Tuesday, June 2, 2009

Nizar vs Zambry: Mustafa Kamil Tidak Yakin DUN Perak Akan Dibubarkan.


Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayub menegaskan khabar angin bahawa DUN Perak akan dibubarkan oleh BN sebagai taktik untuk meredakan kemarahan dan juga tuntutan rakyat.

"Saya sangsi dengan keikhlasan mereka untuk membubarkan DUN Perak, kerana tindakan ini ada kaitan dengan bacaan yang mereka buat", kata beliau.

Menurut Mustafa lagi, Zambry sebenarnya ada masalah dan krisis keyakinan kerana apabila beliau membubarkan DUN belum tentu mereka akan dapat menguasai majoriti dalam Dewan, malah ada kemungkinan kerusi yang menjadi milik mereka kini akan bertukar kepada Pakatan.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan sekiranya DUN Perak dibubarkan bagi memberi kepada rakyat untuk membuat pilihan.-SuaraPerak

Monday, June 1, 2009

Husam Vs Nasa: Pertarungan Timbalan Presiden PAS semakin PANAS!!!



PANAS.PANAS!!!
Isu perebutan kerusi Timbalan Presiden pada muktamar PAS hujung minggu ini nampaknya semakin panas.Perebutan nampaknya lebih tertumpu diantara Husam dan Ustaz Nasa atau lebih kepada pertrungan antara golongan profesional dan ulama.Penyokong kedua-dua pihak sedang berperang di alam siber sejak dua tiga hari lalu.Isu kambing sedang menguasai gelanggang pertarungan pada ketika ini.

Saya bukanlah penyokong kedua-dua puak yang sedang bertarung,tapi bila membaca perdebatan diantara mereka,saya dapat simpulkan bahawa kedua-dua puak ini mempunyai kepentingan peribadi jika calon yang mereka sokong menang.Dan kepada perwakilan PAS yang akan mengundi pada muktamar itu nanti boleh membuat keputusan yang tidak akan menghancurkan asas perjuangan parti,terutama sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang semakin ampuh ketika ini.

Perdebatan mengenai isu kambing ini sedang berlangsung di kickdefella dan msomelayu. dan juga perisik-rakyat.

Anda boleh menilainya sendiri dan mengetahui siapa penyokong Husam atau Nasa.Mat Sabu nampaknya tak terlibat dalam isu ini.

Nizar vs Zambry: '5-1' Rekod Terkini Keputusan Pilihan Raya Kecil.


Assalamualaikum, Keputusan PRK Penanti menambah satu lagi koleksi keputusan PRK yang dimulakan di Permatang Pauh setakat ini.Meneliti semua keputusan yang telah dilakarkan, kita dapati bahawa perjalanan politik negara sedang 'berpusing" ke arah PAKATAN RAKYAT sekalipun BN/UMNO menggunakan seluruh kekuatan wang ringgit yang diperolehi dari perompakan wang rakyat, tokey tokey judi dan mungkin juga ALONG serta semua agensi kerajaan yang terbabit dengan pilihanraya dan penguatkuasan undang undang.

Tidak ketinggalan media arus perdana dimaksimakan oleh BN/UMNO untuk menjadi alat propaganda mereka.

Kini, trend politik tanah air sudah berubah.Kalau dulu, pembangkang langsung tidak ada peluang dalam PRK tetapi kini, rekod 5-1 sudahpun dicacat.Kemenangan pembangkang di Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan terbaru di Penanti sudahpun menjadi sejarah politik tanah air.Turut dicacatkan beberapa rekod baru politik dalam setiap PRK tersebut.

Di Permatang Pauh, rekod kembalinya seorang negarawan yang terselamat dari percubaan membunuh kehidupan politiknya, di Kuala Terengganu tercacat sejarah kejayaan pembangkang merampas kerusi yang dimiliki BN/UMNO.Sementara di Bukit Selambau tercacat sejarah dengan kehadiran calon calon bebas teramai dalam sejarah pilihanraya negara dan di Bukit Gantang, sejarah yang dilakarkan ialah keupayaan pembangkang menerusi PAS mempertahankan kerusi mereka serta kemenangan seorang MB yang disingkir dengan kejam.

Penanti mencacatkan sejarah yang lebih hebat bilamana buat julung julung kalinya, BN/UMNO tidak bertanding dan gila meroyan semasa kempen pilihanraya berjalan sambil memberi laluan yang cukup luas kepada Minah Ronggeng, calon bebas yang akhirnya hilang wang pertaruhan.Penanti turut mencacatkan peratusan pengundi terendah dalam sejarah pilihanraya negara sehingga ada pegawai yang bertugas di pusat pengundian di 'tangkap' tidur semasa bertugas.

Peratusan pengundi yang rendah ini dikaitkan dengan ketiadaan calon dari BN/UMNO di mana dikatakan penyokong mereka tidak keluar mengundi.Terdapat juga khabar yang mengatakan Penanti bebas dari gangguan "HANTU" semasa mengundi.Di anggarkan sebahagian besar jumlah yang tidak keluar mengundi itu terdiri dari "HANTU ZOMBI" yang tidak diangkut ke pusat pengundi kerana tuannya tidak masuk bertanding.

Jika anggapan ini benar, bermakna setiap PRK yang bebas dari gangguan ZOMBI bakal mencatatkan peratusan pengundi yang rendah.Ini juga bermakna daftar undi yang masih digunapakai di negara kita masih banyak mengandungi unsur unsur ZOMBI yang menyebabkan catatan peratusan tidak tepat apabila ZOMBI ini tidak keluar mengundi.

Dicatatkan juga jumlah undi yang diperolehi oleh calon PR yang diwakili oleh PKR, merosot dari PRU 12.Hal ini mungkin disebabkan ramai pengundi luar Penanti tidak pulang mengundi kerana menjangkakan kemenangan mudah untuk PR.Tetapi dalam masa yang sama ada juga kalangan pengundi Penanti dipindahkan tempat mengundi mereka tanpa pengetahuan mereka.Kerja memindahkan pengundi ini nampaknya kerja "SURUHANJAYA HANTU PILIHANRAYA" yang dijamu oleh BN/UMNO dengan pulut kuning dan telor mentah.

Kita menantikan PRK Manik Urai dan selepas itu,menunggu kalau kalau ada PRK di DUN Perak yang melibatkan kerusi BN/UMNO.Siapa tahu kalau ALLAH mengkehendaki demikian.
Daripada:tranungkite.

Racist@Perkauman: Melayu Sudah Berubah, Utusan semakin meloya...


Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut. Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju. Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai.-zaid ibrahim


Melayu Telah Berubah, Utusan Belum…. -Oleh: Zaid Ibrahim.

Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang. Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini. Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut. Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas. Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati UMNO pun tertoreh; dan bila hati UMNO tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu. Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta. Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas? Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu UMNO dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka. Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati UMNO maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati UMNO.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut. Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut. Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju. Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara. Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan UMNO setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya UMNO telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari UMNO? Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah. Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah. Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1 Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu). Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan UMNO, tahu bahawa bila dasar UMNO dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar UMNO. Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.. Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar UMNO dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu. Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan.Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

PRK Penanti: Keputusan di Penanti lemahkan semangat UMNO di Manek Urai.


Selepas ini di hadapan kita adalah PRK Dun Manek Urai dan tiba pula giliran PAS untuk berpencak silat di sana. Umno telah memberi jaminan akan turut serta bagi mempamerkan `kejantanan' nya yang telah sekian lama terpendam. 

Tetapi saya tertanya-tanya apakah `kejantanan' yang ada pada Umno setelah saya mendengar kenyataan dari Ketua Penerangannya bahawa Umno akan menggunakan sistem 4M di dalam pilihanraya tersebut. Sistem 4M tersebut termasuklah juga media elektronik dan cetak. Mungkinkah TV/Radio kerajaan dan akhbar perdana akan digunakan oleh Umno sepanjang kempen itu nanti? Jika benar, ini bermakna Umno yang bakal turun di Manek Urai belum cukup `kejantanan' nya.

Oleh: wfauzdin.
TERNYATA, jangkaan yang merisaukan saya tidak menjadi kenyataan. Saya pernah menyuarakan kebimbangan saya bahawa kemungkinan ramai penyokong-penyokong PAS akan memboikot PRK Dun Penanti kerana PAS tidak diletakkan sebagai calon di situ. Nampaknya saya perlu banyak belajar lagi semangat dan iltizam ahli-ahli PAS. Syukur, dan tahniah diucapkan kepada semua penyokong PAS serta DAP yang telah membuktikan bahawa tiada sesiapa pun dapat menembusi tembok pertahanan yang dibina bersama di dalam PR. Sesungguhnya, kemenangan calon PKR di Dun Penanti memang sudah dijangka tetapi jumlah undi yang diterima oleh Dr Mansor Othman samasekali tidak diduga dalam keadaan Umno/Bn memboikot PRK tersebut.

Dr Mansor Othman memperolehi undi sebanyak 6,052 undi dengan mendapat majoriti besar iaitu sebanyak 5,558 undi. Di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu, calon PKR Fairus telah memenangi kerusi tersebut dengan mendapat undi sebanyak 7,346 undi. Adakah ini bermakna undi untuk calon PKR telah merosot sebanyak 1,294 undi? Jawapannya ya, tetapi mengapa ianya merosot sudah tentu ada faktor-faktor tertentu yang pastinya akan diterangkan oleh pucuk pimpinan PKR selepas ini. Saya berani beri jaminan bahawa kehilangan undi sebanyak 1,294 itu bukan kerana mereka tidak menyokong PKR tetapi jumlah yang lebih ramai daripada itu sebenarnya tidak datang mengundi. Kebanyakan pengundi dari luar terutamanya yang jauh tidak pulang mengundi kerana mereka sebenarnya yakin PKR mampu memenangi kerusi tersebut apatah lagi dengan Umno sendiri yakin PKR juga boleh menang. Faktor lain juga mungkin kerana hilangnya `semangat' penyokong-penyokong PR untuk mengundi memandangkan lawan yang akan dihadapi oleh PKR hanyalah dari calon bebas.

Saya juga tersilap di dalam perkiraan saya apabila sudah tentu calon PKR akan mendapat tentangan dari seorang calon bebas, Kak Min yang menuduh PKR cuba merasuah beliau dengan wang ringgit dan jawatan KM 1 P.Pinang. Kak Min atau `Minah Ronggeng' nama yang digelar oleh YB Azmin dan Kak Min sendiri tidak kisah dengan gelaran tersebut, hanya mampu mendapat undi sebanyak 392 undi serta hilang wang pertaruhan. Bagaimana seorang yang bertanding sehingga hilang wang pertaruhan tergamak PKR untuk menawarkan jawatan KM 1 P.Pinang ? Paling saya tidak sangka kehebatan Kak Min yang sering muncul di kaca TV walaupun tergagap-gagap telah kalah dengan undi yang diperolehi oleh seorang lagi calon bebas iaitu Khan Ari yang telah mendapat undi sebanyak 494. Mungkin Khan Ari mendapat lebih banyak undi simpati melebihi Kak Min kerana Khan Ari telah menyertai pilihanraya ini dengan cara yang bersih dan jujur. Tentulah lojik jika PKR menawarkan jawatan KM 1 P.Pinang ini kepada Khan Ari daripada Kak Min. Saya cadangkan agar pimpinan PKR P.Pinang dapat memujuk agar Khan Ari ini menyertai PKR kerana beliau lebih dipercayai dan tentunya lebih jujur. Kesemua calon bebas telah hilang deposit mereka sebanyak RM5 ribu seorang dan tentunya jika ada calon yang ditaja oleh sesiapa dan sanggup menjadi `kuda tunggangan' mungkin tidak rugi apa-apa.

Keputusan PRK Dun Penanti ini telah menunjukkan satu lagi isyarat bahawa Umno khususnya akan berterusan akan ditolak oleh rakyat. Nasib menyebelahi Umno kerana tidak terlajak untuk turut serta di dalam PRK Dun Penanti ini. Jika tidak, kita tidak tahu di mana lagi Umno ingin menyorokkan logo keris pejuang Melayunya itu. Ternyata bumi Permatang Pauh terlalu `keramat' dan bagaikan sumpahan buat Umno. Mungkin `badi' dua kejadian `sumpah' sewaktu PRK Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh DS Anwar sebelum ini telah memakan tuan. Najib pernah bersumpah di dalam masjid sewaktu pilihanraya tersebut yang sebelum itu dimulai dengan sumpah laknat Saiful sehari sebelum hari penamaan calon. Sumpah oleh Raja Sesumpah tidak terkira oleh saya.

Selepas ini di hadapan kita adalah PRK Dun Manek Urai dan tiba pula giliran PAS untuk berpencak silat di sana. Umno telah memberi jaminan akan turut serta bagi mempamerkan `kejantanan' nya yang telah sekian lama terpendam. Tetapi saya tertanya-tanya apakah `kejantanan' yang ada pada Umno setelah saya mendengar kenyataan dari Ketua Penerangannya bahawa Umno akan menggunakan sistem 4M di dalam pilihanraya tersebut. Sistem 4M tersebut terasuklah juga media elektronik dan cetak. Mungkinkah TV/Radio kerajaan dan akhbar perdana akan digunakan oleh Umno sepanjang kempen itu nanti? Jika benar, ini bermakna Umno yang bakal turun di Manek Urai belum cukup `kejantanan' nya.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost