sunat aidil-adha, ibadah korban dilakukan diperkarangan masjid.




 Upacara dimulakan oleh Ustaz Haini sambil dibantu oleh penduduk kampung



       Nampaknya yang datang menonton lebih ramai dari yang datang untuk membantu, ini termasuklah aku yang sibuk ambil gambar je....he...he....



    Menziarahi tanah perkuburan merupakan satu kemestian bukan saja semasa hari raya aidil-fitri tapi dihari raya aidil-adha juga, peduduk kpg Muara Tebas mengambil kesempatan untuk menziarahi tanah perkuburan.



     Aku sekeluarga juga mengambil kesempatan dihari raya aidil-adha ini untuk pergi ketanah perkuburan sambil membaca Yassin kepada mereka yang telah pergi......Al-fatihah.

     Sekali lagi diucapkan selamat Hari Raya Aidil-Adha dan selamat menjalankan ibadah korban.Semoga mereka yang berada di tanah suci selamat menjalankan ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air.Assalamualaikum......

Selamat Hari Raya Aidil-Adha


       Hari ini kita akan menyambut Hari Raya korban/Aidil-adha.

       Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban, kita sanggup berkoraban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia.  Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.  

       Sepatutnya kita berkorban segala nikmat di dunia demi Allah, tapi ini tidak berlaku, malah kita ‘korbankan’ keredhaan Allah demi nikmat di dunia.  Maka, jadikanlah hari ini satu titik tolak bagi kita untuk mengubah paradigma korban kita dari arah yang bertentangan, tapi ke arah yang sepatutnya, arahkan kiblat korban kita kepada kiblat yang sepatutnya demi pencipta kita.  

       Selayaknya korban Ibrahim yang sentiasa patuh kepada arahan Allah walaupun dipinta Allah untuk menyembelih Ismail anak kesayangannya.

       Dan  selamat menyambut hari raya Aidil-adha kepada  yang beragama Islam.  Semoga korban kita semua akan di terima oleh Pencipta yang Maha Satu.Assalamualaikum.  

Saturday, November 15, 2008

Udin Sujang Meninggal dunia semasa bermain bolasepak - Al-Fatihah

      Petang (sekitar jam 5.30 pm) tadi berlaku satu peristiwa sedih bagi penduduk kampung Muara Tebas terutama kepada mereka yang bermain bolasepak.Seorang sahabat iaitu saudara Udin Sujang telah kembali kerahmatullah semasa sedang bermain bolasepak dipadang.Beliau rebah tiba-tiba semasa bermain dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke  Normah Specialist oleh doctor disitu.
     Udin Sujang adalah satu nama yang tak asing lagi dikalangan peminat bolasepak di sekitar Kuching.Pernah bermain dalam Liga Petronas mewakili kelab-kelab ternama di Kuching. Kehilangannya amat dirasai oleh peminat bolasepak khususnya bagi penduduk kampung Muara Tebas.
     Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan dicucuri rahmat AMIN  AL-FATIHAH. 

Saturday, October 25, 2008

Tokong Cina (Ching San Yen Temple)




     Inilah salah satu keistimewaan yang terdapat diperkampungan nelayan ini.Terdapat sebuah tokong cina yang dikhabarkan adalah salah satu yang tertua di Sarawak.Diceritakan bahawa tokong ini telah berusia lebih 100 tahun.Pada mulanya tokong ini tidaklah seperti ini, tapi oleh kerana adanya persatuan yang telah mengurusnya dari hasil sumbangan pelawat-pelawat telah membuatkan tokong ini menjadi seperti yang kelihatan hari ini.
     Sebenarnya dikampung ini,penduduk Cina hanyalah minoriti (terdapat hanya 4 buah rumah) tapi oleh kerana adanya tokong tersebut,kampung ini telah kelihatan seperti penempatan Cina.Setiap hujung minggu pelawat-pelawat berbangsa Cina akan membanjiri kampung ini.Pada Tahun Baru Cina pula,kampung ini dipenuhi oleh mereka yang datang bukan saja dari kawasan terdekat malah dari seluruh Malaysia,Singapura dan Tanah Besar China.Walaupun kehadiran mereka itu memberi rezeki kepada penduduk melayu kampung tersebut seperti caj tempat letak kereta,jualan hasil tangkapan laut dan lain-lain,tapi kehadiran mereka juga amat menyulitkan jika dilihat dari segi penduduk kampung yang hendak keluar masuk kekampung itu.Ini kerana selain dari kawasan letak kerata yang terhad,jalan masuk kekampung itu juga amat sempit dan amat membahayakan penduduk.Masalah ini telah berlarutan sekian lama.Oleh kerana kampung ini menjadi tunpuan masyarakat cina,masalah ini sepatutnya tidak timbul.
     Selain mendatangkan rezeki tambahan kepada penduduk kampung,kehadiran pengunjung cina ini pada hujung minggu dan Tahun Baru Cina,pihak pengurusan tokong ini juga mendapat hasil lumayan dari sumbangan pegunjung ke tokong itu.Dikhabarkan sumbangan untuk setiap Tahun Baru Cina boleh mencecah jutaan ringgit.Dari sumbangan itu pihak pengurusan tokong sepatutnya boleh membantu dalam menyelesaikan masalah jalan dikampung itu.
      Selain itu,sumber ekonomi penduduk yang bergantung kepada hasil tangkapan laut juga dikuasai oleh penduduk cina yang hanya ada 4 buah rumah.Wanita dikampung ini juga amat bergantung harap kepada sebuah kilang pemprosesan udang dikampung ini yang di kendalikan oleh penduduk cina.Tapi sejak adanya Persatuan Nelayan yang ditubuhkan dikampung ini sedikit sebanyak telah mampu untuk memecah monopoli oleh tauke cina itu.Persatuan ini diharap mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung dan ahli-ahli khasnya.




      Dimasa lain akan saya khabarkan tentang lain-lain keistimewaan tentang perkampungan nelayan yang semakin popular diseluruh Sarawak ini khususnya tentang Persatuan Nelayannya yang dikatakan semakin maju dan penuh dengan politik untuk menguasai kepimpinannya. 

Monday, October 6, 2008

keluargaku

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost