Saturday, January 10, 2009

Isu PPSMI - Kerajaan BN pekak

       Betul hujah bahawa B.I patut diajar lebih masa dan banyak lagi. Tetapi nanti pelajar kita hanya pandai berbahasa English je. Cakap bagus dan mahir macam Mahathir Lokman, faizal tahir (M.Idol) itu pun mahir berbahasa B.I dan ramai lagilah. Matlamat kita masa akan datang nak cari pakar teknologi.Belajar Bahasa Inggeris dan belajar teori Math dan Science dalam bahasa B.I suatu nilai yang cukup-cukup berbeza. Kepada yang masih lagi tak percaya cubalah buka kitab-kitab/buku-buku science teknologi dalam B.I dan bandingkan ungkapannya dengan Bahasa B.I yang biasa diguna masa belajar. Aku percaya ramai yang terkejut beruk termasuk lah orang yang mahir dalam B.I tadi seperti Faizal tahir,Mahathir Lokman dan lain-lain yang bagus itu.

       B.I yang aku belajar masa sekolah dulu, sekarang aku tiada masalah sangat. Ini kerana aku dah biasa baca majalah dan akhbar dalam B.I. Boleh lah faham sikit-sikit.Tetapi aku ada masalah bila baca buku Sofware,Teori Ekonomi dan sebagainya. Banyak sangat ungkapan pelik-pelik. Aku rasa Mahathir Lokman yang bagus B.I nya pun terpaksa rujuk kepada pakar I.T lain kalo nak pandai.Kalau kita ada profesor bahasa B.I dan mintak dia terjemahkan kitab-kitab Ilmuan math & Science dahulu kala dan teori-teori teknologi AS/China/Eropah/Jepun kelam kabut gak dia. Sekarang ini pun masih susah nak jumpa bahan-bahan ini. Siapa nak dipertanggungjawab untuk teroka? Sebab itu kita masih tak dapat lahirkan ramai pakar teknologi. Pakar bahasa dan budaya aku percaya ramai. Lagi satu pakar porak poranda.


      Cuba masing-masing buka minda dan faham visi - Belajar Math dan Science untuk teknologi akan datang. Bukan untuk jadi pakar berbahasa B.I. Nak jadi pakar berbahasa boleh lah belajar Teori B.I banyak-banyak dan berjam-jam.Bila dah pandai berbahasa tengok pulak pada takdir dan rezeki masing-masing sama ada jadi penterjemah ke, jadi pensyarah ke, jadi penyanyi ke, pembaca berita antarabangsa ke, jadi macam-macamlah yang telah ada seperti sekarang dan berjaya mengikut kemampuan dan kemahiran English masing-masing.Tetapi mana dia pakar nuklear, mana dia pakar membina pesawat, kereta kebal, kereta solar dan macam-macam lagi yang canggih. Susah nak jumpa kalau ada seorang dua, yang lain Import. Kita ada pakar buat body kenderaan, tapi tiada pakar buat enjin dan komponen kenderaan. Minyak kenderaan pun harapkan pakar-pakar teknologi luar juga, yang kita ada sekarang setakat carigali je. Tetapi itu pun tak ramai.

      Siapa yang kita nak harapkan?? Siapa lagi anak, cucu, cicit kitalah yang akan datang.Aku pun sebenarnya bimbang dengan anak aku sendiri boleh ke dia dengan format tu. Doa, tawakal dan usaha sajalah yang boleh. Harapan sahaja yang ada, masa depan siapa yang tahu kecuali Allah jua yang menentukannya. Bahasa Melayu aku boleh ajar dan dia boleh belajar sendiri, B.I ada banyak medium dia nak belajar dan mahir. Math dan Sains dalam Bahasa melayu senang nak faham kalau dah pandai bahasa Melayu (kecuali budak tak reti bahasa macam aku dulu). Tetapi teknologi math & Science dalam bahasa B.I tak de siapa nak ajar kecuali ikut modul sekarang & masa akan datang. Aku pun tak reti nak bagi faham kat anak Math dan Science dalam B.I. Jadi eloklah diaorang ikut cikgu-cikgu yang sudi nak ajar tu.

       Aku perhatikan sekarang ramai anak-anak orang bandar hantar anak Tadika ke Q-dees la, Smart reader laa dan lain-lain kerana modul dia bagus dan cakap 'omputih' je..tapi aku tak mampu cuma boleh hantar kat KEMAS je. Jadi lambat sikit nak pandai B.I anak aku. Risau juga aku dibuatnya. Apa kata pulak KEMAS pun speaking Engglish setiap masa. Lagi ramailah orang yang mengamuk. Haa..haaa..boleh diperdebatkan ke??
Ooo satu lagi, guru-guru Bahasa Inggeris diberi elaun 10% apa kena mengena pula? Sedangkan itu adalah tanggongjawab mereka untuk mengajar subjek BI.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost