Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.

        Hanya beberapa jam sahaja lagi detik kelahiran anak bulan baru bulan Muharram akan menjelma. Bulan Muharram adalah permulaan kepada tahun baru dalam kalendar Islam. Bermula waktu maghrib hari ini, maka tahun baru 1430 Hijrah bakal menyusur tiba dan tahun 1429 Hijrah bakal menyinsing pergi dan takkan kembali lagi.Permulaan tahun baru 1430 bakal memberikan kita harapan baru, kehidupan baru, azam baru dengan semangat yang baru. Namun semua itu adalah sambungan siri kehidupan kita daripada masa lepas. Satu hari yang telah lepas bererti satu bahagian dari hidup kita juga telah berlalu. Kesilapan-kesilapan yang lalu tidak harus diulangi, oleh itu sama-samalah kita memuhasabah diri kita sendiri.
       Masa terus berlalu. Ada tika mimpi jadi nyata, ada waktu impian jadi debu. Namun itulah hakikat kehidupan. Tak semua yang dihajati mampu dimiliki. Malah mungkin yang tak disukai itulah yang terbaik sebenarnya.Sebagai muslim, seharusnya kita lepaskan semalam dengan penuh rasa keinsafan di dada, dan kita mulakan lembaran baru dengan azam sebaik cara.
         Seharusnya kita akhiri tahun 1429H dengan doa, memohon agar segala dosa dan kesilapan kita di tahun lepas akan diampunkan Allah. Dan kita mulakan 1430H juga dengan doa, meminta agar hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan kita untuk tahun seterusnya.
        Salam Maal Hijrah dari saya untuk semua. Assalamualaikum.
        Dan selamat menyambut tahun baru masihi 2009.
     

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost