Showing posts with label Kartika. Show all posts
Showing posts with label Kartika. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

Saranan Najib Agar Kartika Merayu Adalah Melucukan! :- Nizar vs Zambry/Najib Altantuya


Perdebatan berhubung hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno timbul apabila peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di Mahkamah Sivil dijadikan kayu pengukur dalam menilai pelaksanaan undang-undang janayah Islam.

Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil.

Pengamal Undang-undang Abdullah Abdul Karim berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Iaitu Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Katanya, mana-mana pihak yang menyatakan hukuman itu kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil agar mencadangkan Kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut di Dewan Undangan Negeri Pahang.

"Selagi peruntukan berkaitan dengan kesalahan meminum arak tersebut dan hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan," tegas Abdullah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Abdullah berkata, berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil.

Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat itu adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan, katanya tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa:

1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.
9. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.
10. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Bahkan, jelasnya, peruntukan Seksyen 125 jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah.

Justeru, beliau berpendapat, segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam.

Sedangkan katanya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud.

"Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam," katanya.

Saranan Perdana Menteri supaya Kartika membuat rayuan, katanya ianya saranan yang melucukan dan 'ill advised'.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk?" tambah Abdullah.

Oleh itu, Abdullah menggesa Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk kepada ‘serangan psikologi’ oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

Katanya, dalam masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam terus dijalankan bagi mendidik masyarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian serta pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.

/detikdaily

Friday, August 28, 2009

Pandangan Dari Dr. Asri Terhadap Isu Kartika Dan Arak :- Nizar vs Najib Altantuya/Zambry


Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis 'hukuman sebat ke atas peminum arak' di Pahang.

Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama.

Banyaknya urusan menjadikan saya 'ketinggalan bas' kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: "Allah telah menghinanya". Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu". Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Hudud

Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

"Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

"Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auzai, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh".

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Suasana

Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan disembah hormat oleh rakyat.

Ada pula berkata: Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?. Berbagai lagi sungutan yang lain.

Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita.

Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: "Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu".
/harakahdaily

Pro Nizar-Anwar:- Sensasi Kartika Dan Altantuya


Sejak Mahkamah tinggi syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sri Dewi Sukarno,1Malaysia bergema membicarakan hukuman tersebut melibatkan Ketua 1Malaysia dan sepupunya turut terlibat dalam polimik yang timbul ekoran dari hukuman dan penangguhan hukuman tersebut.

Media perdana saban hari dan malam mensensasikan kes tersebut seolah olah ianya satu masalah besar kepada 1Malaysia.Tetapi yang jelas terdapat respon yang negatif atau jahil dan ada respon yang positif atau yang faham hukum berdasarkan kehendak undang undang Islam sebenarnya.Walaubagaimanapun yang banyak disensasi dan dipublisitikan ialah hujah hujah yang negatif di mana kedapatan dengan jelas hujah hujah kepala lutut dilaungkan terutama oleh ketua wanita UMNO,Sharizat A.Jalil dan seorang aktivif SIS yang bernama Norhayati Kaprawi.

Kedua dua mereka bangkit dengan lantang menyerang dan membantah keputusan mahkamah syariah sehingga pada had dimana kedua duanya boleh didakwa kerana menghina mahkamah sekiranya ada peruntukan demikian dalam undang undang syariah negeri Pahang(ana tak pasti adakah peruntukan dibawah undang undang syariah Pahang mengenai tuduhan menghina mahkamah)

Hujah kepala lutut yang digunakan keduanya ialah hukuman sebat itu zalim terhadap wanita dan sebagai pembela wanita mereka tampil dengan bantahan serta bertanya imej Islam bagaimana yang hendak kita buat di Malaysia(merujuk kepada kenyataan Norhayati Kaprawi).Tetapi yang tidak disedari oleh kedua pembela wanita ini ialah jahilnya mereka berdua terhadap perlaksanaan hukum Islam dan jelas sekali mereka jahil juga mengenai Islam sebagai carahidup.Ini merupakan hujah yang melondehkan mereka berdua dalam pembelaan wanita sebenarnya.Malah keduanya dimalukan oleh Kartika apabila beliau enggan menerima simpati yang diberikan kepadanya oleh kedua pembela wanita ini kerana Kartika lebih maklum dan faham akan kesalahan yang dibuatnya dan jauh lebih takut kepada hukum ALLAH berbanding kedua pembelanya.

Tetapi ada persoalan yang lebih penting mengenai keadilan terhadap wanita iaitu kejadian dan keadilan yang menimpa Altantuya dan seorang eksekutif jualan wanita(lupa nama).Kedua kes ini jelas mengandungi unsur unsur kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita.Rasanya kedua kes ini perlu dibela oleh Shahrizat dan Norhayati berbanding kes Kartika yang redha dan sedia menerima hukuman.

Namun, di mana suara mereka dalam membela Altantuya dan eksekutif jualan tersebut.Perbicaraan yang sambil lewa di mahkamah dan hukuman yang dijatuhkan meragukan serta ada tanda tanda penglibatan pihak pihak tertentu dihilangkan dari rekod siasatan polis.Kenapa Sharizat dan Norhayati tidak menyerang polis dan mahkamah tinggi seperti mereka menyerang JAIP dan mahkamah tinggi syariah?Bukankah kedua kes ini turut melibatkan wanita yang menjadi mangsa kerakusan seseorang atau sekumpulan orang? Kenapa tidak dilondehkan semua kepincangan dalam perbicaraan kedua dua kes tersebut?

Di mana Sharizat dan Norhayati sebagai pembela wanita?apakah kedua kes ini tidak boleh disentuh kerana ianya dibicarakan di mahkamah sivil berbanding kes Kartika yang dibicarkan di mahkamah tinggi syariah?Apakah selama in Sharizat dan Norhayati turut mempersoalkan penggunaan C4 ke atas Altantuya serta tindakan zalim pembunuh eksekutif jualan tersebut?

Apakah hukuman sebat ke atas kartika lebih zalim dari penggunaan C4 ke atas tubuh Altantuya dan penggunaan tali seterika dalam kes pembunuhan eksekutif jualan tersebut?Kenapa Shahrizat dan Norhayati tidak benar benar membela kedua dua wanita yang menjadi mangsa keganasan tersebut sedangkan ana yakin seandainya mereka tampil dengan bantahan serta penyiasatan mungkin pembunuh kedua dua wanita ini akan dapat dikesan kerana banyak maklumat dan hint kearah itu.

Demikianlah yang dapat dilihat berlaku di negara kita ketika ini.Apabila perlaksanaan hukum mengikut kehendak hukum Islam dan diwartakan dalam enakmen undang undang syariah yang diluluskan di DUN, maka muncullah berbagai bagai bantahan kerana ianya melibatkan wanita tetapi apabila wanita dibunuh dengan kejam dan perbicaraan diadakan dimahkamah sivil semua pihak diam seribu bahasa walaupun perbicaraan itu dijalankan dengan berbagai bagai "kehairanan".Yang dituduh membunuh tanpa motif, C4 tidak langsung diungkit ketika perbicaraan dan dalam kes eksekutif jualan, kehadiran lelaki misteri tidak dapat dikesan sehingga hari ini walhal banyak maklumat dan hint yang ada.Namun di mana Sharizat dan Norhayati serta pihak pihak yang membantah hukuman sebat ke atas Kartika ketika itu?Majlis peguam pun sama. kenapa tidak ada langsung bantahan terhadap perbicaraan Altantuya yang jelas tidak adil tetapi sibuk dengan hukuman mahkamah tinggi syariah dimana mereka sepatutnya tidak boleh terlibat.Tindakan majlis peguam merupakan satu tindakan kurang ajar dan juga tindakan yang sedikit 'bodoh' kerana menjaga tepi kain orang lain tetapi tepi kain sendiri yang terlondeh dibiarkan.

Ana CABAR Sahrizat dan wanita UMNO, Norhayati dan SIS dan majlis peguam supaya tampil membela Altantuya dan eksekutif jualan tersebut.Korek kes ini sehingga pembunuh sebenar dibongkar dan dihukum.Begitu juga Najib, tak usah suruh kartika merayu sebaliknya bawakan pembunuh sebenar Altantuya dan eksekutif jualan tersebut agar 1Malaysia tidak lagi dijadikan bahan tertawa dunia.

Kepada mereka semua, lupakan kes Kartika kerana Kartika sebagai pesalah sudah redha dengan hukuman dan biarkan mahkamah tinggi syariah kuantan mencari penyelesai terhadap permasalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukuman tersebut.Juga jadilah orang yang cerdik atau sekurang kurangnya tidak menunjukkan kebodohan sendiri kerana undang undang Islam berbeza dengan undang undang sivil.

/tranungkite

Thursday, August 27, 2009

ANTI NAJIB ALTANTUYA:- UMNO Serang Mahkamah Syariah ! - Isu Kartika


Kenyataan beberapa orang tokoh agama dan politik UMNO seperti Mahathir Mohamad, Sharizat Jalil, Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu) dan ramai lagi yang dilihat begitu hebat mengeluarkan kenyataan dan hujjah dengan tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya. Hujah yang di keluarkan oleh mereka-mereka ini amatlah bahaya kepada iktikad umat Islam sebenarnya. Hujah puak-puak UMNO ni boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Golongan ini ingin mewujudkan perasaan ragu-ragu terhadap sistem keadilan dalam Islam.

Walaupun hukuman terhadap Kartika bukanlah sepenuhnya mengikut syariat Islam tetapi kita sebagai umat Islam perlu mempertahankan institusi mulia ini supaya tidak di serang oleh puak sekular UMNO. Puak sekular UMNO ni jikalau boleh tidak mahu meneruskan hukuman terhadap Kartika. Pelbagai alasan diberikan bagi menghalalkan tindakan mereka. Walhal, jika hukuman itu dilaksanakan maka ia dapat mengajar umat Islam yang lain agar takut untuk membuat perkara mungkar yang sama seperti yang dilakukan oleh Kartika. Malah, ramai orang dapat diselamatkan akidah dan iman mereka.

Di sebabkan dasar sekular sudah sebati dengan puak-puak UMNO ini , maka itulah mereka tidak mahu ia diteruskan hukuman terhadap Kartika. Malah jikalau boleh hukuman terhadap Kartika itu dibatalkan terus dan bukan sahaja ditangguhkan seperti yang berlaku sekarang. Akhirnya, ramai mereka yang melakukan perbuatan keji seperti Kartika ini tidak akan takutkan undang-undang lagi. Bagi mereka pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perkara mungkar seperti ini.

Sekiranya di perhatikan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 atau 80 rotan jumlahnya. Moga Allah SWT melindungi akidah dan iman kita semua dari serangan pemikiran dan budaya puak-puak durjana ini.


/tranungkite

Wednesday, August 26, 2009

Kontroversi Kartika: Islam, Hudud Atau Sarkas? :-Nizar vs Najib Altantuya


Dalam kehidupan kita sehari, terkadang sering kita terkeliru dengan bentuk perjuangan kita yang sebenar dalam mempertahankan setiap perkara yang kita percaya. Dalam ruangan komentar di Malaysiakini hari ini, tulis Norhayati Kaprawi bertajuk "Imej agama apa yang kita mahu?" adalah suatu contoh bentuk berjuangan yang terkeliru matlamat.

Apakah yang sebenarnya beliau perjuangkan? Sekali baca komen tersebut seolah dia anti-ulama dan pemimpin islam. Beliau juga seolah lama telah menyimpan ketidaksetujuaan beliau terhadap tindakan pemimpin islam dengan mengatakan, Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Apakah ulama dan pemimpin Islam benar-benar kelam-kabut soal ini? Yang pasti tiada persoalan apakah bentuk negera islam yang kita inginkan dinegera kita ini. Dalam kes Kartika ini ternyata Hakim mengambil langkah dengan melaksanakan hukuman ta'zir keatas Kartika kerana meminum minuman keras dikhalayak ramai. Ta'azir istilah hukuman yang berbentuk edukatif dengan maksud menakut-nakutkan.

Tapi kenapa perlu ada sebuah NGO yang melabel diri sebagai NGO Islam bersungguh dalam mempertahankan supaya perlaksanaan hukuman ini dibatalkan. Begitu jahil lagi mereka apabila memberi rasional bahawasanya kesalahan Kartika ini adalah ringan kerana tidak memudaratkan orang lain, jadi perlu diberi hukuman yang minimum. Tapi kalau kita benar-benar lihat kesalahan Kartika ini sebetulnya terdapat pada ramai lagi diantara kita, minum minuman keras dikhalayak ramai adalah secara tidak langsung mencabar Islam itu sendiri. Ditambah pandangan orang lain terhadap umat islam kerana apabila kelakuan seperti itu ditunjukkan di khalayak ramai, ia soalah mempamer kelakuan Umat Islam secara keseluruhannya.

Kita sendiri sebagai Umat Islam sepatutnya lebih tau mana yang hak dan batil, tetapi soalnya kenapa masih diperbuat lagi? Sebetulnya perlaksanaan hukuman ini tidak perlu dipersoalkan, tetapi isu yang dibangkitkan dan publisiti yang diraih dari NGO tersebut cukup meluas dan kini mereka telah berjaya menanamkan syak wasangka serta ragu-ragu keatas hati kita dalam soal melaksanakan hukuman seperti ini. Bagi saya haiwan sarkas seperti yang diperkatakan oleh penulis terhadap Kartika itu adalah lebih jelas ditunjukkan kepada mereka yang melatah apabila undang-undang Islam cuba dilaksanakan didalam negara kita ini. - Hafiz Ismail

[Apa yang disuarakan oleh penulis ada kebenaranannya. Sikap sesetengah NGO Islam yang cuba untuk menghalang perlaksanaan undang-undan ini jelas sekali menghina agama Islam itu sendiri. Mereka tidak melihat impak sebenar disebalik hukuman yang bakal dijalankan. Membaca komen mantan PM Mahathir dalam Berita Harian hari ini lebih meloyakan tekak sebenarnya.

Orang seperti Mahathir tidak layak untuk bercakap soal hukum agama, kerana beliau adalah manusia sekular telah merosakkan agama. Malah beliau pernah meminta Al-Quran dikaji sesuai dengan perkembangan zaman, menghina janggut Nabi Muhammad SAW serta berbagai lagi komen yang jelas membuktikan siapakah dirinya yang sebenar. Melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini. "Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.

Jika kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan undangan atau melalui fatwa oleh ulama, bolehkah tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim. "Dalam al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan, apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya. Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama," katanya. Mahathir tidak perlu memandai-mandai dalam bab-bab agama, kerana beliau sudah nyanyuk dan mudah lupa siapakah pencipta dirnya itu. Ustaz Mahathir tidak layak komen sebenarnya].


/pahangdaily

Kartika Yang Kena Sebat, Tapi 1 Malaysia Yang Merasa.... :- Nizar vs Zambry / Najib Altantuya


Aku sebenarnya pelik…. mengapa kes Kartika ini dijadikan isu yang besar. Sebenarnya isu nya biasa saja…. seorang wanita muslim ditangkap kerana minum arak dan setelah dihadapkan ke Mahkamah Syariah, dia mengaku salah dan menerima hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dengan hati yang rela. Hukuman yang dikenakan ke atasnya ialah denda RM5000…. dia bayar, dan sebat sebanyak 6 kali…. dia redha. Ini adalah selaras dengan hukuman yang termaktub dalam undang-undang Islam bagi kesalahan minum arak. Inilah juga yang termaktub dalam Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat resan Melayu Pahang. Rujuk keterangan di bawah:

Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987)

Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-

* Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
* Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
* Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
* Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
* Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
* Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk
* Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
* Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


Sekarang….. mengapa ramai sangat yang sibuk-sibuk menyuruh dia membuat rayuan bagi mengelakkan hukuman sebat itu dilaksanakan. Shahrizat menyibuk…… PM Satu Malaysia pun menyibuk dan NGO-NGO hak asasi manusia serta NGO -NGO yang memperjuangkan hak wanita, turut sibuk menentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika.

Kalau dikaji betul-betul, hukuman sebat mengikut cara Islam tidaklah teruk sangat. Ia sebenarnya amat ringan berbanding hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara Malaysia. Sesetengah NGO, beranggapan hukuman tersebut akan menjatuhkan maruah wanita itu. Tetapi… wanita yang redha menerima hukuman bagi kesalahan yang dilakukannya adalah lebih bermaruah. Dia akan lebih dihormati dengan tindakannya itu. Di samping memartabatkan agamanya, dia juga menjaga maruah agamanya. Dengan itu, Islam akan lebih dihormati.

Persoalannya sekarang….. bagaimana pula dengan hak Kartika yang mahu dirinya menjalani hukuman tersebut. Dia juga ada hak untuk menyatakan pendiriannya. Jika dia sendiri redha dengan hukuman tersebut…. mengapa pula ada suara-suara yang menentang keinginannya itu.

Lainlah sekiranya Kartika tidak redha dan mahu membuat rayuan tetapi rayuannya ditolak dan dia terpaksa menjalani hukuman sebat tersebut dengan hati yang tidak redha. Itu sudah lain cerita. Masa itu…. sekiranya ada pihak yang membantah, mungkin mereka ada sebab untuk mempertahankan Kartika.

Tidakkah mereka terfikir… yang Kartika mungkin lebih rela menjalani hukuman di dunia daripada menerima azab yang lebih dahsyat di akhirat nanti. Sebagai seorang Islam, dia juga patut diberi hak untuk memilih. Dan…. jelas, dia telah membuat pilihan dengan tidak mahu membuat rayuan serta minta pula dirinya disebat di khalayak ramai. Pendirian Kartika ini sepatutnya dihormati. Pendirian Kartika dan keluarganya sebenarnya memartabatkan hukum Islam dan kita patut hormat dan salute mereka kerana itu.

Malangnya…. ada pulak pihak yang mengaku diri mereka Islam tetapi takut dengan pendirian yang diambil oleh Kartika. Mengapa agaknya ya?? Apa sebenar yang mereka gusar dan takutkan???

Apakah hukuman yang bakal dijalani oleh Kartika akan merosakkan imej negara di mata dunia?? Bagaimana imej negara boleh rosak?? Ai… bukankah Malaysia sebuah negara Islam?? Jadi….. mengapa perlu kecoh dan gusar dengan perlaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam…. yang meredhakan hukuman tersebut. Ini urusan orang Islam…. mengapa pula ada pihak, baik yang Islam mau pun yang bukan Islam bimbang sangat dengan perlaksanaan hukuman tersebut?? Apa muslihat mereka sebenarnya???

Well…. I know and I think, you all pun tau sebabnya. Apa-apa pun…. kita tengok perkembangan serta reaksi mereka seterusnya……
/perakexpress

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost