Showing posts with label PRK Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label PRK Bagan Pinang. Show all posts

Friday, October 16, 2009

Bagan Pinang: Dakwah Berhikmah Untuk UMNO ? :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh : MRK albanjari
Kita bisa sahaja melunakkan pekerti kita dalam berbahasa atau dalam tindakan kita untuk menyampaikan dakwah kepada sasaran. Pelbagai uslub dakwah yang boleh kita gunakan samada secara lembut, secara memujuk, merayu, mempamerkan budi pekerti dan akhlak yang tinggi lagi mulia kepada sasaran dakwah kita tanpa menggunakan teknik serangan, sindiran atau sebagainya dalam usaha dakwah kita samada melalui ceraha, penulisan atau lainnya.

Dalam sirah Nabi kita Muhammad s.a.w. baginda mempamerkan seluruh aspek kehidupannya sebagi model yang terbaik dalam melebarkan dan menyampaikan dakwah, begitu juga kepada para sahabat baginda juga mengikut jejak yang telah dirintis oleh baginda Nabi s.a.w. untuk menyampaikan mesej dakwah.

Apabila kita berhadapan dengan UMNO kita sebenarnya berhadapan dengan satu senario lain. Siapa kata puak-puak UMNO ni bodoh ? Jahil ? Samseng ? Jahat ? Perasuah ? Penipu ? Munafik dan sebagainya. Pendekatan dakwah secara lembut manakah yang kita boleh gunakan untuk menyatakan atau memujuk para pemuka dan ahli UMNO untuk tidak melakukan segala macam angkara yang dinyatakan diatas ?

Sudah lebih 52 tahun kita di injak-injak dek kerja-kerja kotor mereka pada setiap ketika apatah lagi disaat kita bertempur dalam pilihanraya.

Ya! mungkin dalam situasi bertenang dan biasa seperti ini mungkin kita boleh gunakan sebaik mungkin atau selembut mungkin pendekatan dakwah kepada mereka tanpa memaki hamun, tanpa mencerca mereka dan sebagainya walaupun dalam media terbuka mereka menghentam kita dari pelbagai sudut juga ruang.

Tolong cadangkan kembali kepada kami bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan mereka ini dalam konteks untuk melunak dan melembutkan mereka dengan uslub dakwah yang lembut. Apabila kita berada dalam suasana pilihanraya, kita juga sebenarnya berada dalam zon peperangan. Nah ! Pada ketika itu jika kita tidak membunuh maka kita yang akan terbunuh.

Lagak samseng yang ditunjukkan dalam PRK Bagan Pinang lalu apakah kita boleh biarkan begitu sahaja ? Dan kita hanya melihat sambil berpeluk tubuh sahaja ? Sedangkan pemuda kita diserang dan dipukul tanpa belas dan kasihan ?

Pemuda PAS dan ahli-ahli PAS cukup berhemah dan bersabar menghadap setiap provokasi daripada pihak UMNO dan Polis. Bayangkan sekiranya setiap perkara yang dijual oleh UMNO, para penyokong PAS membelinya dengan harga yang murah tidak kah itu lebih memudharatkan suasana berpilihanraya.

Penyokong dan ahli PAS tidak akan sewenang-wenangnya akan melayan setiap provokasi UMNO dan Polis dengan begitu sahaja kerana penyokong dan ahli PAS telah ditarbiyahkan untuk terus bersabar selagi boleh dengan bersabar atas nama ISLAM. Dalam serangan maya dan media dimana ruang kita untuk mendepani hujah-hujah mereka dengan secara lembut tanpa menggunakan serangan makian dan berusaha menggunakan bahasa2 yang lunak untuk melenturkan kegoan UMNO, sejauhmana ia bersambut ?

Melalui media maya seperti ini tidak semua rakyat negara kita memilikinya sedangkan dalam media perdana kita saban hari dihina dan diperbodohkan. Kita tidak pernah menganggap UMNO ini kafir atau yahudi cuma mereka sahaja yang perasan yang kononya kita mengatakan mereka sedemikian rupa kerana tingkah laku dan kerja buat mereka yang serupa. Berapa ramai dari kalangan kita yang sudah berjaya mendepani mereka dengan pelukan dan genggaman erat untuk meredakan situasi panas berpolitik ?

Kadangkala dalam menyampaikan masej dakwah ini kita perlu keras dan tegas apatah lagi kepada golongan yang cerdik pandai tetapi jahil dalam UMNO ni. Kita bacakan Ayat al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi s.a.w. sebagai bandingan dan peringatan, tetapi mereka tolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan....tidak kah golongan yang menolak atau menafi dan menidakkan setiap huruf-huruf al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi WAJIB kita perangi.

Cara memerangi bukan sahaja khusus dengan pedang dan persenjataan, tetapi kita juga boleh perangi mereka dengan lisan dan mata pena dan tulisan blog di alam maya.

Bahkan dalam al-Quran juga Allah s.w.t. juga menggunakan kecamam-kecamam yang hebat kepada orang-orang yang memusuhi islam. Kalimah "CELAKA, BINATANG, KERA" dan sebagainya juga diungkapkan dalam al-Quran untuk menggambarkan betapa hinanya dan jahatnya serta degilnya mereka.

Kita hanya membenarkan sahaja kerja buat mereka, jika dia perasuah kita katakan dia perasuah, dia jahat kita katakan dia jahat, dia pembunuh kita katakan dia pembunuh, di hina islam kita katakan dia menghina islam, dimana kelunakkan bahasa yang boleh kita gunakan kepada perasuah, samseng, pembunuh, penipu,perampas, perogol, tukang raba, pencuri atau sebagainya ? Jika dibiarkan maka akan lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsanya.

Menghebahkan keburukan seseorang untuk menjauhkan orang lain dari terkena kezalimannya juga menjadi tanggungjawab kita dalam menyampaikan masej dakwah. Tak kan lah kita nak katakan bahawa dia tu orang baik maka kita undi dia, kerana nanti dia boleh rasuah lagi, boleh rampas harta dan tanah orang lagi atau sebagainya tanpa kita memperkenalkan siapa orang itu?

Wallahualam, berdakwahlah mengikut keadaan semasa, perlu kepada berhikmah kita berhikmah, perlu kepada kelunakkan bahasa dan tingkah laku kita lakukan dan perlu keras dan tegas kita lakukan yang penting mesej dakwah kita itu sampai dan didengari oleh mereka dan yang paling penting mereka tahu kita ni bukan jenis orang yang senang-senang untuk dibuli dan diperdaya begitu sahaja, kerana kita akan menyerang apabila sesuai dengan waktunya. Alllahuakbar....!

--http://politikbanjar.blogspot.com/

Thursday, October 15, 2009

Apa Kaitan Hassan Ali Dengan Kekalahan PAS Di Bagan Pinang? :- Nizar vs Najib Altantuya


Assalamualaikum,

Semasa kami bermati matian mencari kemenangan bagi PAS di zaman PAS belum mencapai kemenangan, menghadapi kekalahan dalam pilihanraya itu adalah sesuatu yang lumrah dan bersahaja. Saya masih ingat satu senario di mana kami berkumpul di sekeliling api yang dihidupkan untuk membakar poster PAS yang pada ketika itu telah menjadi sampah, kerana pilihanraya baru sehaja selesai, dan seperti biasa PAS menerima kekalahan. Kami berbual mesra dan bersenda kerana kekalahan tidak menjejaskan apa apa semangat dan kobaran yang ada. Malah ia semakin menjadikan semangat juang kami lebih membara.

Berbeza dengan senario di mana PAS telah mengecapi lebih banyak kemenangan dan telah berjaya mendapat mandat mentadbir lebih daripada satu negeri, saya nampak jelas perasaan lazat terpancar di wajah aktivitis PAS yang dulunya seorang jongos, tetapi sekarang seorang ahli majlis PBT. Kalau dulu selepas pilihanraya, wajah kami bersahaja kerana tenang menghadapi kekalahan, tetapi sekarang saya nampak cahaya lazat memegang jawatan terpancar di wajah orang PAS yang terpilih memegang jawatan kerana parti sudah menang.

Sebab itu sebaik sahaja kalah dalam prk Bagan Pinang, bermacam macam sms yang bertebaran menyalahkan itu dan menyalahkan ini. Ini silapnya, itu silapnya, ini tidak betul, itu tidak betul.Sebabnya ialah mereka tidak terbiasa dengan berhadapan dengan kekalahan.

Begitu juga, apabila telah lazat dengan kemenangan dan ghanimah yang datang bersamanya, maka banyak perkiraan yang dilakukan menjadi pincang. Ada pesuruhjaya yang bertindak bukan memantapkan PAS tetapi meloyakan persepsi pengundi kepada PAS.

Well, kalau kau nak terus menang, buang orang seperti ini. Kalau kau nak orang seperti ini, jangan mengeluh bila kalah.

Hamirdin
http://neutraldaily.blogspot.com/

Wednesday, October 14, 2009

Iktibar Bagan Pinang: Pakatan Rakyat Perlu Berubah !!! :- Nizar vs Najib Altantuya


Menjelang pilihan raya umum ke-13, musuh Pakatan Rakyat yang terbesar ialah Pakatan Rakyat sendiri. Sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi 'mangsa tsunami' dalam PRU ke-13.

"Jangan kita pula dijangkiti Denial Syndrome, hanya menyalahkan 'taburan gula' oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya... semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang. Mengapa kami kalah kali ini?"

Demikianlah muhasabah Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy ketika mengulas kekalahan besar PAS-PR dalam PRK Bagan Pinang, ketika menghadiri satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Antara ahli panel yang lain ialah Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini edisi bahasa Cina).

Anthony Loke yang turut aktif melibatkan diri sepanjang PRK Bagan Pinang, walaupun mengakui bahawa keputusan PRK Bagan Pinang tidak semestinya memberi gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya, namun tetap ingin mengambil iktibar daripada kekalahan ini.

Pengaturan strategi...

Ketika mengulas latar belakang Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata bahawa UMNO tidak pernah hilang mana-mana kerusi sejak zaman merdeka, sehinggalah PRU ke-12, di mana "tsunami politik" ini berakhir dengan kehilangan tiga kerusi DUN oleh UMNO di Negeri Sembilan. Malah, kekalahan UMNO tersebut dikatakan berlaku kerana sabotaj dari dalaman parti.

Dengan kata lain, PAS tidak pernah menang di Negeri Sembilan, menjelaskan mengapa parti tersebut kelihatan lemah, malah belum berakar umbi di peringkat tempatan.

Ahli parlimen Rasah ini mengulas dengan lebih lanjut faktor-faktor yang menyukarkan PR untuk mengekalkan rekod kemenangan dalam PRK selepas PRU ke-12 di Semenanjung Malaysia.

Tidak seperti PRK yang lalu, Anthony Loke (gambar kiri) menganggap PRK Bagan Pinang hilang fokus. PRK Permatang Pauh jelas menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim dikembalikan ke parlimen, PRK Penanti sebagai pemilihan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, PRK Bukit Selambau pula menjanjikan calon PKR-PR sebagai EXCO Kerajaan Kedah, dan PRK Bukit Gantang bertemakan krisis negeri Perak.

Malah, PR kelihatan teragak-agak semasa mengatur strategi untuk berdepan dengan tokoh tempatan UMNO-BN, Mohd. Isa Samad. Pada peringkat awal, isu tempatan dijadikan sasaran utama, kerana menganggap isu nasional kurang berkesan untuk mempengaruhi pengundi.

Sehinggalah pada peringkat akhir, barulah PR memutuskan untuk menggunakan isu nasional sebagai serangan. Pemimpin peringkat nasional mula turun ke gelanggang untuk menghangatkan suasana, namun tetap terlalu lewat untuk mengecapi kemenangan.

Lebih-lebih lagi, PR berdepan dengan seorang bekas Menteri Besar, yang sudah 22 tahun berpaut di kawasan tersebut. Mohd Isa Samad, walaupun terpilih sebagai ADUN Linggi, tetap kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (kawasan parlimen untuk Bagan Pinang). Pengaruh beliau begitu besar, sehingga bahagian Teluk Kemang hanya mencadangkan satu nama untuk calon PRK ini.

PR harus berubah

Anthony Loke mengingatkan rakan seperjuangannya, bahawa zaman "undi untuk parti tanpa mengira calon" telah berlalu. Mungkin ramai yang berjaya muncul sebagai wakil rakyat pada PRU ke-12, kerana poster calon yang berlatar belakangkan tokoh nasional seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan sebagainya, namun ia bakal hilang mujarab pada PRU ke-13.

"Dulu kami tak ada beban, kerana kebanyakan kami bukan wakil rakyat sebelum itu. Namun, pada PRU ke-13 akan datang, pengundi akan menilai kualiti dan prestasi calon sepanjang tempoh ini. Jangan sesekali kami anggap kami akan menang, hanya dengan bergantung kepada karisma pemimpin nasional, "katanya.

Yong Kai Ping menyetujui pandangan Anthony Loke, menambah bahawa "PR tidak cukup sekadar mengkritik betapa buruknya BN, tetapi perlu menceritakan apa yang baik pada PR, untuk PRU ke-13."

Antony Loke berkata, seandainya prestasi calon PR kurang memuaskan, malah PR enggan membaiki kelemahan diri sendiri, maka "kami (PR) tidak memerlukan BN sebagai musuh. Musuh yang terbesar PR ialah PR sendiri.

--Detikdaily

Bagan Pinang: Analisa Faktor Kemenangan UMNO/BN :- Nizar vs Najib Altantuya

Berdasarkan keputusan bandingan dalam jadual di atas, PAS mengalami jatuhan undi popular sebanyak 14.58% dengan pengurangan undi berjumlah 1,519 undi. Sementara pihak Barisan Nasional pula mengalami lambungan undi popular ke paras 8,013 undi berbanding sebelumnya 6,430. Maka lonjakan undi Barisan Nasional sekitar 1,583.

Kesan jatuhan undi popular PAS tersebut adalah lebih besar sekali ganda dibandingkan dengan PrK Manek Urai. Di Manek Urai, PAS turut merosot undi, tetapi sekadar 6.36% sahaja. Oleh itu, PAS kekal memang tipis di PrK Manek Urai.

Punca utama kemerosotan undi PAS dikaitkan dengan sikap pengundi yang bebal (immune) dengan isu-isu nasional, isu integriti dan rasuah dianggap hal peribadi bukannya hal maruah bangsa dan negara. Selain itu, kempen Barisan Nasional yang lebih banyak mengumpan pengundi menyebabkan pengundi terdesak seperti di ladang-ladang kembali berpaut semula kepada Barisan Nasional. Mereka sanggup melupakan kesemua isu-isu yang menjadi nilai sejagat yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti penghinaan (sepak kepala lembu) dan kezaliman (undang-undang ISA, kematian Kugan dan Teoh Beng Hock).

Namun, bagi pihak pemimpin Barisan Nasional pula mendakwa kejayaan besar di Bagan Pinang itu adalah membuktikan penerimaan pengundi kepada gagasan baru 1Malaysia yang dilancarkan DS Mohd Najib. Selain itu, faktor calon BN TS Mohd Isa juga dikatakan rapat dengan rakyat dan popular kerana telah menjawat MB selama 22 tahun - tarikan utama pengundi peringkat pertengahan dan warga emas serta pelbagai kaum.

Namun, secara skeptikalnya persoalan kemenangan Barisan Nasional yang mencecah 76% undi popular itu berlaku, apakah hanya semata-mata kerana dua faktor itu? Sedangkan senario kempen dan asakan pelbagai apparatus kerajaan Barisan termasuk pihak berkuasa polis dan tentera begitu menekan pihak PAS dan Pakatan Rakyat.

Misalnya, peristiwa keganasan pemuda UMNO yang menyerang markaz induk PAS, markaz pemuda PAS dan tindakan meroboh khemah program kempen PAS; begitu juga provokasi dan lontaran batu kepada pekerja PAS, disusuli dengan laporan polis atas peristiwa dan kecederaan yang berlaku yang tiada tindak balas memuaskan pihak polis; menyebabkan pada hari mengundi kekecohan dan keganasan semakin memuncak di pusat mengundi Telok Kemang, Kg. Bagan Pinang dan Taman Eastern.

Begitu pula, dalam kes pengundian pos, kononnya proses pengeluaran undi sudah ditutup pada petang 10 Oktober, tetapi masih berlaku tindakan mengeluarkan semula 70 lagi kertas undi oleh SPR kepada pihak pengundi pos melalui seorang pegawai tentera berpangkat kapten. Ini adalah di antara gambaran dan peristiwa yang berlaku sepanjang kempen dan pengundian PrK Bagan Pinang yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Harapan kita, sikap 76% pengundi Bagan Pinang (yang memenangkan Mohd Isa) tidak menjadikan pengundi seluruh negara menjadi bangang untuk menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang!

Bagan Pinang: BN menang berlawanan mood rakyat

Keputusan pilihan raya kecil (PrK) Bagan Pinang (seperti di dalam jadual di bawah) menunjukkan semua daerah mengundi dikuasai Barisan Nasional. Ini kerana kesemua daerah mengundi, termasuk di empat daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India (Ladang Atherton, Pekan Seliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong). Trend yang sama berlaku di daerah mengundi majoriti kaum Melayu (Taman Eastern, Kg. Bagan Pinang, Si Rusa dan Telok Kemang).

Dominasi tertinggi pengundi tentera

Walau bagaimanapun, daerah mengundi Taman Eastern dan Si Rusa adalah dua pusat bagi kem tentera yang merupakan pengundi pos. Menurut senarai pemilih yang diwartakan pada 4 September 2009, pengundi tentera berdaftar di Taman Eastern seramai 1,131 (22.75%) dan Si Rusa seramai 3,443 (30.81%). Majoriti pengundi tentera adalah terdiri daripada kaum Melayu (kira-kira 63%) dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Cina..

Dari segi penumpuan dan prestasi Barisan Nasional pada keseluruhannya adalah luar biasa iaitu mencapai 75.66%. Namun, prestasi tertinggi adalah di kalangan pengundi tentera (85.42%) diikuti pengundi India antara 70-75% dan pengundi Melayu antara 63-71%. Kedua-dua nilai dominasi Barisan Nasional itu membuktikan kejayaan tindakan hegemoni apparatus Barisan Nasional di dalam memastikan kekalahan PAS di semua pusat mengundi.

Keputusan meragukan

Kalangan pemimpin PAS bersetuju bahawa DUN Bagan Pinang adalah kubu Barisan Nasional. Namun tidak ramai yang menjangkakan Barisan Nasional melalui calonnya Mohd Isa aka menang besar melepasi undi popular 76%. Paling popular dijangkakan sekitar 55% sahaja. Apabila keputusannya mencecah 76% dan PAS sekadar 24% adalah suatu pencapaian yang boleh diragui. Di antara unsur keraguan di sebalik kemenangan besar itu ialah benarkah pengundi Bagan Pinang terlalu tidak kisah dengan isu-isu perkauman yang sedang panas membabitkan UMNO dan integriti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib seperti perarakan kepala lembu, bantahan pemindahan kuil, kematian Teo Beng Hock dan kematian Kugan?

Malah lebih teruk lagi, benarkah majoriti pengundi Bagan Pinang tidak sensitive langsung dengan persoalan peribadi pemimpin yang bakal dipilih (Mohd Isa) yang sudah dibuktikan bersalah melakukan amalan rasuah politik wang semata-mata ingin menang jawatan Naib Presiden UMNO di dalam pemilihan UMNO 2004 lalu? Apakah majoriti pengundi bertindak menutup mata dan telinga terhadap semua dakwaan kronisme dan salah guna kuasa (seperti menggadai tanah) yang didedahkan oleh pelbagai pihak sepanjang kempen PrK berlangsung? Begitu pula, adakah majoriti mereka tidak kisah langsung dengan prestasi rendah kecekapan Mohd Isa semasa menjadi menteri besar tatkala didedahkan pelbagai projek terbengkalai dan pengabaian projek merata tempat termasuk di DUN Linggi di mana beliau mewakilinya ketika menjadi menteri besar?

Sekiranya benar 76% pengundi Bagan Pinang yang mengundi Mohd Isa itu boleh berkompromi dengan semua persoalan di atas, maka sikap pengundi tersebut jelas sekali berkontradiksi dengan mood rakyat di seluruh negara. Lantaran mood rakyat amnya begitu membenci amalan rasuah, menolak pemimpin yang tidak berintegriti, memusuhi tradisi perkauman, mengutuk penghinaan terhadap unsur keagamaan (seperti menyepak kepala lembu), tidak berkompromi dengan salah laku dan salah guna kuasa.

Kajian yang dilakukan pelbagai pihak, ternyata menolak Mohd Isa selaku calon yang layak dipilih atas sifat peribadinya yang dilihat tidak bersih, tiada integriti dan naïf untuk ditabalkan sebagai pemimpin yang boleh membela rakyat. Melainkan kajian oleh pihak tertentu daripada kalangan UMNO dan apparatus Barisan Nasional sahaja yang menyimpulkan Mohd Isa seorang yang berjasa dan popular. Namun, kajian yang mengutip pandangan awam oleh sekumpulan penyelidik universiti tempatan (dirahsiakan identitinya) menjelaskan mood pengundi tempatan telah bersikap menolak Mohd Isa sebagai calon yang layak dipilih.

Penemuan kajian tersebut adalah selari dengan tinjauan pihak akhbar online MyStar dan Malaysian Insider antara 1 Oktober sehingga menjelang pengundian didapati kira-kira 64% adalah tidak berpihak kepada Mohd Isa. Ia membuktikan mood pembaca (rakyat bukan pengundi) melihat Mohd Isa tidak layak dipilih.

Apapun, amat malang sekali 76% pengundi Bagan Pinang bersikap melihat jasa (cerita lama) Mohd Isa semasa menjadi mentri besar itu lebih diutamakan. Sebalik mereka tidak sensitive dan bersikap tidak perlu diutamakan terhadap usaha menolak amalan rasuah politik wang dan pelbagai nilai tidak bersih (cerita baru) seperti yang disabitkan ke atas Mohd Isa.

Mudah-mudahan rakyat seluruh negara tidak turut bersetuju dengan sikap 76% pengundi Bagan Pinang yang bersifat anti-tesis dalam menghayati falsafah pemilihan pemimpin berintegriti!

Wan Nik Yusuf
SU JPP Pusat

--Detikdaily

Tuesday, October 13, 2009

Undi Pos: PAS Langsung Tiada Sokongan !! :- Nizar vs Najib Altantuya


Perkara pelik dari carta di sebelah :-

1) PAS langsung tidak mendapat walau 1 undi pun dari Peti 14,15 dan 16.

2) Masih ramai tidak tahu mengundi seolah-olah askar-askar ini tidak bersekolah
Melihat carta disebelah ini sudah tentu anda akan berkata dalam hati...memang tidak logik terutama di peti 14, 15 dan 16 iaitu peti yang datang dari Mindef.

PAS tidak mendapat sebarang undi dari ketiga-tiga peti undi. Pelik tetapi benar.
Tetapi inilah yang berlaku di dalam pilihanraya di sebuah negara yang mengaku maju dan hebat.

Sistem pilihanrayanya lebih teruk dari negara-negara seperti Mali, Ivory Coast, Gabon, dan lain-lain.Malah ianya jauh bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Inilah 'standard' SPR, sebuah badan yang mengaku adil tetapi tidak pernah adil.

Daripada:
http://mutaligat.blogspot.com/


Pasca Bagan Pinang: Dr.Mahathir Ragui Kemenangan Besar Isa Samad :- Nizar vs Najib Altantuya

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ada baiknya jika kajian mendalam dibuat mengenai sebab-sebab kemenangan yang luar biasa BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

“Jangan pula ada yang mendakwa, walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi menteri kewangan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya.

“Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang”.

“Saya percaya BN akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008.

“Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi).

BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.
Sebelum ini, Dr Mahathir tidak bersetuju Isa dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang kerana beliau pernah didapati bersalah atas kesalahan politik wang dandigantung keahlian dalam Umno selama tiga tahun.

Sumber Malaysiakini

Pasca Bagan Pinang: Rakyat Takut Punca Pakatan Rakyat Kalah? :- Nizar vs Najib Altantuya


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO-Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

" Kita terima keputusan yang dibuat pengundi dan kita akan cuba memperbaiki undi pos".
" Kita lihat faktor ketakutan seperti pergaduhan dan menakut-nakutkan orang" katanya.
Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ekstrem penyokong UMNO-BN yang membawa budaya samseng menggugat kredibiliti pilihanraya kali ini sehinga menyukarkan pihak PAS untuk berinteraksi dengan pengundi di Bagan pinang.

" Undi pos bukan isu kita dapat banyak atau sikit tapi ia satu perjuangan PAS yang bermula sebelum, semasa dan selepas pilihanraya kecil ini untuk memastikan penambahbaikan dilakukan secara drastik".

" Wujudnya dengan ketara budaya samseng yang menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dan tidak selesa. Akibatnya lahir faktor ketakutan sehingga kita tidak dapat berinteraksi sebaik mungkin dengan pengundi" ujarnya.-/tvantara

Pasca Bagan Pinang: Betul-betul Atau Main-main? :- Nizar vs Najib Altantuya

Seperti biasa, pada hari mengundi pasti penyokong parti-parti yang bertanding akan berkumpul di luar kawasan larangan tempat mengundi. Di Sekolah Kebangsaan Tengku Adnan, dalam daerah mengundi Bagan Pinang (saya kurang ingat nama sebenar sekolah itu), sesampai saya di situ ratusan penyokong PAS dan telah BN berkumpul.

Mereka berkumpul secara berhadapan ke jalan masuk sekolah berkenaan. Turut kelihatan di bawah khemah kecil di situ ialah YB Dato’ Abdul Halim Abd Rahman dan wakil rakyat Manik Urai.

Jerit menjerit, pekik-memekik, tingkah-meningkah termasuk perli-memerli antara kedua-dua belah pihak memanaskan keadaan. Seketika, pergaduhan hampir berlaku apabila sebelah pihak menuduh pihak yang satu lagi melempar objek ke arah mereka.

Selepas saya meninggalkan tempat itu difahamkan memang berlaku pergaduhan dan khabarnya ada yang ditangkap pihak keselamatan.

Sahabat saya sempat berbual dengan salah seorang remaja dalam kumpulan BN. Katanya, dia masih bersekolah dalam tingkatan tiga. Saya dapati majoriti anggota kumpulan BN di situ adalah remaja.

Memang ada juga remaja dalam kumpulan PAS tetapi tidak seramai yang berada dalam kumpulan BN. Mereka juga semacam dilatih untuk melakukan aksi tertentu. Mungkin pengalaman pemuda BN khususnya bila berhadapan dengan situasi begitu dalam beberapa PRK yang lalu menjadikan mereka lebih bersedia dalam PRK Bagan Pinang.

Ada sesuatu yang baru yang dilakukan oleh pemuda BN di sini. Saya tidak pernah melihat aksi sebegini sebelumnya. Jerit-menjerit, pekik-memekik, itu sudah biasa. Menunjuk isyarat lucah juga biasa saya saksikan. Aksi Puteri Umno yang tidak sesuai juga pernah berlaku di hadapan saya. Tetapi di sini sesuatu yang baru dan berlainan, bagi saya.

Saya fikir perkara ini dirancang khusus untuk menyaingi PAS yang biasanya melakukan perkara ini. Biasanya pemuda BN akan terpaku dan diam apabila perkara ini dilakukan oleh PAS tetapi kini mereka pula yang melakukannya.

Apa dia?

Ada tiga perkara. Pertama, mereka turut bertakbir seperti orang PAS bertakbir. Kedua, mereka berselawat seperti yang biasa dilakukan orang PAS. Dan, ketiga mereka berdoa seperti yang biasa dibuat orang PAS. Siap dengan amin beramai-ramai lagi (doa itu dalam bahasa Melayu dan saya kurang jelas buah butirnya). Ketika selawat dikumandangkan pula, Puteri Umno turut berlenggang-lennggok macam sedang berkaraoke.

Suatu ketika pemuda PAS bertahlil dengan irama yang agak berlainan dengan irama yang biasa, saya dapati sebahagian pemuda Umno ikut sama bertahlil dengan pemuda PAS.

Saya tidak terkejut sangat sebab mereka juga orang Islam, dan tentu itu semua tidak asing kepada mereka. Tetapi, kini apabila mereka melakukannya di tempat dan suasana seperti di PRK Bagan Pinang ini, otak saya ligat mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:

-Adakah ini sebahagian daripada pakej pembaharuan bawaan Najib dalam Umno?
Umno selalu menuduh PAS memperalatkan agama untuk politik, adakah Umno juga sudah turut melakukan apa yang mereka tuduhkan itu?

-Adakah selepas ini PAS tidak boleh lagi menggunakan syiar agama sebagai suatu kelebihannya kerana itu juga turut digunakan oleh Umno?

-Umno juga akan melaungkan takbir seperti PAS dan lafaz itu bukan ekslusif untuk PAS?
Adakah apa yang dilakukan ini sebagai suatu yang akan disebatikan dengan perjuangan Umno atau sekadar untuk menyaingi PAS sahaja?

-Adakah selepas ini penghayatan agama di kalangan pemuda Umno yang diketuai Khairi akan semakin mantap?

-Adakah selepas ini, pemuda PAS akan sama sahaja dengan pemuda Umno dan muslimat PAS sama sahaja dengan muslimat Umno dari segi penghayatan agamanya?


Namun, akhirnya semasa dalam perjalanan pulang, dan menerima berita bahawa PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dengan makna Umno / BN yang diwakili Muhamad Isa menang, saya mendapat jawapannya.

Apa jawapannya?

Takbir, selawat dan doa pemuda Umno itu hanya pura-pura sahaja, kosmetik sahaja, main-main sahaja.

Kenapa?

Kerana, kalau mereka sungguh-sungguh tentu Isa yang rasuah itu tak akan terpilih sebagai calon dan kalau terpilih pun dia tak akan menang.

Sayang, kamera digital saya rosak untuk merakam semua aksi itu.

Oleh Zolkharnain Abidin
--
Detikdaily

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: PAS Tak Pernah Kalah !! :- Nizar vs Najib Altantuya

Sekilas pandang kita kita kalah dalam PRK di bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata

Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

/chendering

Bagan Pinang: Isa Samad Menang Besar Tapi UMNO Tetap Kalah? :- Nizar vs Najib Altantuya


Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

"Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:

“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.

“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”

Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat.

"Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat.

"Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana “mengutamakan pendapat rakyat” ketika memilih calon.

"Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

"Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

"Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan."

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

"Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya.

Sumber Malaysiakini

Bagan Pinang: Kemenangan Yang Tidak Rasional :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh Mohd Sayuti Omar

MEDIA masa pro kerajaan yang kempunan sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu, esok akan dapat mengembangkan senyum hingga ke pipi. Akhbar-akhbar arus perdana dan media eletronik perdana juga boleh menambahkan muka surat atau memanjang siaran untuk melaporkan kemenangan bergaya UBN di Bagan Pinang sekejap tadi. Kemenangan itu perlu diuar-uarkan.

Seperti selalunya bila UBN menang akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran. Akhbar penjilat buntut UBN dan segala macam kroninya esok akan meletakkan gambar Mohd Isa Samad yang sedang angkat telunjuk simbol 1 Malaysia dimuka depan. Najib dan Rosmah juga turut gembira.Maka akan diulas dan dicincanglah Pas selumat-lumatnya dengan apa yang berlaku dan ternatijah dalam pilihan raya itu. Diceritakan kemenangan itu menunjukkan Pas dan Pakatan Rakyat ditolak oleh rakyat. Bahawa UBN sudah mula mendapat kepercayaan rakyat semula. Bahawa 1 Malaysia diterima oleh semua lapisan rakyat.Maka bersedialah Pas dan rakan Pakatan serta penyokongnya untuk menghadapi hari esok, menerima ulasan penuh emosi dan keegoaan, sombong dan tinggi hidung dipihak UBN dalam media arus perdananya.

Memang untuk bergembira itu adalah hak UBN. UBN yang sudah kesekian lama haus dan malu dengan kemenangan wajar merasa gembira ataupun melompat-lompat di padang luas beramai-ramai untuk meraikan kemenangan Mohd Isa itu.

Majoriti 5,435 undi yang dicapai calon mereka Mohd Isa Abdul Samad itu memang besar, lebih besar daripada bukit Qaf di tanah Arab. Lagipun dalam demokrasi tidak akan menghitung apakah kemenangan itu cara baik atau sebaliknya. Yang penting ia menang hatta dengan satu undi dan tidak perlu kita bagaimana kaedah mencapai kemenangan itu. Kitab politik sekular dari kulit berwarna apa saja menerimanya.Tetapi hanya UBN berhak merayakan kemenangan itu. Bagi mereka yang sihat akal dan waras merasa malu untuk menerima kemenangan itu. Majoriti diraih oleh Mohd Isa itu sesuatu yang tidak rasional. Biasanya mereka yang tidak rasional sahaja yang menerima hal-hal yang tidak rasional.Bagi saya, majoriti sebanyak itu tidak rasional dan masuk akal. Makanya sukar untuk diterima kemenangan itu seperti mana orang UBN merasainya sekarang. Untuk apa kita berseronok dengan kemenangan palsu! Perbuatan itu samalah dengan menipu diri sendiri. Persis kita mengakui kaya tetapi poket kosong. Bukankah keadaan itu menyusahkan kita bila mana kita berhadapan dengan hakikat.Hakikat untuk menentukan apakah UBN atau Pakatan akan mendapat sokongan bukan dalam pilihan raya kecil. Tetapi dalam pilihan raya umum. Kalaupun Pakatan menang, mereka juga tidak boleh mendabik dada dan tinggi hidung mengatakan mereka sudah lebih hebat dari UBN. Justeru kemenangan yang dicapai sebelum ini bukan merupakan kayu ukur tepat untuk menilai kekuatan pengaruh melainkan boleh dijadikan pemandu semangat saja.
Disebabkan kemenangan dengan majoriti tidak rasional maka ramai orang terkejut dengan pencapaian Mohd Isa itu. Mahathir juga mungkin termenung panjang berfikir bagaimana Mohd Isa boleh menang besar.

Mereka yang tidak boleh berfikir secara rasional, mungkin lemah gemalai dan tidak lalu makan menerima keputusan pilihan raya berkenaan. Muhyiddin Yassin sendiri ketika mengulas kemenangan itu mengatakan ianya sesuatu yang terduga. Apakah maksudnya itu? Apakah orang ada menipu untuk mencapai kemenangan bagi pihaknya.

Kenapa tidak rasional? Jawabnya mudah, kerana pengundi yang berlaku bukan atas kerelaan kesemua pengundi di Bagan Pinang. Mohd Isa menang kerana berlaku undi yang sudah dipenjara oleh UBN. Maksud undi yang dipenjarakan atau ditawan itu ialah undi pos di kalangan tentera dan polis sebanyak 4,221.
Sekiranya tanpa undi penjara ini, atau undi diikatkan ini, atau undi telah digari ini, majoriti yang rasional ialah sekitar 1,500 atau 2,000 sahaja. Semua orang beranggapan demikian. Apabila Isa memperolehi undi diluar dugaan maka peninglah dan terkejut beruklah segala orang. Apa lagi sebelum ini pun banyak yang tidak kena dalam proses pengundian dengan berlakunya peraturan-peraturan dan teknik yang tidak rasional.

Cuba bayangkan secara logik jika undi pos itu tidak digari, apakah ia mungkin kesemua undi pos sebanyak 4,122 akan mengalir kepada Mohd Isa. Apakah tentera semuanya tidak tahu menilai antara intan dengan pertama. Ada juga askar atau polis yang membaca berita dan mengetahui kisah Isa. Tetapi kerana undi mereka telah digari apalah yang mereka lakukan, kecuali akur saja. Undi mereka mengalir ke dalam peti undi Isa tanpa diizinkan.

Saya percaya berdasarkan pencapaian pilihan raya lalu, undi tentera akan turut mengalir ke dalam peti undi Pas. Kalaupun tidak mencecah sampai 50 peratus tetapi 30 peratus mungkin ada. Seperti mana diketahui dan didakwa Pas, tentera yang berhak mengundi dan berada dalam kem hanya sekitar 1,200 sahaja. Manakala selebihnya tiak diketahui ke mana mereka dan undi mereka misteri.

Ini bermakna undi tentera yang benar-benar bebas dan terbuka sebanyak 1,200 undi itu saja, manakala selebihnya yang sudah digari untuk UBN. Daripada undi pos Pas hanya mendapat 601. Kemungkinan undi itu ialah daripada 1,200 tentera yang mengundi sendiri itu. Manakala undi tentera yang selebihnya sebanyak 3,000 lagi semuanya melayang tanpa isi ke dalam peti undi UBN.

Seandainya undi sebanyak 3,000 lagi diberikan kebebasan, mungkin Pakatan dapat meraih sekurang-kurang 30% daripada jumlah itu. Kalau Pas dapat undi itu ini bermakna Pas mendapat 1,000 undi lagi. Jika dicampurkan undi ini dengan undi yang Pas perolehi hari ini, 2,578 bermakna undi Pas ialah sebanyak 3,578.
Kalau ini berlaku bermakna Isa tidak akan dapat undi sebanyak 8,013. Paling-paling Isa hanya mampu meraih undi sebanyak 6,500 saja. Jadi undi yang boleh dianggap relevan dan rasional untuk kedua calon hari ialah, Isa sekitar 6,500 undi manakala Pas disekitar 3,500 undi. Dengan angka ini majoriti yang berhak diraih Isa sekitar 3,500 saja.

Pencapaian ini pun dikira tinggi, tetapi ia masih lagi dalam lingkungan logik.

Justeru kepada penyokong UBN jangan terpengaruh dengan majoriti tidak rasional itu. Dalam perkiraan politik, kalau UBN dapat 3,000 undi, ini bermakna mereka memerlukan kira-kira 1,500 undi sahaja lagi untuk mengatasi UBN. Kelebihan 1,500 di pihak UBN itu bolehlah disimpulkan undi peribadi Mohd Isa di Bagan Pinang dan bukan undi untuk UBN.
Kesimpulannya kalau undi pos bebas dan bukan Mohd Isa yang menjadi calon, UBN mungkin akan terus menangis dan pilihan raya itu akan dimenangi oleh Pakatan.

Apapun ulasan dan tanggapan berhubung pilihan raya kecil itu, semua pihak hendaklah menerima hakikat bahawa keputusan adalah muktamad. Soal kemenangan itu dicapai secara adil, halal atau kotor itu soal lain. Apapun sifatnya ia harus diterima kerana ia dihalalkan oleh demokrasi yang kita dokongi bersama hari ini.

Kepada Mohd Isa diucapkan tahniah, dan kepada Pas jangan tangisi kekalahan ini kerana majoriti besar itu bukan menandakan hakikat rakyat menolak Pakatan dan Pas.

--/detikdaily

Sunday, October 11, 2009

UMNO Tak Perlu Berubah - Analisa Kemenangan UMNO Di Bagan Pinang :- Nizar vs Najib Altantuya

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.
Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.-/harakahdaily

Faktor Kekalahan Besar PAS Di Bagan Pinang :- Nizar vs Najib Altantuya

Seperti yang saya jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang: Ini merupakan faktor dominan iaitu :-

1. Calon Pas bukan perasuah seperti calon Umno

2. SPR senget sebelah kepada Umno@BN- Bakal menjadi komponen BN?

3. Undi Pos???? Malas nak cerita... askar pencen berbelas tahun masih jadi pengundi Pos?

Faktor lain yang perlu diberi perhatian :

1. Calon Pas bukan anak tempatan

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen -Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????

Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya. Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Teruskan perjuangan....

--Detikdaily

Keputusan Rasmi: Isa Samad Menang Besar, Kekalkan Kerusi Bagan Pinang Untuk BN :- Nizar vs Najib Altantuya

Keputusan Pilihanraya Kecil
DUN N31 Bagan Pinang
CalunPartiJumlah Undi Semasa

Isa Samad
United Malay National Organisation8013


Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Parti Islam Semalaysia2578

Majoriti : 5435



(LIVE) PAS Kalah Majoriti 2000-3000! Jangan Cari Keputusan Rasmi Ke Tak Rasmi :- Nizar vs Najib Altantuya

Keputusan tidak rasmi menunjukan parti rasuah UMNO menang di Bagan Pinang dengan majoriti 2000 ke 3000 undi.

Walaupun kalah, saya nak ucapkan tahniah kepada pekerja parti PAS dan juga mereka yang terdiri dari PKR maupun DAP.

Anda semua telah menunjukan perpaduan yang sangat diperlukan dalam sebuah pakatan dan kerjasama yang amat utuh untuk menumbangkan parti sial UMNO dan Bn keseluruhannya!!!

Ikutu keputusan secara LIVE di /perakexpress.com


Bagan Pinang: PAS Mungkin Kalah, BN Dahului Kiraan Undi - Keputusan Tidak Rasmi :- Nizar vs Najib Altantuya

6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwal dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup. Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

Berita penuh di Malaysiakini


Keputusan: 81.65 Peratus Mengundi Sehingga Pengundian Ditutup 5 Petang :- Nizar vs Najib Altantuya

Kira-kira 81.65 peratus atau 11,157 pengundi daripada 13,664 pengundi telah mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga tempoh pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Peratusan itu hanya mencatatkan peningkatan kecil berbanding peratusan yang dicatat pada pilihan raya umum 2008 sebanyak 81.59 peratus.

"Saya agak kecewa dengan peratusan ini, saya harapkan peratusan hampir ke 90 peratus, saya tidak tahu apa sebabnya peratusan ini tidak meningkat walaupun hari mengundi diadakan pada hari cuti hujung minggu," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika dihubungi Bernama.

Suruhanjaya itu, katanya akan melakukan analisis bagi mengetahui dengan jelas mengapa peratusan itu tidak meningkat sebagaimana yang diharapkan.

"Kita nak kaji mengapa jadi begini, adakah sebab cuaca... tetapi hujan sekejap-sekejap hanya berlaku di sebelah pagi, apakah sebab berlaku sorak menyorak oleh kumpulan penyokong sehingga mengganggu trafik.. ini semua kita nak kaji," katanya.

-- BERNAMA

Keputusan PRK Bagan Pinang: UMNO Dijangka Menang Dalam Kekalahan :- Nizar vs Najib Altantuya

Setelah mendengar dan menilai penjelasan dan kempen kedua pihak selama lapan hari pengundi akan membuat pilihan. Kita percaya kesemua 13,664 pengundi berdaftar di Bagan Pinang sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka pangkah. Keputusan yang diterjemahkan hari ini adalah keputusan yang dibuat, paling akhir menjelang tengah malam tadi

Sejajar itu juga debaran kini kian kencang dan rasa ingin tahu mendesak dalam hati setiap pemerhati politik. Sehingga menjelang petang nanti teka teki kalangan pemerhati masih berterusan. Biasanya selepas tengah hari gambaran keputusan sudah mula dapat dibayangkan. Pencerap politik akan membuat perhitungan berdasarkan kepada lagak dan lenggang lengguk pengundi baik ketika memasuki tempat mengundi atau ketika keluar. Kalau ada barung panas, pengecaman dan perkiraan awal dilakukan di sini. Biasanya barung parti yang ramai dikerumuni pengundi parti itulah akan menang.

Bercakap fasal pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang ini, dari segi fizikal dan semangat UBN merasakan mereka akan menang. Awal-awal lagi UBN yakin kali ini mereka akan dapat menebus kekalahan dalam tujuh pilihan raya lalu. Ada beberapa faktor kenapa UBN merasa begitu. Antaranya ialah kerana pengaruh mereka cukup kuat di Bagan Pinang dan percaya Bagan Pinang masih kekal sebagai kubu ampuhnya.

Bertolak dari itu UBN merasa mereka akan menang. Apa lagi dengan meletakkan Mohd Isa Samad keyakinan UBN bertambah, kerana Isa dikehendaki oleh pendudukan tempatan. UBN mempercayai bahawa reputasi calonnya itu tidak tercalar dan terus mendapat sokongan.

Sebenarnya perletakkan Mohd Isa yang mempunyai masalah moral seperti calon mereka di Permatang Pasir adalah satu perjudian besar dilakukan UBN. Kalau UBN menang hari ini parti itu akan tetap kalah kerana tidak berjaya menampilkan calon bersih!

Pilihan raya ini juga memperlihatkan keyakinan Pakatan Rakyat berbeza dengan dibeberapa pilihan raya kecil lain. Mungkin keadaan Bagan Pinang diketahui sebagai kubu kebal UBN menyebabkan Pakatan mengambil sikap tidak banyak cakap atau mengarai harapan yang tinggi.

Pakatan khasnya Pas juga mengalami sedikit masalah dari segi jentera pilihan raya tidak seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, di mana ahli mereka sudah terlatih dan mahir dalam berpilihan raya. Jentera pilihan raya Pas Bagan Pinang ini digerakan oleh petugas luar. Ini masalah Pas.

Besar kemungkinan dalam pilihan raya ini Pakatan tidak akan merayakan kemenangan total dengan memperolehi kerusi itu. Tetapi Pakatan tetap juga merasai kemenangan dari sudut-sudut lain yang mana dengan kemenangan itu akan dijadikan penambah semangat kepada perjuangan mereka. Pakatan harus sedar Bagan Pinang berbeza dengan pilihan raya ditempat lain, baik muka bumi politik, budaya, adat dan juga sejarahnya.

Walaupun pengaruh Pakatan mula meluas di Negeri Sembilan, hakikatnya UBN masih menguasai kerajaan negeri. Situasi ini memeri semangat lebih kepada UBN. Sebaliknya sekiranya hari ini Negeri Sembilan sudah ditawan Pakatan, walaupun Bagan Pinang kubu UBN sudah tentu pilihan raya hari ini akan dimenangi Pakatan. Semangat memerintah akan memecahkan kekuatan kubu UBN itu.

Bagi UBN setelah mereka merasakan selesa dengan kemenangan, apa yang diharap atau mahu ditunggu hari ini ialah angka majoriti yang akan diperolehi. UBN mengidam untuk mengekalkan majoriti yang diperolehi dalam pilihan 2008 lalu sebanyak 2,333 undi disamping memimpikan majoriti 4,411 yang diraih pada pilihan raya 2004. Mungkin UBN akan berjaya mengekalkan majoriti 2008 tetapi sukar untuk mengacapi majoriti 2004.

Sebaliknya kalau majoriti UBN hari ini merudum ke angka bawah 2,000 ini bermakna UBN boleh diistyharkan kalah. Keadaan ini juga sudah cukup membahagiakan Pakatan dan mereka bolehlah menari dan membayangkan untuk menguasai Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Kejayaan mengekang UBN dengan majoriti sekitar 2,000 adalah kejayaan buat UBN.

Ada beberapa faktor yang boleh dirumuskan secara ringkas pilihan raya hari ini.

-Kejayaan UBN bergantung kepada faktor pengundi Melayu. Sekiranya pengundi Melayu bertambah ini bermakna UBN boleh memperbaiki reputasinya hari ini. Kemenangan besar UBN pula akan disumbangkan oleh peratus tinggi pengundi Cina dan India serta pengundi kalangan muda.

-Sekiranya peratus pengundi Cina dan India melebihi 80 peratus ia memberi gambaran buruk kepada masa depan UBN dan keputusan pilihan raya ini juga turut menjejas UBN. UBN sangat memerlukan undi bukan Melayu sebagai menampung undi pos yang sudah dimilikinya. Dipercayai dari jumlah sekitar 4,000 undi pos UBN menguasai lebih 70 peratus iaini kira-kira 2,800.

-Pakatan pula bergantung kepada undi orang muda dan undi Cina dan India di samping diharap berlaku pertambahan dari kalangan undi orang Melayu. Kemenangan kepada Pakatan akan berlaku sekiranya undi Cina dan India kepada Pakatan melebihi 80 peratus disamping mengekalkan undi golongan muda.

-Dijangka peratus keluar mengundi sekitar 80 peratus iaini kira-kira 10,931. Berdasarkan perkiraan rambang hari ini UBN dikatakan menguasai sekitar 58 peratus undi. Ini bermakna UBN bakal meraih kira-kira 6,339 undi berbanding dengan UBN sebanyak 42 peratus atau pun sekitar 4,591. Berdasarkan perkiraan itu majoriti dipihak yang menang sekitar 1,748.

-Sekiranya dapatan di atas itu benar bermakna UBN tidak akan dapat bergembira dengan pilihan raya hari ini dan mereka tetap dianggap kalah. Jelas Mohd Isa yang dicagarkan itu tidak mampu mengembalikan kegemilangan UBN!

--Detikdaily

Perkembangan Di Bagan Pinang Selepas Jam 4.30 Petang :- Nizar vs Najib Altantuya

Sebahagian daripada penyokong PAS bersorak dan merayu undi di saat-saat akhir di peti undi di Ladan Siliau di sini pada Ahad. Foto THE STAR Oleh: LOW BOON TAT

TAHAN... Ekoran pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang.2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.

TUNAI TANGGUNGJAWAB...Siti Nooraisyah binti Kamarul Zaman, 24, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggunjawabnya sebagai pengundi dengan mengundi di SK Telok Kemang di sini pada Ahad.

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang:

3.20 petang: Sehingga pukul 3 petang seramai 5,892 atau 65 peratus telah keluar mengundi.

2.20 petang: Sehingga pukul 2 petang seramai 5,371 atau 59.2 peratus telah keluar mengundi.

1.45 tengah hari: Pasukan FRU ditempatkan untuk mengawal ketegangan yang berlaku di kawasan peti undi SK Telok Kemang.

1.15 tengah hari: Sehingga pukul 1 tengah hari seramai 4,905 atau 54.1 peratus telah keluar mengundi.

12.57 tengah hari: Keadaan di kawasan peti undi Telok Kemang terus tegang. Penyokong-penyokong masih berbalah sorakan.

12.10 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 4,220 atau 46.5 peratus telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

11.25 pagi: Sehingga pukul 11 pagi, seramai 3,239 atau 35.7 peratus telah keluar mengundi.

11.20 pagi: Pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan. 2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.

11.05 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata hasil tinjaun di beberapa buah pusat mengundi, beliau berpuas hati dengan proses pengundian walaupun keadaan cuaca hujan di sebelah pagi tadi.

11 pagi: Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Hingga saat ini saya yakin dengan sokongan yang diberikan, insya-Allah pengundi di Bagan Pinang akan memberi kepercayaan kepada BN," katanya ketika meninjau pusat mengundi di Si Rusa.

10.20 pagi: Setakat pukul 10 pagi jumlah keluar mengundi ialah 2, 168 atau 23. 9 peratus.

10 pagi: Di SRJKC Ladang Siliau, juga terdapat penyokong BN dan PAS yang masih berkempen. Namun keadaan masih lagi terkawal.

9.20 pagi: Di pusat mengundi SK Panglima Adnan, situasinya juga sama dengan kedua-dua penyokong PAS dan BN masih merayu undi dan berkempen pada hari pengundian. Keadaan juga tegang di sekolah tersebut.

9.15 pagi: Sehingga pukul 9 pagi jumlah keluar mengundi ialah seramai 1,058 atau 11.6 peratus.

9.10 pagi: Kira-kira 100 meter dari peti undi SK Telok Kemang,suasana menjadi tegang dikalangan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang hadir. Masing-masing bersorak melaungkan nama parti mereka. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

8.55 pagi: Hujan renyai-renyai kembali turun di kawasan Telok Kemang namun ia tidak menghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

8.15 pagi: Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang mendapati kira-kira 100 pengundi mula hadir di pusat undi berkenaan.

8 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil N 31 DUN Bagan Pinang bermula.

7.50 pagi: Suasana di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

7.45 pagi: Hujan telah pun berhenti, cuaca kembali terang dan keadaan trafik di Bandar Port Dickson bergerak lancar.

7.30 pagi: Keadaan mendung dan hujan turun renyai-renyai.

7 pagi: Hujan turun dengan lebat di kawasan Telok Kemang.

--mStar

Isa Katik: Puteri UMNO "LEMBIK" Di Bagan Pinang :- Nizar vs Najib Altantuya

Yang panas di Teluk Kemang bukan kerana teriknya matahari. Cuacanya mendung dan berangin. Seawal pagi tidak kurang ribu riban perayu undi PAS dan BN sudah penuh berhimpun. Puteri duduk dibelakang. Putera dihadapan. Puteri dilindungkan dari awan. Putera dan si tua bangka tidak dihiraukan. Kerana Isa, sanggup berkorban. Kerana Isa, Umno sudah jadi parti dunia akhirat.
Wajah-wajah 'ketat' dan cemas, perayu BN melihat sokongan rakyat untuk PAS

Lembik betul puteri Umno ni, duduk bawah bumbung pun pengsan ! Pengsan ker sesak dada ! Sesak dada laa tu ! Yang pi letak lambang kati kat tengah2 buah epoi (epal) tu buat hapaa ??

Diambang kalah - Tengahari usung puteri, malam ni usung Isa Samad pulak..!!Kesian BN !

--Al-Banjari

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost