Sunday, October 25, 2009

Saranan EGM Nik Aziz: Semua Pihak Diminta Bertenang :- Nizar lwn Zambry MB Haram

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.

”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan, (Klip Video Didalam)

”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,

”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,

”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.


--http://buletinonline.net/

Cemas Bubar DUN Dan Fiil Buruk Zambry MB Haram :- Nizar vs Najib Altantuya


JIKA Barisan Nasional (BN) merasakan slogan 1Malaysia yang baru diperkenalkan sudah cukup diterima rakyat hingga menyebabkan calon BN di Dun Bagan Pinang menang besar, mengapa agaknya Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berani untuk memenuhi slogan tersebut di Negeri Perak dengan ‘rakyat didahulukan’ – membubarkan Dewan Undangan Negeri?

Sepatutnya, momentum kemenangan di Dun Bagan Pinang yang diuar-uarkan sebagai petanda rakyat sudah benar-benar menerima slogan baru ini, bagi menggantikan slogan sebelumnya Islam Hadhari, sepatutnya permintaan rakyat Negeri Perak supaya pilihan raya diadakan semula bagi memilih kerajaan negeri – tidak patut ditangguhkan.

Najib dan mereka yang merasakan Umno kini sudah semakin pulih, selepas Perhimpunan Agung baru-baru ini tidak perlu gusar untuk berdepan dengan rakyat dan pengundi di Perak.

Sejarah membuktikan Umno akan menjadi berani jika mereka merasakan mereka kuat. Setiap kali pilihan raya umum diadakan, biasanya mereka mempunyai kayu pengukurnya sendiri, ketika situasi membenarkan berbuat demikian.

Dari cakap-cakap (dan laporan media arus perdana), menggambarkan kepimpinan Najib sudah diterima, tidak ada sebab mengapa Najib terpaksa ke Ipoh untuk menerangkan lagi sekali 1Malaysia yang dibawanya sambil memberi amaran kepada pembangkang, jangan menganggu persidangan Dun yang dijadualkan 28 Oktoner ini.

Kerajaan Negeri Perak sekarang ini menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Radio dan blogger menjadi begitu penting di Perak sekarang. Namun, mereka sedar, dari keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, mereka tidak terlawan dengan kemahuan rakyat merubah kerajaan dari diterajui BN kepada di terajui Pakatan Rakyat.

Media arus perdana mengambarkan kononnya Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa diasak dengan serangan pembangkang tetapi hakikatnya, Dr. Zambry tidak mampu berbuat apa-apa di Perak kerana beliau sudah dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Beliau sentiasa di kelilingi budak-budak muda yang kononnya mempunyai idealisma perjuangan murni tetapi tidak realis. Pejabat Menteri Besar masih dikepung kuat oleh mereka hingga orang ramai sukar untuk membuat pertemuan dan urusan.

Mereka tersepit dengan cerita Menteri Besar terdahulu lebih berani, lebih telus dan lebih cepat bertindak tetapi mereka pula masih terikat dengan cerita MB Tajol Rosli, mesti dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Kemudiannya, permohonan dan surat-surat tersebut senyap begitu sahaja – hilang entah ke mana.

Khabarnya Menteri Besar terpaksa menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan keretanya sentiasa diapit dengan sebuah kereta lain yang kononnya mahu menjaga keselamatannya. Di kalangan Adun-Adun Umno yang tidak dilantik menjadi Exco sudah mula bersungut, Dr. Zambry rupa-rupanya hebat berpidato sahaja tetapi dari segi tindakan dan perlaksanaan, tidak mempunyai kemampuan.

Hari ini, Dr. Zambry bukan semakin takut berjumpa orang ramai malahan tugasnya sekarang dilihat lebih banyak menyusun jadual kedatangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Perak bagi membantunya mendapatkan sokongan rakyat kepada dirinya. BN mempunyai jentera besar untuk mengetahui sokongan rakyat kepadanya.

Namun, sehingga kini mereka masih tidak berani membubarkan Dun kerana percaya jika Dun dibubarkan, Dr. Zambry bukan sahaja tidak lagi menjadi Menteri Besar, malahan, kerusi Dunnya di Pangkor pun mungkin menjadi milik orang lain.

Akhbar arus perdana berhempas pulas memberi publisiti kepada Dr. Zambry bagi mengambarkan beliau seorang anak nelayan yang dapat merasakan denyut nadi kesusahan rakyat walaupun kini sudah menjadi Menteri Besar tetapi, rakyat di Perak tidak dapat dipengaruhi dengan cerita ini.

Buatlah tinjauan sendiri kepada orang-orang Umno, siapakah yang dapat membuat temujanji dengan Dr. Zambry. Tiada. Beliau di Pejabat Menteri Besar khabarnnya lebih banyak bersembang isu politik dan propaganda yang mahu dibuat daripada merancang pembangunan Negeri Perak demi kemudahan rakyat.

Ketika Perhimpunan Agung Umno, beliau seboleh-boleh mengelakkan diri dari bertemu ramai orang dengan ‘terkejar-kejar’ untuk menjauhkan diri dari orang ramai khususnya rakyat Negeri Perak bagi mengelak untuk bertentangan mata.

Heboh sekarang, rakyat Perak yang kuat menyokong Umno memperkatakan apakah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu fiil Dr. Zambry ini? Jika tahu mengapakah kepercayaan diberikan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar sedangkan masih ramai orang lain yang dikatakan lebih senior dan lebih layak darinya.

Kata mereka, jika dulu Dato' Seri Tajol Rosli dikatakan tidak suka melayan orang ramai, tetapi Tajol Rosli tidak terkejar-kejar menjauhkan diri dari orang ramai berbanding dengan Dr. Zambry, buat-buat macam sibuk hanya kerana mahu menjauhkan diri dari mereka yang ingin bersalam dan berjumpa dengannya.

Inikah fiil anak nelayan yang cuba digambarkan media massa arus perdana, soal seorang pemerhati politik dari Bukit Gantang.

Ketika Dr. Zambry dilihat berpaut kepada pengaruh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, rekod lama Dr. Zambry sebagai ‘budak Anwar Ibrahim’ juga menyebabkan kesetiaannya kepada Najib dan Muhyiddin disangsikan.

Kata mereka yang mengenali Dr. Zambry, jika Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh dikhianatinya apatah lagi Najib dan Muhyiddin.

Di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka merasakan Dr. Zambry tidak memperdulikan mereka kerana sibuk menjaga Adun-Adun yang sudah tidak lagi menjadi ketua bahagian. Dr. Zambry risau, jika Adun buat perangai, kerajaan negeri boleh tumbang tetapi mengenepikan ketua bahagian, risikonya tidak besar mana.

Jika penyelesaian krisis Umno Bahagian Larut dianggap sebagai ‘kejayaan’ Dr. Zambry, namun beberapa Adun yang tidak menjamah apa-apa habuan dari kerajaan negeri BN sekarang sudah mula merasakan Dr. Zambry mempunyai kroninya sendiri untuk dilantik menjadi pengerusi-pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Walaupun mereka mungkin tidak sampai melompat meninggalkan Umno tetapi mereka mengharapkan Dr. Zambry tidak terus dikekalkan sebagai Menteri Besar kerana sikapnya yang ‘suka mengelak’ daripada berdepan dengan masalah.

Blogger yang pro Umno di Perak khabarnya hidup mewah sekarang kerana mereka dibayar untuk menulis perkara-perkara baik mengenai BN dan menyerang dengan memaki hamun PAS, PKR dan DAP – untuk ditunjukkan kepada Dr. Zambry dan dibayar semua tulisannya itu.

Samada tulisan-tulisan itu berkesan atau pun tidak, ia tidak penting kerana semua mereka yang berada di dalam kerajaan negeri mahukan ‘cerita-cerita muluk’ untuk mereka menyedapkan hati masing-masing.

Jika mereka bertahan dengan kerajaan yang ada, tanpa memperdulikan kehendak rakyat supaya pilihan raya Dun diadakan semula, PRU 13 akan menjawab segala-galanya. Semua petunjuk yang ada membolehkan MB, Exco dan wakil-wakil-wakil rakyat yang dilantik memegang jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, mengemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang.

Mereka semuanya sedar, mereka di situ kerana ada tangan ghaib bersama-sama mereka tetapi jika kedaulatan suara rakyat dijadikan mahkamah, mereka sudah lama gulung tikar untuk berpindah!

Krisis Umno di bahagian-bahagian tidak langsung dapat diselesaikan walaupun di Larut baru-baru ini, mereka bergambar beramai-ramai bagi menunjukkan kepada orang ramai, mereka sudah Berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda. Hakikatnya… semua orang tahu, ia adalah luaran sahaja.

--detikdaily

Saturday, October 24, 2009

"Pengidam" UMNO Dalam Kepimpinan PAS ? :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh: Nash Ar-Rawy

Pengidam Umno ini ada di mana mana, baik di dalam PAS maupun PKR. Dalam PKR , siapa sangka pejuang anti rasuah antara yang terhebat dan berani ; iaitu , Ezam masuk Umno. Dalam sejarah perjuangan PAS , Presiden PAS yang pertama , Ustaz Fuad bisa masuk Umno dan kemudian Dato Asri juga pernah menjadi Presiden menjejaki Ustaz Fuad masuk Umno. Dato’ Muhammad Nasir, bekas MB Kelantan keluar PAS , buka Berjasa ; masuk UBN juga akhirnya. Naib Prersiden PAS , pengarah kitab usrah PAS akhirnya mengusrahkan diri masuk Umno dan di petisejukkan , dipusatkan di Pusat Islam. Bahkan PAS satu jemaah pernah masuk BN dan akhirnya di tendang keluar BN setelah melepaskan ‘anjing tersepit’.Bukankah PAS pernah menjadi talian hayat bagi UBN ? Sebagaimana Anwar pernah memberikan nafas baharu kepada Umno apabila keluar Abim masuk Umno dan mengkantoikan PAS?

Ini semua adalah pengajaran dan i’tibar yang paling pahit dan pengalaman getir dan ‘Gerhana Bulan” yang paling dahsyat pernah dialami oleh perjuangan PAS.

PAS juga pernah

melupakan permasalahan dengan pemimpin Umno dan bekerjasama dengan Semangat 46’ yang akhirnya dikhianati apabila Ku Li dan Rais Yatim masuk Umno. Anuar pun pernah diidami semula Umno untuk menyambung talian hajatnya yang di penghujung sekarang ini . Sehingga terpaksa ambil slogon yahudi : One Malaysia ( One Israel ), Umno For All ( ciplak “PAS for all ) dan keadilan ( ciplak “Justice for all dari DAP dan Keadilan dari PKR.

Kesemua tahalluf as-siayasi dalam politik PAS ini, membuktikan bahawa PAS ini terbuka tetapi berpendirian yakni, tiada berlaku ‘derailment” daripada perjuangan asalnya yang di pantau dan pandu oleh Dewan Ulamaknya dan sekarang ini oleh Badan Tertingg di dalam PAS , iaitu, Majlis Syura Ulamak untuk memastikan perjalanan PAS tidak terkeluar daripada landasan kitabullah dan assunnah, kias, ijmak dan sirah rasulillahu. Pendekatan yang terkini sudah disepakati sesuai dengan iklim dan waqi’( realitas ) siasah sekarang ; iaitu bersama dengan Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk tumbangkan UBN ‘insya Allahu sebagai “ Government in waiting” dan Pakatan sebagai satu-satunya PAKATAN PILIHAN RAKYAT sebagaimana penegasan Presidennya DS Hadi Awang.

Penegasan demi penegasan juga pernah di wawarkan di Muktamar PAS di Ipoh , iaitu, Perkukuhkan Pakatan dan kenyataan TGNA dalam Harakah bahawa .” selagi beliau hidup , beliau akan pastikan PAS tidak masuk semula UBN ( kerna terasa sangat PAS di tendang keluar setelah Umno merasa kuat dan PAS tinggal satu kerusi sahaja di Parlimen) Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali juga pernah membuat kenyataan Akbar bahawa isu UG dan PAS masuk UBN sekarang selesai dan tertutup sepenuhnya .Yakni, tiada timbul lagi perkara tersebut. Diperkukuhkan lagi dengan tanda tangan tiga pemimpin utama parti; iaitu , Anuar, Hadi dan Kit Siang ; penegasan mengukuhkan PAKATAN PILIHAN RAKYAT( PPR) untuk menumbangkan UBN pada PRU 13 .insyaAllahu.

Gabungan parti dalam Pakatan Pilihan Rakyat ( PPR) iatu , PAS , PKR dan DAP , dijangka pendaftarannya pada penghujung tahun ini dan penubuhan Dewan ( sayap) baru PAS untuk KPP (Kelab Penyokong PAS ) yang berjumlah 5,000 ahli ketika ini sangat memberangsangkan momentum sokongan massa pada PAS dan PPR( Pakatan Pilihan Rakyat) tanpa mengira bangsa dan agama

Namun demikian, pengidam –pengidam PAS ini masih tidak kecewa dan terus mengintai jika ada peluang dan ruang di dalam kepimpinan PAS itu sendiri untuk kembali ke pankuannya selaku ‘janda’ nya;diminati dan ‘diterima semula’ Apakah akan ada lagi zat-zat mereka yang keluar PAS dan masuk Umno atau masuk UBN ini dalam kepemimpinan PAS dewasa ini.? Apakah kesemua saf kepemimpinan sedar dan insaf serta mengambil iktibar perlakuan-perlakuan lalu oleh bekas-bekas pemimpinn-pemimpinnya sehingg berlaku ‘Anti-Clockwise” memontem perubahan massa dan “ Kegerhanaan Semula “ PAS; sebagaimana yang digusari TGNA. Manusia bisa berubah kerna manusia itu tidak sempurna dan bisa melakukan kesilapan dalam kehidupannya.

Sungguhpun zat-zat tersebut sudah tiada lagi dalam PAS . Tetapi , jangan lupa sifat-sifat yang bersekongkol dengan zat-zat tersebut tetap ada sepanjang zaman dan sepanjang perjuangan sehinggalah hari akhirat . Siapakah zat-zat yang di cari-cari sifat ‘Melompat” itu ? Apakah memang ada dan cuba menyembunyikan diri selaku pengidam-pengidam Umno atau UBN; yang tahan-diri dulu seberapa boleh untuk masuk Umno atau merancang dalam diam untuk bawa PAS ke dalam UBN semula?

Justeru itu , telahan Prof. Aziz mengenai adanya pemimpin dalam kepemimpinan tertinggi PAS yang cenderung kepada Umno atau UBN tiada bisa dipandang enteng dan tiada bisa dianggap sebagai cetusan kutipan jalanan ;sekalipun beliau adalah seorang akademis bukan orang yang berada di medan perjuangan . Bahkan ‘post-mortem’ sifat yang tercari-cari zat –zat dalam saf pemimpin PAS Pusat ; yang kepingin ‘Melompot”dan MENGIDAM Umno seperti pemimpin PAS pelompat yang terdahulu itu perlulah di tangani dengan cermat dan bijaksana oleh PAS. Sebagai persediaan yang lebih utuh dan mantap ; memberikan keyakinan yang jitu dan utuh kepada massa , tanpa sebarang keraguan lagi ; termasuk dari kalangan rakan seperjuangannya ; PKR dan DAP.

Ini penting untuk mendapatkan kepercayaan semula rakyat setelah kantoi di Bagan Pinang. Tumpuan utama PAS/PAKATAN kali ini ialah untuk memerintah Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri pada PRU 13.

Untuk itu TGNA selaku Ketua Majlis Syura Ulamak , Badan Tertinggi dalam PAS tiada perlulah memanggil AGM untuk menyelesai polimik UG dan kemelut pengidaman masuk Umno atau UBN dari kalangan saf pimpinan PAS; jika benar-benar ada zat-zat tersebut yang telah pun menemui sifat yang memburu ‘mangsanya’ itu . Bukankah Badan Tertinggi PAS ini yang berotoriti menentukan dasar, hala-tuju dan ‘approach” PAS selama ini yang dipertanggungjawapkan kepada Mursyidul Amnya. Justeru untuk, wajarlah kesemua anggotanya di panggil berserta dengan zat-zat yang dipertuduhkan itu secara terbuka untuk membela diri dan membersihkan segala fitnahnya demi untuk memperkasakan jemaah dan tidak menghampakan para pejuang ‘parti workers’ (amilin) yang 100 persen memang IKLAS dalam perjuangan , tetapi “Pemimpin” bagaimanai? Jangan pisang bebuah dua kali dan tiada selayaknya orang mukmin dipatuk ular dua kali dalam satu lubang yang sama(UBN) ; maksud hadis.

Kenyataan akhbar hendaklah dibuat oleh Mursyidul Am ; yakni penegasan muktamad yang diambil oleh mesyuawarah Majlis Syura Ulamak membersihkan telahan sekaligus menangani secara tepat dan tegas akan pertuduhan dan telahan Prof . Aziz itu ; kerana ketulusan beliau itu sebenarnya untuk kebaikan PAS . Justeru, cuma ada tiga(3) tahun lagi untuk PAS melakukan lonjakan paradigma yang bisa disertai massa yang sudah muak dengan gelagat ketidakisiqamahan beberapa pemimpin PAS; jika sudah ada sifat yang sudah bertemu zat-zat tersebut.

Akhir kalam; jangan ‘Policy Statement” mendahalui Mursyidul Am dan hormatilah Majlis Syura Ulamak Gerakan Islam PAS ; selaku penentu dasar PAS . Walaupun tiada pemimpin yang sempurna dan pemimpin pergi dan datang, Akan tetapi, biarlah Badan yang tertinggi di dalam PAS itu berfungsi dengan sempurna dan selayaknya secara prinsip berjemaah yang bisa koreksi diri , tanpa malu mengakui kesilapan atau keterlanjuran kerna tiada manusia yang ‘perfect’ agar PAS bisa menjadi contoh Gerakan Islam sedunia dan memerintah Malaysia bersama PAKATAN PILIHAN RAKYAT(PPR) insyaAllahu .

Justeru itu , penegasan dari Mursyidul Am itu nanti setelah kemelut tersebut selesai dan Sidang Akbar mengenainya sangatlah diharap isu ini selesai ‘for good and final “ insyaAllahu ALLAH HU AKBAR!

--perakexpress

Krisis Perak: Samseng Diupah Kawal Sidang DUN Perak? :- Nizar vs Najib Altantuya


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

--malaysiakini

EGM PAS: Peringatan Kepada Blogger Yang Pro Pakatan Rakyat... :- Nzar vs Najib Altantuya

Diharapkan kepada blogger-blogger yang menyokong Pakatan Rakyat agar tidak membuat pelbagai spekulasi dengan apa yang berlaku sekarang mengenai teguran Tok Guru Mursyidul Am kepada beberapa pimpinan PAS dalam sehari dua ini.

Janganlah kita menjadi penambah perisa dengan apa yang berlaku sebaliknya mencari jalan atau berdiam diri sehingga keputusan yang sebenar benar-benar telah dibuat.

Cukup-cukuplah untuk seketika ini.... Kita tunggu saja apakah keputusan yang akan diambil oleh mereka yang terlibat terutama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.


nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost