Tuesday, November 25, 2008

Nazri Berbohong Dilepaskan, Tapi Gobind Pula Digantung !!



Parlimen makin bercelaru dan haru biru dibuatnya. Menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia. Jika di mahkamah mereka terima kenyataan orang berbohong, kini di parlimen pula mereka terima kenyataan berbohong itu. Rosak sistem dan amalan demokrasi di Malaysia hari ini. Sewajarnya semua Speaker Dewan Rakyat meletakkan jawatan, jika mereka masih lagi bersikap berat sebelah dan tidak berpegang kepada lunas-lunas keadilan dan profesional dalam mengendalikan perjalanan persidangan parlimen.

baca disini

Friday, November 21, 2008

Harga Minyak Dunia : DI BAWAH $50 !





Kini harga minyak dunia berada pada paras di bawah $50 setong. Berapakah 'actual price' untuk seliter?

Kita rakyat Malaysia merupakan rakyat yang begitu prihatin kepada kerajaan kerana memberi subsidi petrolium lebih kurang 50sen daripada setiap liter yang kita beli di stesen-stesen minyak (anggaran harga minyak sebenar tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM1.50 per liter).

Cuba kita ingat kembali, harga minyak RM1.10 per litter sewaktu harga minyak dunia $35 setong. Naik seposen kepada RM1.22 seliter sewaktu harga minyak dunia meningkat kepada $50 setong.

Kemudian, paklah mengambil alih tampuk pemerintahan... dan segala-galanya merubah kepada cacamerba.

Minyak dunia cecah $60, paklah naikkan 20sen+seposen+seposen = 40sen. Tahun berikutnya naik lagi 30sen, kononnya naik 30sen sekaligus lebih baik daripada naik sedikit demi sedikit. Waktu itu, harga minyak dunia sedikit melebihi $70 setong dan harga minyak domestik ialah RM1.92.

Jun lalu naik 78sen, sebab harga minyak cecah $130 setong.

SEKARANG, harga minyak dunia ialah $48 setong. Di manakah letaknya maruah kerajaan BN apabila masih menetapkan harga minyak melebihi RM1.92 ??

Tuesday, November 18, 2008

Gambar pekerja zoo mati dibaham harimau

Gambar-gambar bagaimana seorang pekerja zoo Singapura, yang merupakan seorang rakyat Malaysia dari Kuching Sarawak, mati dibaham harimau didalam zoo tersebut.

Daripada PerakExpress

Saturday, November 15, 2008

Udin Sujang Meninggal dunia semasa bermain bolasepak - Al-Fatihah

      Petang (sekitar jam 5.30 pm) tadi berlaku satu peristiwa sedih bagi penduduk kampung Muara Tebas terutama kepada mereka yang bermain bolasepak.Seorang sahabat iaitu saudara Udin Sujang telah kembali kerahmatullah semasa sedang bermain bolasepak dipadang.Beliau rebah tiba-tiba semasa bermain dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke  Normah Specialist oleh doctor disitu.
     Udin Sujang adalah satu nama yang tak asing lagi dikalangan peminat bolasepak di sekitar Kuching.Pernah bermain dalam Liga Petronas mewakili kelab-kelab ternama di Kuching. Kehilangannya amat dirasai oleh peminat bolasepak khususnya bagi penduduk kampung Muara Tebas.
     Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan dicucuri rahmat AMIN  AL-FATIHAH. 

Thursday, November 13, 2008

Nazri Aziz menteri pembohong



              Memang terbukti bahawa Nazri Aziz memang"berbohong" di parlimen perihal isu Ex-Gratia Hakim baru-baru ini. Biarpun beliau akui kesilapannya, tetapi rakyat harus sedar bahawa memang Nazri banyak berbohong selama ini. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong oleh parlimen!. Cara beliau menjawab soalan yang dikemukan kepadanya dulu, dalam keadaan yang terlalu yakin dan sombong seolah-olah beliau tahu segalanya tentang hal ini. Jika begini sikap menteri BN, maka sahlah bahawa rakyat telah tersalah membuat pilihan mereka selama ini. Nazri harus letak jawatan! kerana beliau tidak layak menjadi menteri. 

Baca pengakuan Nazri  DISINI

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost