Tuesday, April 5, 2011

PKR Tolong Jangan Lawan Taib Di Balingian


Jika benar Datuk Salleh Jafaruddin hendak bertanding di Balingian seperti yang disiar di Malaysiakini,PKR rasanya patut memberi peluang kepada beliau untuk pertandingan satu lawan satu di situ.Lagipun calun dari PKR dilihat hanya pelengkap kepada proses pilihanraya atau sekadar diletakkan disitu supaya Taib tidak menang tanpa bertanding.

Seperti pilihanraya lepas, calun PKR Ibrahim Bayau hanya mendapat 667 undi sahaja.Apakah Suriati Abdullah mampu untuk menambah undi tersebut?Dengan latar pendidikan cuma setakat sekolah menengah, apakah beliau mampu untuk meraih undi untuk PKR?

Bukan hendak menidakkan kemampuan Suriati, tapi jika ada calon yang lebih berkeliber dan popular serta berpengaruh seperti Dt Salleh, kenapa tidak dibiarkan beliau bertanding disitu.Malah, PKR seharusnya memujuk beliau untuk bertanding melalui tiket PKR.Tapi sebelum itu pastikan keikhlasan beliau untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Taib di Sarawak.Kalau beliau masih berkeras untuk bertanding sebagai calun bebas, biarkan.. dan pastikan beliau betul-betul sudah menghantar borang pencalunannya esok, dan jadikan Suriati sebagai calun simpanan sehingga pengesahan calun-calun yang bertanding.

Suriati yang hanya berkelulusan sekolah menengah dan Datuk Salleh adalah bekas timbalan menteri dan ADUN serta Ahli Parlimen untuk beberapa penggal siapa lebih layak untuk melawan Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak?

Salleh, 67, yang merupakan dua pupu dengan Taib, telah memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif tahun lepas bahawa beliau merancang untuk kembali aktif dalam politik Sarawak. Salleh adalah keturunan Melanau dari Oya, yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan pembangkang.

Anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Salleh pernah menjadi ahli parlimen dan ADUN di Sarawak untuk banyak penggal. Salleh juga pernah menjadi timbalan menteri pelajaran.
-Malaysiakini

Video Seks: Kenyataan Media Wan Azizah, Nurul Izzah & Keluarga Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

Monday, April 4, 2011

N5 Demak Laut:: Dr Rauf Lebih Baik Dari Dr Hazaland?

"Daripada Dr Azlan(panggilan org kpg utk DR Hazaland) jadi calon lebih baik kekalkan Dr Rauf.."
Sudah kedengaran cakap-cakap seperti diatas oleh sebahagian penduduk di kawasan DUN Demak Laut terhadap calon baru PBB untuk menggantikan Dr Rauf yang diketahui lebih mesra terhadap penduduk kawasan itu.

Seorang kenalan dari Kampung Senari memberitahu Dr Azlan ni sombong (eksyen kata org Sarawak).Penduduk sekitar mungkin kenal dengan DrAzlan melalui perkhidmatan 'on call doktornya'.Penduduk boleh panggil beliau untuk datang kerumah pesakit untuk memberi perkhidmatan beliau, tapi apa yang dikesalkan penduduk ialah bayaran yang melampau untuk perkhidmatan itu.Pernah seorang penduduk sebuah kampung meminta untuk memeriksa seorang pesakit yang hampir pasti tak dapat diselamatkan, diminta bayaran hampir RM400 hanya untuk pemeriksaan perubatan.

Kenapa Dr Rauf diganti?Inilah yang menjadi persoalan penduduk dikawasan Demak Laut.Kalau dilihat pada umur, beliau sebenarnya masih mampu untuk berkhidmat untuk kawaasan tersebut.Kenapa Adenan Satem masih dikekalkan di DUN Tanjung Datu sedangkan beliau dilihat sudah tidak mampu untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, Taib Mahmud sendiri pun dah tua bangka masih jadi calon dan mungkin akan jadi CM untuk sepenggal lagi.

Semasa menjadi YB dikawasan ini, DrRauf dapat atau senang untuk ditemui dikawasan.Beliau akan menyertai apa-apa aktiviti penduduk, malah beliau masih mampu untuk bermain bola bersama belia dikawasan N5.

Dr Azlan akan berdepan dengan masalah untuk mempertahankan kerusi N5 Demak Laut untuk PBB.Beliau harus menunjukan bahawa tanggapan sombong oleh penduduk kampung dikawasan tersebut tidak benar.Tapi kalau dilihat pada air muka beliau, memang 'sombong'(eksyen) akan terkeluar dari mulut mereka yang bertemu dengan beliau.

Kerusi N5 Demak Laut mungkin akan menghadapi pertandingan tiga penjuru.PKR sudah pasti menurunkan calon anak tempatan yang berasal dari Kampung Bako iaitu saudara Alli Hossen yang merupakan Pengurus disebuah syarikat insurans.Seorang calon Bebas juga dikatan berminat untuk mencuba nasib.Calon ini dikatakan telah ditaja oleh sebuah parti besar dari semenanjung.Mungkin parti ini sudah nampak akan kekalahan PBB lalu mencari peluang untuk bertapak di Sarawak.

Apa pun Ali Hossen dari PKR dilihat mampu untuk memberi cabaran kepada calon dari PBB dan tidak keterlaluan dikatakan beliau mampu menyumbang kerusi untuk Pakatan Rakyat di Sarawak.

Sunday, April 3, 2011

'BUAYA-BUAYA' Di Sarawak Harus Ditangkap! - LGE


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayt pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Sarawak yang kaya dengan hasil balak, minyak dan gas tapi negeri Sarawak terus kekal antara negeri termiskin di Malaysia.Negeri yang kaya dengan hasil alam semulajadi tetapi kekayaan itu tidak dapat dinikmati oleh kebabyakan rakyat, sebaliknya dibaham oleh 'buaya-buaya' yang merupakan krono-kroni Taib dan George Chan.

“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',”

“Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.

Lim turut mempersoalkan keikhlasan Taib untuk bersara selepas pilihanraya.

Orang ramai menjerit “Tidak!” apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

NONEKetiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

“Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?” soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

“Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan,” katanya.

Friday, April 1, 2011

Baca Berita Tu Pakai Otak Bukan Pakai Kaki!!!

Inilah mentaliti otak blogger PBB/BN dalam mengulas isu video sex yg melibatkan pemimpin pembangkang.IGP sendiri pun belum mengesahkan pelakon dlm video tu siapa, tapi si kucing ni telahpun berani mengesahkankan bahawa pelakon tu Anuar.

Tu lah.. orang suruh baca news tu pakai otak, bukan pakai kaki...

Memanglah video tu tulen, tapi yang kita nak tahu, siapa si pelaku dalam video tersebut.

IGP pun satu, sengaja nak buat gempak.. buat sidang media cakap video ni tulen tapi tak bagitau siapa si perut boroi tu..Bebudak macam Kucingitam ni apa lagi.. terus nak terkam berita ni macamlah IGP tu cakap Anuar dalam video tu.. dasar otak kontot!!!

Bawah ni aku pastekan tulisan dari si Kucingitam.Rasa-rasa kucing ni dapat geran 5000 sebulan dari YB Karem kot...

Sah anwar dalam video kata pakar
Ketua polis negara berkata rakaman video seks yg memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yg menyiasat kes itu. Kata KPN kepada pemberita.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Alamak mungkin ini juga konspirasi nak menjatuhkan Anwar.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost