Friday, April 23, 2010

Nik Aziz Dilarang Berceramah Di Masjid Hulu Selangor


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supayabertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm). - Malaysiakini

Thursday, April 22, 2010

P194 Hulu Selangor Membongkar Pemimpin UMNO Minum Arak


Pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor menjadi medan serangan peribadi yang paling tidak bertamadun, terutama pemimpin UMNO. Perihal calun PKR dikatakan pernah minum arak telah menjadi virus kepada sebahagian pemimpin UMNO.

Isu minum arak telah menjerat sebahagian pemimpin umno yang pejuang bangsa dan ugama Islam. Pemimpin veteran DAP saudara YB Lim Kit Siang telah mencabar UMNO dan menteri-menteri kabinet yang berugama Islam agar membuat pengakuan mereka tidak pernah minum alkohol atau arak semasa muda.

Saudara Lim Kit Siang tidak bercakap malam hari. Beliua bercakap secara terbuka kisah pemimpin UMNO yang terlibat meminum alkohol atau adalah sperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin. dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Muhd Najib Razak. ( sumber berita diambil malaysiakini, sila layari untuk berita penuh) ..

Jika benar dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP dan disiarkan dalam akhbar maya (malaysiakini). Cukup jelas pemimpin UMNO telah berada dipersimpangan syaitan. Tak cukup dengan meminum arak pemimpin UMNO bersekedudukkan dengan pemimpin Yahudi serta mengubah perunding Yahudi/Israel sebagai penasihat kerajaan malaysia dalam bidang maklumat keselamatan negara.

Kita meminta pemimpin UMNO bertaubatlah dengan segera secara terbuka seperti isu meminum arak yang diwar-warkan oleh pemimpin UMNO terhadap calun P94 Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim. Hakikatnya membongkar dan mengyiakan sebahagian pemimpin UMNO terlibat dengan meminum arak dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Satu cabaran yang baru kepada pemimpin UMNO yang menjaga hal ehwal ugama atau JAKIM serta semua Mufti negeri-negeri dibawah kuasa BN/UMNO agar mengadakan satu program "TAUBAT" dan MEMBUAT PENGAKUAN TERBUKA TIDAK AKAN MEMINUM ARAK LAGI.

DALAM WAKTU YANG TERBATAS DAN RUANG YANG TERHAD INI KAMI MENYERU SEMUA PENGUNDI PARLIMEN P94 HULU SELANGOR MENGADAKAN PROTES SECARA TERBUKA DENGAN TIDAK MEMANGKAH LAMBANAG DACING ATAU BARISAN NASIONAL PADA 25/4/2010. UNDI DAN MEMANGKAG LAMBANG MATA/BULAN SABIT ATAU PKR. PANGKAH ATAU UNDI PKR. UNDI PKR.-TKO

Monday, April 19, 2010

Terima Kasih Dr. Halili Rahmat


Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

Oleh: MSO

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.

Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab.

Sunday, April 18, 2010

Kapal Selam 'Timbul' Di Hulu Selangor


Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.

Menurut Anwar, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pagi tadi juga menjadikan isu tersebut bagi modalnya berkempen kepada kira-kira 30 pengundi India yang beragama Kristian.

Beliau berkempen di gereja Victorious Living Assembly di Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Pada ucapan ringkasnya selama 15 minit, Tian yang juga ahli parlimen Baru menjelaskan, mahkamah di Perancis mahu menyiasat isu pembelian kapal selam berkenaan.

Pakatan Rakyat juga turut mengedarkan risalah kepada pengundi yang mempersoalkan pembelian kapal selam ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati risalah yang menyiarkan gambar kapal selam tersebut turut diletakkan di pejabat operasi parti itu.

Selain gambar kapal selam, turut dijaja dalam kempen pilihan raya kecil Hulu selangor ini ialah isu kehilangan enjin jet pejuang Sukhoi, istana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan isu PKFZ.-Malaysiakini

Thursday, April 15, 2010

Mana Calon Anak Tempatan BN Untuk P94 Hulu Selangor?


Kamalanathan diumum calon BN di Hulu Selangor - Malaysiakini

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost