Monday, May 25, 2009

Nizar vs Zambry: Debat MB Halal,MB Haram jadi kenyataan???


PROSES perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus merayu.

Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sehubungan itu,pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut politik negeri Perak itu. Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak dianjurkan.

“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.

Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.

Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.

“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.

Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang. Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.

Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.

Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku.

Nizar vs Zambry: Teknopolitik....


Umno masih dengan cara mereka yang lama..menyalahgunakan kuasa yang diperolehi..baik secara halal atau haram. Baik melalui penipuan atau rampasan. Bagi mereka…buat lah apa saja..janji menang.

Pemimpin generasi lama tidak peduli kepada generasi baru. Malah generasi baru hanya wajib mendengar arahan generasi lama. Maka percambahan minda tidak berlaku dalam Umno.
Akibatnya, generasi baru menolak generasi lama dalam Umno.-msk

Oleh:MSK

Balik dari Penanti…aku cuba relax sekejap..sambil cuba melelapkan mata sementara matahari jatuh.

Baru nak terlelap..handphone berbunyi. Malas aku nak angkat…aku biarkan saja. Tiba-tiba anak aku yang berumur sepuluh tahun menjawab panggilan tersebut. Aku bagi isyarat..aku tak mau jawab…”bapak tengah tidur!!”.

Anak aku selamba saja menjawab panggilan tersebut…”Abah offline…can you refresh later?”

Orang yang memanggil tu kemudian bertanya tentang isteri aku…dan anak aku jawab…”Mak on the other line…hanging clothes.” Kemudian dia off handphone.

“Sapa tu , Anis?” aku tanya anak aku.

“Auntie Ruby dari Penang.” dia jawab.

Ruby kawan lama aku masa di Penang dan aku tak fikir Ruby boleh faham apa anak aku cakap sebab dia bukan kaki IT. Dulu kerja kat PBA dan selepas pencen 4 tahun lalu…dia buat kerja-kerja sosial…tapi tak pernah sentuh komputer. Apatah lagi internet.

Aku rasa ada masalah disini. Ini bukan masalah bahasa..tapi masalah jurang generasi.

Hampir 20 tahun aku tak baca jawi…sejak 80an hingga lah anak aku masuk sekolah pada tahun 2000. Bila anak aku bersekolah..dia belajar jawi dan bila dia tak tau..aku tolong ajarkan. Tapi apa yang aku ajarkan kebanyakannya salah!.

Sebab jawi yang aku belajar…tak sama dengan apa yang diajar sekarang. Malah kalau disuruh aku ambil peperiksaan UPSR…mungkin bahasa Melayu aku kantoi! Sebab bahasa Melayu yang aku belajar…tak sama dengan apa yang anak aku belajar.

Bahasa Inggeris pun macam tu jugak..dulu mana ada chickens, furnitures..tapi sekarang ada!

Aku kata anak aku salah…tapi anak aku kata aku salah!

Dizaman aku…semua betul. Sekarang…kebanyakannya salah. Bagaimana dengan kebenaran? Adakah ia juga relatif dengan masa?

Mungkin ia…kalau tidak tak kan orang putih membuat ungkapan..”time will tell.”

Apa kaitan cerita diatas dengan politik?

Masa berubah…definasi berubah..politik berubah..pemahaman berubah..dan kebenaran juga boleh berubah.

Yang masih belum banyak berubah ialah pendekatan politik. Mungkin kerana politik dikontrol oleh orang yang sama sejak sekian lama.

Umno masih dengan cara mereka yang lama..menyalahgunakan kuasa yang diperolehi..baik secara halal atau haram. Baik melalui penipuan atau rampasan. Bagi mereka…buat lah apa saja..janji menang.

Pemimpin generasi lama tidak peduli kepada generasi baru. Malah generasi baru hanya wajib mendengar arahan generasi lama. Maka percambahan minda tidak berlaku dalam Umno. Akibatnya…generasi baru menolak generasi lama dalam Umno.

Pas ada sedikit perubahan walaupun perlahan. Ramai anak muda dan professional menyertai Pas dan ini membuatkan jurang generasi ini tidak begitu ketara. Pas mempunyai ramai pemimpin pelapis yang mampu mentadbir negara..tetapi halangan utama ialah generasi tua yang tidak mahu berundur.

Kita tengok Muktamar Pas bulan depan sama ada Pas akan terus kedepan atau patah balik kebelakang. Sama ada Pas akan menjadi lebih progresif atau kekal konservatif.

PKR juga memerlukan reform didalam parti. PKR mempunyai Ketua Turus yang mampu melebarkan empayar..tapi mempunyai jeneral-jeneral yang gagal melahirkan kolonel dan leftenan. Yang ramai hanyalah soldadu dan sojar.

Keadaan ini amat ketara diantara bandar dan luar bandar. Dibandar-bandar..kepimpinan muda sudah menonjolkan diri dan diterima oleh rakyat, tetapi diluarbandar…ia masih lagi politik lama.Dan kalau PKR masih lagi mengekalkan kuda-kuda tua yang tidak memahami bahasa dan keperluan pengundi muda..PKR akan terus ketinggalan.

Teknologi akan mencipta jurang diantara generasi tua dan muda..dan teknologi juga akan menentukan sama ada generasi tua itu masih diperlukan atau tidak. Sekiranya generasi tua enggan menerima perubahan teknologi ini dan mengubah sikap..maka generasi tua akan dipinggirkan.

Apa yang menarik…kedudukan ulama juga terancam oleh teknologi. Konspirasi oleh kepimpinan Pas yang dikenali sebagai ulama untuk bersekongkol dengan Umno didedahkan melalui teknologi. Kalau dulu…mereka mungkin berjaya seperti yang dilakukan oleh Datuk Asri tetapi hari ini mereka gagal kerana teknologi.

Datuk Asri boleh menjayakan konspirasinya di kuala Lumpur masa itu..tetapi ulama pro-Umno masih gagal…walaupun melakukannya ditempat tersorok dihujung benua.

Orang tentu akan terus menghormati Harussani kalau hanya mendengar fatwanya. Tetapi teknologi telah mendedahkan siapa Harussani sebenarnya..dan apa yang difatwakannya sudah tidak dihiraukan.Teknologi telah mendedahkan.. dimana Harussani telah melihat sendiri apa yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa Speaker diheret keluar. Harussani melihat sendiri bagaimana rampasan kuasa DUN berlaku dan Harusani menghalalkan yang haram. Siapa lagi yang mahu menghormati Harussani? Biarpun dia seorang Mufti.

Fatwa ulama mengenai politik sudah tidak dihiraukan..kerana ia bukan lagi berlandaskan fahaman ugama tetapi berlandaskan politik.

Hari ini…satu berita buruk untuk para ulama..yang menentukan halal haram dalam makanan.

Kalau selama ini halal haram sesuatu makanan itu ditentukan dengan label JAKIM..yang dikeluarkan setelah mendapat fatwa ulama, tetapi kelemahan-kelemahan mereka yang diamanahkan telah menyebabkan label JAKIM itu diragui. Yang halal boleh jadi haram dan yang haram boleh jadi halal. Dan para ulama yang diamanahkan telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

Sekarang kita sudah boleh memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dengan menggunakan teknologi…bukan fatwa.

Satu mikrocip untuk mengesan DNA babi telah dicipta oleh Olipro Biotechnology yang boleh digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dalam masa 4 hingga 6 jam.

Kita tak perlu lagi menunggu siasatan, mesyuarat Lembaga Fatwa Kebangsaan dan tak payah tunggu laporan dan fatwa yang dikeluarkan.

Halal atau haram boleh dipastikan dengan alat yang dicipta oleh Diong Sing Peng…bukan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Alfadhil Ustaz…blah…blah..blah.

Nizar vs Zambry: Najib Terkejut Dia Bukan PM Lagi..!!!


Sketsa ini adalah , bagi saya,mungkin cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari itu.-Hanipa Maidin

                                                      Hanipa Maidin

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
Daripada:kopitiam-bang-nan.blogspot.com

Sunday, May 24, 2009

Nizar vs Zambry: 3 'Katak' buat BN dalam dilema di Perak.



Tindakan mengadakan pilihan raya kecil di tiga kawasan ini dikatakan akan dapat melunakkan hati rakyat Perak yang merasakan bahawa mereka mempunyai kata putus dalam hal tersebut selain dapat mengendurkan rasa marah mereka kepada Sultan Azlan Shah yang enggan menerima cadangan Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri Februari lalu.

Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang pemimpin kanan BN telah diberi taklimat mengenai "pilihan terhad" ini tetapi terdapat bangkangan terhadap pilihan ini.


Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap tiga orang 'Adun Lompat' di Perak itu? Persoalan ini didapati semakin hangat dibincang dan diperdebatkan di kalangan pegawai tinggi Umno/BN, di saat peristiwa rampasan kuasa di Perak itu terus menjadi topik utama di media-media utama di Malaysia yang mengaitkannya dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak

Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato' Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.

Akan tetapi sekiranya sentimen rakyat di negeri itu tidak dapat menerimanya meskipun ia telah diputuskan oleh mahkamah, dan sekiranya Sultan Perak mendapat tekanan daripada pembangkang, masyarakat awam serta sivil dan membubarkan dewan undangan negeri, maka karier politik 'Adun Lompat' berkaitan, yakni Hee Yit Fong (Jelapang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) akan segera berakhir.

The Malaysian Insider mendapati, beberapa orang pegawai kanan BN percaya bahawa salah satu cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak ini ialah dengan memujuk tiga orang 'Adun Lompat' ini supaya mengosongkan kerusi mereka dan kemudian mengadakan pilihan raya kecil di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.

Pihak yang menang akan mempunyai majoriti jelas di dalam dewan undangan negeri dan berupaya membentuk kerajaan negeri. Tambahan lagi, tindakan mengadakan pilihan raya kecil di tiga kawasan ini dikatakan akan dapat melunakkan hati rakyat Perak yang merasakan bahawa mereka mempunyai kata putus dalam hal tersebut selain dapat mengendurkan rasa marah mereka kepada Sultan Azlan Shah yang enggan menerima cadangan Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri Februari lalu.

Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang pemimpin kanan BN telah diberi taklimat mengenai "pilihan terhad" ini tetapi terdapat bangkangan terhadap pilihan ini.

Seorang pegawai kanan parti yang terlibat dengan perbincangan tersebut memberitahu The Malaysian Insider: "terdapat pandangan bahawa sekiranya BN mengorbankan ketiga-tiga "Adun Lompat" itu, maka pada masa hadapan tidak akan ada lagi wakil rakyat yang ingin melompat parti dan menyertai BN. Kami yakin kami boleh menang di Changkat Jering dan Behrang kerana majoriti pengundi Melayu bersama kami. Akan tetapi persepsi bahawa kami memaksa tiga "Adun Lompat" itu bersara tidak baik bagi BN."

Tetapi beliau mengakui bahawa jika Sultan mengambil keputusan untuk membubarkan dewan undangan negeri dan meminta diadakan pilihan raya negeri, BN akan menghadapi dilema untuk meletakkan Hee, Osman dan Jamaluddin sebagai calon BN di kawasan terbabit.

Ketiga-tiga "Adun Lompat" ini juga dijangka akan kehilangann sokongan pengundi disebabkan tindakan mereka yang dilihat lebih kepada kepentingan peribadi, bukannya kerana perbezaan ideologi parti.

Meletakkan Osman dan Jamaluddin sebagai calon juga merupakan satu hal yang tidak kena kerana kedua-dua wakil rakyat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Jamaluddin memenangai kerusi Behrang pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 1,027 undi sementara Osman memenangi kerusi Changkat Jering dengan majoriti 1,102 undi.

Namun, untuk menggugurkan ketiga-tiga "Adun Lompat" ini bererti BN menerima pendirian Pakatan Rakyat bahawa tindakan melompat parti merupakan sesuatu yang haram dan menyalahi perlembagaan.

Pegawai kanan parti itu selanjutnya berkata: "berdasarkan apa yang berlaku hari ini, pendirian BN ialah untuk membawa usul undi tidak percaya dalam dewan. Sebarang pilihan raya, sama ada terhad atau sebaliknya akan merumitkan BN."

Dan punca kerumitan itu ialah apakah yang perlu dilakukan kepada tiga orang "Adun Lompat" Hee, Osman dan Jamaluddin itu?
Daripada:www.detikdaily.net

Nizar vs Zambry: Bubar DUN Ikhlas pada kuasa rakyat.


Mengapakah Barisan Nasional dilihat mengelak daripada diadakan semula pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu. Maka tanggapan umum adalah Barisan Nasional bimbang akan kalah. Oleh itu, ia mahu mengelak daripada diadakan pilihan raya negeri.

Sikap takut menghadapi pilihan raya menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas dengan hak dan kuasa rakyat. Bermakna ia tidak mahu menyerahkan kuasa kepada rakyat yang sememangnya menjadi hak.

Maka, sikap ini adalah seolah-olah menunjukkan bahawa Barisan Nasional mahu mentadbir Perak tanpa sokongan rakyat.

Sedangkan katakana Barisan Nasional terus mentadbir Perak tanpa melalui satu lagi pilihan raya negeri, maka ia bermakna parti itu telah mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada DAP, Pas dan Keadilan untuk mentadbir Perak. Walaupun Barisan Nasional boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui pembelotan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hakikatnya ia tidak dapat mandat rakyat.

Namun begitu, kalau difikirkan bahawa pilihan raya negeri baru diadakan lebih setahun lalu, serta dirasakan tidak wajar untuk mengadakannya semula kerana tentunya hasrat rakyat tidak berubah banyak, maka apa yang boleh dilakukan ialah dengan hanya mengadakan tiga pilihan raya kecil DUN di mana wakilnya telah berpaling tadah.

Tentunya ketiga-tiga ADUN itu mengkhianati mandar rakyat yang memilih mereka atas parti-parti masing-masing DAP dan Keadilan. Maka apabila ADUN itu melompat, mereka sudah kehilangan mandat, iaitu dari segi moralnya untuk terus menjadi ADUN. Sebab itulah surat peletakan jawatan yang ditanda tangani sebelum betanding itu wajar dihormati.

Mereka sendiri menandatangani surat itu, iaitu jika mereka melom[pat, maka bermakna mereka meletak jawatan. Surat itu telah dihantar oleh Speaker kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sepatutnya SPR menghormatinya dan membubarkan kerusi ketiga-tiga ADUN itu.

Sememanmgnya ketiga-tiga ADUN itu boleh menarik balik surat itu hingga menyebabkan ia terbatal. Tetapi sebagai ahli politik yang berwibawa dan menghormati kehendak rakyat, sepatutnya mereka akur dengan surat itu dan meletak jawatan. Sama ada rakyat memilih mereka semula atau orang lauin, ia adalah soal lain dan terletak kepada kehendak rakyat itu.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat. Ia mesti sanggup memasuki pilihan raya walaupun kemungkinannya ia kalah. Tetapi sebagai menghormati rakyat, ia patut menyertai pilihan raya kecil itu. Apabila pilihan raya kecil itu dapat diadakan dan rakyat emmbuat penentuan, maka barulah perkara itu dibawa ke Dewan Undangan Negeri untuk melihat pihak mana yang boleh membentuk kerajaan. Iaitu sama ada Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir, atau Barisan Nasional pula mendapat tampuk kuasa di Ipoh .

Sekiranya kedua-dua pihak ikhlas terhadap kuasa rakyat, mereka akan dapat menerima apa jua keputusan. Tetapi masalahnya ADUN yang membelot ini tidak menghormati surat yang mereka tanda tangan ketika hendak bertanding dahulu. Jika mereka berasakan tidak mahu menghormati surat ini, maka mereka tidak patut bertadning atas tiket parti berkenaan, sebaliknya bertaning saja sebagai calon bebas.

Tetapi rupa-rupanya ahli politik ini tidak berwibawa. Bukan salah rakyat mengundi mereka. Juga bukan salah partri politik mereka yang menaruih kepercayaan kepada mereka. Yang salah adalah mereka sendiri. Justeru, mereka wajar dihakimi oleh rakyat. Maka ketiga-tiga mereka inilah yang patut meletak jawatan dan bhukannya Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.

Tetapi undang-undang sudah ditetapkan bahawa mereka tidak perlu meletak jawatan, maka Barisan Nasional pula sewajarnya menghormati rakyat dengan tidak menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat walaupun sudah menjadi minoriti. Tetapi perkara itu tidak berlaku, maka akhirnya krisis politik Perak berlaku hingga menggegarkan institusi Raja Berperlembagaan.

Tetapi krisis politik Perak ini perlu dihentikan segera untuk menghormati rakyat. Hanya ada tiga cara bagi menghormati rakyat secara ihlas. Pertama, tiga pilihan raya kecil di kawasan DUN yang membelot itu. Jikaitu tidak berlaku, maka peringkat ekdua ialah mengadakan pilihan raya negeri Perak. Jika itu jika tidak mahu dilakukan, maka peringkat ketiga, kembali kepada keputusan pilihan raya 8 Mac denagn mengiktiraf kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, walaupun dalam keadaan kerajaan negeri yang tidak menentu, tanggungjawab ADUN, tidak kira sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat mesti terus mengambil perhatian terhadap masalah rakyat. Semuanya sudah mengangkat sumpah memegang amanah, maka ia mesti dipenuhi. Begitu juag dengan ekdua-dua Menteri Besar, Nizar dan Zambery Abdul Kadir, walaupun tidak sah tetapi syudah melafazkan ikrar yang bererti mereka mesti bertanmggungjawab kepada rakyat.

Semua mereka yang memegang jawatabn mesti ikhlas kepada rakyat. Semuanya mempunyai peranan. Bukan saja ahli-ahli politik tetapi perkhismatan awam negeri. Malah Sultan dan Raja Muda juga mempunyai tanggungjawab masing0-masing untuk rakyat dan negeri.

Kesmeuanya perlu sedar bahawa kewujudkan mereka adalah kerana rakyat. Maksudanya orang ranmai yang menjadfi penduduk di negeri perak yang mengharaopkan kehidupan mereka berjalan baik dan terus bertambah baik. Malah dalam sistem persekutuan, pihak di Putrajaya juga bertanggungjawab terhada[ apa yang berlaku di perak juga. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti politikn yang terlibat, baik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur .

Konsep rakyat emsti difahami. Kalau seorang individu tidak diapnggil rakyat. Tetapi secara kolektif, manusia-manusia ini, yang tinggal dan menjadi penduduk Perak merupakan rakyat negeri itu.
Daripada:detikdaily.net

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost