Sunday, November 2, 2008

PKR Sarawak dan kualiti kepimpinannya


      Parti Keadilan Rakyat Sarawak nampaknya masih belum bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan dijangka diadakan dalam tempuh kurang 2 tahun dari sekarang.Padungan, seperti yang di ketahui umum, satu kawasan DUN yang dikuasai oleh PKR.Pengerusinya YB Dominic Ng adalah pemegang kerusi tunggal kerusi DUN Sarawak.Tapi malangnya beliau, seperti yang dimaklumkan kini hanya bergantung kepada pengundi/penyokong DAP untuk mempertahankan kerusi itu.Dominic dikatakan lebih popular dikalangan penyokong melayu PKR.Malah ada cakap-cakap politik mengatakan Dominic mungkin lebih mudah untuk memenangi kerusi dikawasan bermajoriti melayu.Dikawasan majoriti cina,pengundi-pengundi lebih mempercayai apa yang diperjuangkan oleh DAP.Ini kerana PKR khususnya di Sarawak kurang memainkan peranan untuk membela rakyat terutama golongan bawahan.
       Selain Dominic,pimpinan PKR Sarawak terdiri daripada bekas-bekas ADUN yang kurang popular.Malah dikalangan pemimpin pemuda, ada diantara mereka yang tidak diketahui taraf pendidikan mereka.Semua ini mengundang persepsi buruk dikalangan penyokong parti.Kualiti adalah elemen penting untuk menarik sokongan rakyat yang mengharapkan pemimpin yang mereka pilih boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin!!!.Semasa PRU12 lalu, satu kawasan Parlimen di Kuching(kaw. melayu), calon PKR yang diberi kepercayaan bertanding disitu langsung tidak memiliki kualiti yang diharapkan dan tiada pengalaman dalam kepimpinan.Cuba bayangkan betapa sukarnya kami berkempen untuk menarik sokongan menerusi calon ini.Bahkan kami diketawakan kerana menjaja calon yang hanya berpengalaman sebagai penjaja dikaki lima .Bukannya untuk menghina penjaja kaki lima tapi untuk memilih Ahli Parlimen, calon seperti itu memang tidak diperlukan.PKR Sarawak sepatutnya sudah mulai mendekati golongan profesional untuk meraih sokongan mereka agar tidak ketandusan calon untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.Janganlah hanya berkempen kepada mereka yang sudah dipastikan penyokong parti. 

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost