Thursday, May 28, 2009

Nizar vs Zambry: Mahkamah Rayuan Perlu Kemuka Penghakiman Bertulis - NH Chan.


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.

Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.

PRK Penanti: Siapa disebalik semua ini.UMNO/BN???



Dua Pemidang ini dijumpai oleh Kontijen AMK Pahang yang meronda di sekitar JDM Mengkuang. Pemidang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan yang kedua ditemui di Simpang Tiga Mengkuang.

Ketua Kontijen AMK Pahang yang diketuai Sdr Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang dan Sdr Saiful Adli Sahidan, AMK Bentong meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang menemui Pemidang-Pemidang tersebut dan mereka telah berhubung dengan saya untuk tindakan setersnya. Saya pinta mereka tanggalkan poster itu dan laporkan kepada Markas Pusat di Yayasan Aman.

Sdr. Nor Azman Hashim, Pengarah Strategik PKR Johor yang bertugas di Markas JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa UMNO berada di Penanti walaupun mereka tidak bertanding, dan gerakan mereka diterjemahkan melalui poster-poster dan gerak kerja secara tidak langsung. Berhubung Pemidang 1, jelas menunjukkan permainan api perkauman yang sangat bersifat prejudis kepada kaum Cina. Pihak yang berkenaan jika didakwa mesti diambil tindakan keras di bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan rasa tidak selesa diantara kaum di Pulau Pinang khususnya di Penanti.

Sdr. Hatta, Ketua Kontijen AMK Pahang berpandangan bahawa beliau tidak menjangka perkara-perkara begini boleh berlaku di Penanti dan menganggap perkara begini terakhir berlakunya di PRK Bukit Gantang.

Puan Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita Bentong merangakap Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Pahang yang bertugas di Markas Mengkuang Semarak amat sedih dengan sikap pihak lawan yang begitu jijik dan berkata perkara ini sebagai tragedi sedih kerana ada puak-puak didalam pilihanraya ini menghina kaum wanita.

Puan Hendon Jaafar, Bendahari PKR Bahagian Kuala Krau menyatakan perbuatan ini mencerminkan bahawa puak-puak yang menentang PKR ini sebagai sangat terdesak. Beliau tidak yakin bahawa perkara ini dilakukan semata-mata oleh calon-calon Bebas dan yakin ada tangan-tangan lain yang berdiri dibelakang tabir.

Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Puan Zaleha Babjan selaku Ketua Bilik Gerakan JDM 4 Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini merendahkan martabat wanita dan beliau menyeru semua wanita di DUN Penanti mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman. Selepas pentadbiran PR di Pulau Pinang, masalah perkauman tidak timbul lagi kerana Kerajaan Negeri memberikan khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Saya mencabar sesiapa yang mengeluarkan poster ini sila tampil kedepan.

Sdr Zabidi Abas, Ketua AMK Negeri Johor yang bertugas di JDM 4 berkata: Pada pandangan saya Pemidang tersebut berniat jahat dan merupakan fitnah terbesar terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, isu ini sudah lapuk dan tidak dapat mempengaruhi pengundi di DUN Penanti. Mengenai Pemidang perkauman itu jelas menunjukkan bahawa ianya ditaja oleh tangan yang lain yang menaja calon Bebas.

Puan Fairouze Harun, Exco Wanita Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Exco Wanita PKR Pusat yang menjadi Penyelaras JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini sangat tidak bersopan. Manakala Puan Zainab (Kak Zah) Timbalan Ketua Wanita PKR Bentong: ” Ayat ini dari manusa yang rendah moral “.

Puan Siti Sabariah binti Haji Arshad berkata: Orang yang buat Pemidang bukan sahaja tidak bermoral tetapi singkat pemikirannya. Ingat - Memfitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh.

Sdr Saiful Adli, AMK Bentong: “Ini adalah sikap kurang ajar mereka itu.”

Sdr Adnan Abu, Ahli AMK Johor: “Tindakan manusia kurang berakal”

Dimana-mana Pilihanraya Kecil yang sebelum ini diadakan berbagai-bagai Pemidang busuk dan jijik seumpama ini telah direntang oleh pihak-pihak tertentu untuk menentang calon-calon PR. Ia berlaku di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Pihak-pihak itu adalah pengecut dan tidak berani bersemuka. Dan di Penanti ini, walaupun mereka tidak bertanding, mereka berkempen secara aktif di belakang tabir, dan yang peliknya semua Pemidang-Pemidang ini diletak berhampiran dengan poster-poster seorang daripada calon Bebas itu. Adakah calon Bebas itu ditaja oleh mereka?

Wednesday, May 27, 2009

Kominis: 1 Malaysia tidak bangang!


Ya, terbukti 1 Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1 Malaysia tidak bangang!
Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnyakelihatan semakin menular dalam negara.

Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.

Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah.

Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

Nizar vs Zambry: 'Komunis' - Konspirasi Umno Barisan Nasional???


Anda percaya jika saya katakan Umno sedang merancang Sandiwara dan Konpirasi baru? apakah ia mustahil. Anda mungkin menyangkakan dia sedang cuba memulihkan imej parti , tetapi itu bukan cara mereka, tetapi kini sedang merancang satu Konpirasi baru. Tetapi bukan melibatkkan PAS tetapi DAP ataupun Hindraf. Jika Tahun 1999 Umno hilang sokongan Melayu tetapi berjaya dipulihkan dengan Konpirasi Almaunnah dan KMM, kini anda percaya Konspirasi terbaru mereka melibatkkan kes Komunis?-MSK

Mereka hanya akan membubarkan DUN Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. Tunggu dan lihat..


Konspirasi Umno Barisan Nasional-Oleh MSK

Masih Ingat Peristiwa Al-maunnah dan KMM? Siapa dalangnya siapa perancang segala konspirasi. mengapa Konspirasi ini dilakukan? Mungkin sebahagian dari kita semua lupa tentang apa yang mampu dilakukan Umno takkala mahu meraih undi, mereka tidak pernah memulihkan perjuangan dan parti mereka, apa yang mereka sentiasa lakukkan merosakkan imej dan kredebiliti Parti lawan sammada dengan cara terang terangan melalui media mahupun konspirasi melibatkkan Polis dan unit cawangan Khas.

Itulah Umno yang sentiasa memperkudakan Polis bagi melanjutkkan talian hayat politik mereka. Peristiwa Al-Maunah dan KMM adalah Konspirasi Umno untuk mengambalikan keyakinan rakyat kepada Umno setelah 2 tahun mereka mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 10 pada tahun 1999 iaitu diera Reformasi. Tujuannya merosakkan imej PAS yang cuba dikaitkkan dengan kumpulan pengganas tak kira puak Taliban, KMM mahupun Al-Maunah.

Ketika itu siapa menteri pertahanannya? tidakkah Najib Tun Razak? masih ingat bagaimana tentera membuat lakonan semula memasukkan puluhan senjata dan pelancar roket didalam Pajero tentera bersama 15anggota? Ia dilakukan dihadapan Najib sebagai Menteri Pertahanan sebagai membuktikan ia bukan sandiwara, Namun semua orang tahu, Almaunah adalah sebuah Sandiwara Umno, dan puluhan bukti boleh kita lampirkan tetapi ketika ini saya bukan mahu membicara soal Al-Maunah tetapi Konpirasi baru Umno.

Anda percaya jika saya katakan Umno sedang merancang Sandiwara dan Konpirasi baru? apakah ia mustahil. Anda mungkin menyangkakan dia sedang cuba memulihkan imej parti , tetapi itu bukan cara mereka, tetapi kini sedang merancang satu Konpirasi baru. Tetapi bukan melibatkkan PAS tetapi DAP ataupun Hindraf. Jika Tahun 1999 Umno hilang sokongan Melayu tetapi berjaya dipulihkan dengan Konpirasi Almaunnah dan KMM, kini anda percaya Konspirasi terbaru mereka melibatkkan kes Komunis?

Ia cuba dilakukan untuk memulihkan Undi Cina , tetapi Umno akan tersilap besar kalau dia menyangkakan tahun 2001 masih sama dengan tahun 2009. Jangan ingat dia boleh menipu Rakyat. Minggu ini sahaja akhbar propaganda mereka Utusan sudah mula membangkitkan isu Komunis dan apakah mereka akan cuba mengaitkan DAP dan Hindraf?

Tujuannya menjauhkan undi melayu kepada DAP dan PKR sebelum mereka berani membubarkan Dun Perak.Anda perhatikan di Utusan semalam , 26mei 2009 dimuka hadapan dengan tajuk besar ” Tolak Komunis” dengan tajuk kecil ditepinya menulis tentang berita penemuan 8 senjata api berupa semi Mesinggan dan pelbagai senjata lain dengan beberapa kelopak peluru di sebuah kilang di Bercham.

Malangnya tiada siapa yang ditangkap. Apa tujuannya berita ini dan isu Komunis cuba digabungkan? Bercham dikenali sebagai kubu kuat DAP, jangan terkejut kalau selepas ini tangkapan ISA akan bermula melibatkan pemimpin DAP. Rais dan Zahid sudah mula membakarkan isu ini. ia seolah olah ada parti politik terlibat. Jangan terkejut dengan sebarang kemungkinan selepas ini. Mereka sudah memulakannya.

Jika mereka melakukan konspirasi Almaunnah dan KMM selepas 2 tahun kemenangan besar barisan Alternatif tahun 1999 kini sudah tiba masanya konspirasi baru dilakukan setelah 2 tahun kemenangan besar Pakatan Rakyat. Tujuannya satu, agar gabungan DAP dan PAS akan retak seperti mana yang berlaku pada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

Jadi nasihat saya, DAP dan PKR harus berhati hati membuat kenyataan mengenai Chin Peng dan Komunisme. Kerana Umno sedang memasang perangkap. Mereka hanya menunggu masa memulakannya. Mereka hanya akan membubarkan DUN Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. Tunggu dan lihat..

Lawan tetap Lawan

Reformis muda

Tuesday, May 26, 2009

PRK Penanti: Konspirasi Amina Dola..(Aminah Abdullah)


Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Amina ialah cuba memerangkap pemimpin PKR yang baik dengannya. Dan dia berjaya menjemput Cheah Kah Peng dan Peter Lim kerumahnya untuk jamuan makan. Mereka memang berkawan baik sejak Amina masih dalam PKR.

Dalam jamuan makan tersebut…mereka bersembang dan bergurau…dan Amina bercerita tentang kekecewaanya terhadap PKR kepada Cheah. Dan Cheah cuba memujuknya untuk kembali kedalam PKR.


Di Bukit Gantang…bendera PKR diperintahkan turun kerana yang bertanding ialah Pas. tapi diPenanti…bendera Umno bukan sahaja bebas berkibar..malah mereka juga boleh berceramah!! Bagi orang Penanti…Umno telah melakukan kesalahan…tapi bagi orang Perak…ia sudah menjadi kebiasaan. Kalau Umno melanggar undang-undang..bukan luar biasa.

Pasal apa Umno nak sebok di Penanti kalau mereka tak bertanding? Mungkin menyesal pasal tak masuk bertanding?

Umno tak bertanding bukan pasal tak mau membazir atau tak ikut perlembagaan. Umno tak bertanding kerana gagal menyelesaikan isu calon.

Pemimpin pusat mahukan seorang calon profesional..anak tempatan…tapi Ketua Bahagian sendiri mahu bertanding. Umno tau..kalau Ketua Bahagian tidak dicalonkan…calon pilihan pusat sudah tentu akan terperosok…macam yang berlaku kepada Arif Shah dalam PRK Permatang Pauh dulu.

Arif Shah kalah bukan sahaja kerana pengundi mahukan Anwar…tetapi Arif Shah kalah teruk kerana sabotaj dari Ketua Bahagian..Abd. Jalil Abd. Majid.

Daripada kalah lebih teruk dan memalukan…Najib membuat keputusan untuk tidak bertanding. Dengan tidak bertanding…Umno tak perlu menanggung malu…sebaliknya…mereka merancang untuk merampas Penanti dengan bantuan SPR dan SPRM.

Najib merancang untuk merampas Penanti seperti mana dia merampas Perak. Dengan menggunakan mahkamah. Dan Amina Dola menjadi kuda trojan UBN di Penanti.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Amina ialah cuba memerangkap pemimpin PKR yang baik dengannya. Dan dia berjaya menjemput Cheah Kah Peng dan Peter Lim kerumahnya untuk jamuan makan. Mereka memang berkawan baik sejak Amina masih dalam PKR.

Dalam jamuan makan tersebut…mereka bersembang dan bergurau…dan Amina bercerita tentang kekecewaanya terhadap PKR kepada Cheah. Dan Cheah cuba memujuknya untuk kembali kedalam PKR.

Aminah bercerita tentang pengorbananya didalam PKR…dan menilainya dalam bentuk wang…dan terkeluarlah jumlah RM80,000 ringgit.

Itu nilai pengorbanan Amina dalam PKR. Dan bagi Cheah Kah Peng…itu bukanlah jumlah yang banyak…dan kalau Amina mahu kembali kedalam PKR…Cheah sanggup membantunya untuk mendapatkan balik wang tersebut melalui peluang perniaagaan atau sebagainya.

Tanpa diketahui oleh Cheah…Amina merakam perbualan mereka dan perbualan tersebut lah yang menjadi bahan bagi Umno untuk membaham PKR di Penanti. Semuanya telah dirancang.

Dan sebaik saja Amina mengadakan sidang media…akhbar-akhbar Umno memberikan ruang yang cukup luas kepada tuduhan Amina tersebut. Mereka merasakan…tuduhan tersebut sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan Dr. Mansor Osman dari bertanding. Dan mereka mahu meyakinkan rakyat bahawa sogokan wang itu benar-benar berlaku.

Dan itulah skrip yang dilakonkan oleh Amina hari ini apabila membuat laporan kepada SPRM.(lihat malaysiakini)

Tetapi apabila Audio CD yang diedarkan itu didengari oleh SPRM Pulau Pinang…tak ada kes. Lagi pun peristiwa itu berlaku pada 13 Mei…lama sebelum Penamaan Calon! Dan Amina belum lagi memutuskan untuk bertanding.

Dan Amina menukar ceritanya lagi hari ini. Berlainan dengan apa yang diceritakannya tempoh hari.

“Aminah’s latest statement, however, contradicted what she said last Saturday after the nomination process, when she told journalists that she had been offered a cash bribe. ”

Dan dia akan terus berdalih..sehinggalah dia mendapat satu cerita yang boleh dipercayaai.

Amina masuk bertanding bukan untuk menang…tapi mahu menyingkir Dr. Mansor melalui SPR, SPRM dan mahkamah. Dan ini sudah menjadi ‘trade mark’ Perdana Menteri 1Malaysia.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost