Sunday, January 31, 2010

Royalti Minyak Kelantan: Beranikah Najib Pecat Ku LI ???


Laporan malaysiakini menyebut Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.

“Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.

“Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam mana pun kita akan bincang perkara ini,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga presiden BN menjelaskan, keputusan untuk memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat berdasarkan tanggungjawabnya sebagai kerajaan.

“Apa yang berhubung dengan rakyat kelantan, kita akan bagi. Kita tak lari daripada tanggungjawab kita. Tapi kita mesti buat apa-apa berdasarkan perlembagaan,” katanya. -DetikDaily

Saturday, January 30, 2010

Hanya Anwar Mampu Seret Najib Ke Mahkamah!!!


PERBICARAAN kes liwat DS Anwar akan bermula tidak beberapa lama lagi. Peluang untuk rakyat menyaksikan semula ulangan drama tahun 1998 meskipun mempunyai beberapa pelakon baru dan ada juga beberapa pelakon lama yang dikekalkan. Plot ceritanya tidak berubah di mana DS Anwar dituduh sebagai peliwat.

Jika dahulu DS Anwar dituduh meliwat seorang tua iaitu Munawar Anis dan seorang yang pertengahan umur iaitu Azizan Abu Bakar dan pemuda bernama Sukma. Maka, drama ketika itu bermula dengan episod mengusung tilam tanpa cadar yang mempunyai tompokan air mani merata-rata. Pengusungan tilam di waktu itu membawa kepada terkenalnya Musa Hassan iaitu KPN ketika ini. Episod yang lepas amat menarik sekali dengan kita menyaksikan tarikh kejadian liwat dipinda berkali-kali agar dilihat lebih realistik. Kita tertawa beramai-ramai dengan episod itu.

Episod juga menggambarkan bagaimana DS Anwar cuba mengheret Tun Mahathir yang ketika itu sebagai PM ke mahkamah untuk memberikan keterangannya. Mengapa Tun Mahathir dipanggil? Ini adalah kerana Tun Mahathir hampir setiap hari siang dan malam melalui media menyebut bahawa beliau percaya dan yakin bahawa DS Anwar melakukan perbuatan liwat kerana mangsa pernah menceritakan kepadanya sendiri. Tetapi apabila Tun Mahathir dipanggil ke mahkamah, beliau minta diberi apakah soalan yang hendak ditanyakan kepadanya. Itu lah rupanya Tun Mahathir yang kununnya dianggap Wira Dunia Ketiga ketika itu. Berani berdepan dengan TV dan wartawan tetapi menikus untuk tampil di mahkamah.

Saya percaya, episod kali ini tidak banyak bezanya. Najib mulanya menyebut tidak mengenali Saiful, kemudiannya mengaku pula pernah berjumpa Saiful kerana Saiful ingin memohon biasiswa. Selepas itu, Najib berkata Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu tentang `masalah' dirinya yang diliwat oleh DS Anwar. Mana satu yang benar wahai Najib? Salah skripkah drama kali ini?

DS Anwar baru-baru ini di dalam ceramahnya berjanji akan memanggil Najib dan Rosmah ke Mahkamah untuk memberikan keterangannya. Adakah Najib lebih jantan dari Tun Mahathir? Kita akan lihat episod ini nanti. Hakim yang sinonim dengan perkataan `Tidak Releven' iaitu Augustine Paul kini telah tiada di muka bumi ini. Mati itu sememangnya `releven' buat semua makhluk dan Augustine Paul telah pun buktikannya. `Releven' nya mati buat kita semua juga telah dibuktikan oleh Peguam Negara ketika itu iaitu Mokhtar Abdullah. (di mana Zahid Md Arip yang kini ahli Umno sering menggelarkannya sebagai `Mokhtar Dugong', mudah-mudahan Zahid Md Arip sempat mohon maaf pada arwah atau warisnya). Tidak releven menjadi `releven' bila setiap manusia itu mati. Mati itu adalah lebih dari releven. Begitu juga pencetus fitnah ke atas DS Anwar iaitu penulis buku `50 dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' iaitu Khalid Jaffri juga telah menemui Rabbul Jalil. Di alam sana, beliau pula akan melihat buku catatan oleh Malaikat yang sentiasa mencatat tingkah laku beliau sewaktu beliau masih bernyawa.

Kembali kepada persoalan tadi, adakah Najib akan hadir bersama Rosmah ke mahkamah untuk membantu mahkamah di dalam kes kali ini? Berat untuk saya percaya Najib dan Rosmah mempunyai ketahanan mental dan keberanian untuk hadir. Untuk berdepan dengan DS Anwar di Parlimen pun terlalu kecut perut dibuatnya. Seandainya beliau hadir, peluang untuk kita melihat Karpal Singh menguji kebijaksanaan Najib dan Rosmah akan tercapai.

Bagaimana dengan Si Saiful? Belum apa-apa lagi sudah memohon minta bantuan dari mereka-mereka yang percaya kepada ceritanya diliwat itu. Saiful mohon beri tunjuk ajar atau tips bagaimana untuk berdepan dengan peguambela di mahkamah nanti. Di mahkamah nanti, bersumpah lah kamu berjuta kali, kucuplah Al-Quran itu berjuta kali, tetapi jika kamu tidak berupaya membuktikan tuduhan kamu, maka hancurlah kamu. Bukti kes rogol dan liwat adalah kesan fizikal kerana ini bukan kes cabul. Bukti DNA ? Mampukah DNA membuktikan liwat berlaku tanpa ada kesan fizikal? Biar pakar yang berhujah tentang ini.

Kepada kita semua, marilah kita terus memberikan sokongan buat DS Anwar. Cukuplah sekali DS Anwar terpenjara dan kali ini DS Anwar harus berhati-hati. Ada yang berkata DS Anwar takut untuk berdean dengan mahkamah. Jika benar sekali pun, memang wajar DS Anwar takut berdepan dengan mahkamah kerana beliau tahu apakah jenis mahkamah di negara ini. Jika tidak, masakan kerajaan PR tumbang di Perak.

Oleh WFauzdin

Friday, January 29, 2010

Harap Najib Tak Sembahyang Di Batu Caves Masa Thaipusam


Jurucakap dari Pejabat Perdana Menteri, mengesahkan bahawa Najib akan turun ke Batu Caves pada hari Sabtu ini untuk membuat lawatan rasmi sempena sambutan Thaipusam yang diraikan oleh masyarakat Hindu dinegara ini.

Lawatan ini jelas merupakan satu strategi Najib bagi meraih kembali sokongan kaum India yang sebelum ini pernah berhimpun ditempat yang sama dibawah kelolaan Hindraf bagi menuntut hak mereka.

Strategi politik atas nama ‘Satu Malaysia’ merupakan projek terbaru Najib untuk memulihkan imej BN. Saya yakin bahawa beliau juga pasti akan membuat janji-janji manis untuk masyarakat India ketika lawatan itu nanti.

Itu adalah hak beliau, tetapi jika mahu berkempen atas nama BN maka beliau kena turun dengan jentera BN bukan jentera Kerajaan. Kebelakangan ini Najib telah mempergunakan sepenuhnya jentera Kerajaan dan dana rakyat untuk membuat lawatan politik yang agendanya jelas untuk memulihkan imej BN dan memfitnah Pakatan.

Najib begitu serius untuk mengerakkan Kempen ‘Juara Rakyat’nya, tetapi saya yakin tidak semua rakyat akan terpengaruh. Walaubagaimana pun Pakatan tidak boleh tengok sahaja, gerak kerja untuk mempopularkan Pakatan juga perlu agreasif dilakukan.

Dalam lawatan Sabtu ini juga saya berharap agar Najib tidak bersembahyang atau mengikuti upacara keagamaan di Batu Caves. Hatta kalau Najib solat Zohor disitu pun akan jadi isu. Saya yakin Najib tidak akan berbuat begitu.

Tapi yang pasti lawatan Najib ini juga boleh menimbulkan kesangsian kerana ia dilakukan pada hari kaum Hindu meraikan pesta keagamaan mereka. Sebagai seorang Islam, Najib tidak wajar berada disana, apalagi jika niatnya adalah atas sebab Politik. Orang Melayu kata “tidak Manis” dan “tidak kena pada masanya”.

Kalau pergi waktu lain tidak mengapa kalau niatnya untuk melawat rakyat, tapi kalau masa-masa mereka tengah mengerjakan program agama Hindu, pasti akan timbul kekeliruan.

Tidak mustahil rakyat asing akan berfikir bahawa Perdana Menteri Malaysia mengamalkan pelbagai Agama. Sebelum ini dilihat Solat Hari Raya di Masjid Negara, kemudian Umrah di Mekah, Kemudian kalung bunga dan tunduk hormat di tugu negara, sekarang Pesta Thaipusam pula.

Mungkin kita orang Malaysia akan faham bahawa dia pergi atas sebab politik bukan pasal agama, tapi bila gambar sudah diambil dan disebarkan, macam-macam tafsiran lain akan timbul….fikir-fikirkan…

Oleh HermanSamsudeen@TKO

Wednesday, January 27, 2010

Krisis MB Perak: Nizar Usah Bermimpi Jadi MB!!!


Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana ui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.-DetikDaily

Oleh Angkasanuri

Tuesday, January 26, 2010

Pilihan Raya Umum Sarawak Semakin Hampir!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, meskipun mandat memerintah kerajaan negeri hanya berakhir Jun 2011 namun berdasarkan pengalaman SPR, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.

“Pilihan raya negeri Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.

“Sebenarnya selain Ketua Menteri Sarawak, SPR juga menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain membincangkan pelbagai aspek dan isu berkaitan pilihan raya.

“Dan ketika bertemu dengan Tan Sri (Abdul Taib), saya menyatakan supaya dapat memberi kami notis yang cukup (sebelum pembubaran DUN) untuk menyediakan kelengkapan menghadapi pilihan raya,” katanya.

Abd. Aziz berkata, beliau juga telah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Sarawak membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Antaranya, kata beliau, SPR negeri diminta menyediakan bajet pilihan raya yang cukup selain menentukan keperluan logistik yang tepat bagi mengelakkan kerumitan yang mungkin timbul.

“Demikian juga dari aspek kos pengangkutan termasuk kadar sewa perahu, helikopter dan jenis pengangkutan laut, sungai dan udara yang lain.

“Kami juga meminta supaya dikenal pasti syarikat-syarikat sewa yang sesuai untuk keperluan ini. Ini semua bagi mengelakkan pegawai SPR ‘terperangkap’ apabila keputusan pembubaran DUN dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.-SabahDaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost