Monday, May 25, 2009

Nizar vs Zambry: Khairy Jamaluddin, Arnold Schwarzenegger & Hikayat Katak

Menurut Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia (dalam blognya) - oleh kerana hakikatnya lompat parti adalah halal di sisi undang-undang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di banyak negara demokrasi berperwakilan di seluruh dunia dan bahawa banyak kerajaan telah tumbang di negara lain tanpa pilihan raya di adakan semula – maka tindakan yang dilakukan oleh tiga orang bekas Adun Pakatan Rakyat yang meninggalkan parti mereka masing-masing untuk menjadi Wakil Rakyat bebas adalah juga boleh dipertahankan

Bagi memperkukuhkan hujahnya dalam mempertahankan tindakan Presiden UMNO-merangkap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengambil kesempatan dari tindakan tiga Adun berkenaan untuk merampas kuasa kerajaan negeri Perak (kini dilihat oleh dunia sebagai terkeluar dari sekadar-kadar kehalalannya dari segi undang-undang dan dianggap oleh rakyat Malaysia yang lebih bijak dan berpendirian sebagai tindakan paling tidak bermaruah), Khairy telah mengambil contoh tentang tindakan seorang anggota Senate Amerika Syarikat
Menurut Khairy (terjemahan): Hanya bulan lalu Senator Arler Specter meninggalkan Parti Republikan untuk menyertai Parti Demokrat, dan demikian menyebabkan Parti Demokrat memiliki 60 kerusi dan menikmati kedudukan ‘supermajority’ dalam Dewan Senat Amerika Syarikat, kerana 60 undi diperlukan bagi meluluskan undang-undang dalam dewan berkenaan. Pada tahun 2001, anggota Senat Parti Republikan Jim Jeffords mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Bebas dan sekaligus memberikan Parti Demokrat majority mudah – satu kes yang banyak persamaan di pelbagai peringkat dalam situasi Perak.

Sementara kisah mengenai tindakan dua orang anggota Senat Amerika itu benar, tetapi Khairy tidak pula menjelaskan apakah yang mendorong mereka berbuat demikian. Dalam pada itu Khairy juga memberikan gambaran yang tidak tepat tentang sistem Dewan Senat Amerika Syarikat bagi menampakkan kewajarannya tindakan kerajaan UMNO-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tidak dihuraikan juga, walaupun secara ringkas ialah hakikat bahawa tindakan Arler yang beberapa kali bertukar parti - menanggotai Parti Demokrat di zaman remajanya dan kemudian menyertai pula Repulikan pada 1966 sebelum kembali menganggotai Demokrat bulan lalu – tidak ada kena mengena dengan sebarang habuan atau pujukan.
Bahkan sewaktu menjadi anggota sesuatu parti, Arler kerap mengundi usul yang dibentangkan oleh parti lawan demi demi kepentingan negara dan rakyat dan bukannya kepentingan peribadi dan parti.

Hal ini adalah sesuatu yang amat kerap dan biasa berlaku di Dewan Senat Amerika Syarikat. Amalan demokrasi di negara tersebut tidak sama dengan apa yang dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO-BN sebagai “demokrasi terpimpin” kerana keanggotaan parti dalam Dewan Senat tidak bermakna apa-apa kepada cara anggota dewan berkenaan mengundi sesuatu usul.

Tidak seperti Ahli Parlimen dan anggota Dun Malaysia, Senator dan Ahli Kongres Amerika Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk pengundi kerana parti. Sejarah politik Malaysia menunjukkan amat jarang parti pembangkang menyokong dan mengundi usul yang dibentangkan oleh parti kerajaan kecuali dalam keadaan yang betul-betul terkecuali seperti pindaan Perlembagaan menghadkan imuniti Raja-Raja dan sebagainya.
Untuk menunjukkan bahawa kononnya strategi Najib dalam merampas kuasa kerajaan Perak menerusi perbuatan lompat parti/menjadi calon bebas oleh tiga bekas Adun Pakatan Rakyat itu berkredibiliti, Khairy hanya menyebut tentang tentang tindakan Arler menukar partinya tanpa menyebut sebab dan amalan demokrasi Amerika Syarikat.
Juga tidak dinyatakan oleh Khairy, sama ada kerana tidak tahu atau ia akan hanya mencederakan lagi imej Najib, UMNO dan BN yang sudah begitu terpalit dengan segala macam cemuhan rakyat ialah bahawa misalnya dua orang Senator Republikan, Senator Olympia J. Snowe dan Senator Susan Collins dari Maine lebih banyak mengundi usul yang dibentangkan oleh Demokrat berbanding Republikan.
Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh akhkbar Kongress, Hill), menunjukkan Senator Edward Kennedy (adik John F Kennedy) adalah anggota Demokrat yang paling banyak terlibat dalam politik bipartisan dalam mengundi untuk partinya dan juga parti Republikan.
Menulis mengenai Senator Edward Kennedy untuk majalah Time, edisi khas (11 Mei 2009) mengenai 100 tokoh paling berpengaruh di dunia, Gabenor Carlifonia Arnold Swarzenneger (dari parti Republican) menyebut: “Sementara bukanlah setiap isu politik dia dan saya bersetuju, namun saya sentiasa mengkagumi kemampuannya untuk mengutarakan pandangan politiknya merentasi batas perbezaan politik terhadap perkara seperti imigresen, kesihatan, hal sivil, pendidikan dan alam sekitar.”

Sebenarnya ramai lagi dalam sejarah Dewan Senat yang mengundi untuk parti lawan atau bertukar parti disebabkan kepercayaan mereka terhadap apa yang diyakini sebagai kepentingan rakyat dan negara.
Mereka tahu dan memiliki kesedaran tinggi bahawa kewujudan mereka sebagai anggota Senat atau Kongres tidak ada kena mengena dengan kepentingan atau kerana mahu mendapatkan ganjaran kereta mewah, elaun, pejabat cantik atau wang-wang sogokan lain.
Kebanyakan mereka memiliki kehidupan profesional yang sudah boleh dikatakan mewah sebelum mengambil keputusan untuk berkhidmat kepada negara dan tidak ada di kalangan mereka itu bekas posmen atau dikaitkan dengan rasuah disebabkan jawatan politik sebaik sahaja menjadi wakil rakyat.
Satu-satunya Senator Amerika Syarikat yang cacat dan berkerusi roda ialah Franklin Delano Roosevelt yang akhirnya menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ulung. Namun beliau cuma mengalami kecatatan anggota sahaja dan bukannya kecatatan moral, kecatatan kebijaksaan politik dan kecatatan prinsip hidup.
Moral di sebalik tindakan melompat parti yang dilakukan oleh Arler dan Snowe tidak sama sebagaimana tindakan lompat parti yang dilakukan oleh Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Kecatatan anggota Roosevelt yang mengakibatkan beliau berkerusi roda tidak sama dengan kecatatan menyeluruh termasuk kecatatan moral yang dikaitkan dengan Adun Jelapang, Hee Yit Fong.
Justeru usaha untuk menjustifikasi betapa perbuatan melompat parti adalah halal walaupun tidak bermaruah dan boleh digunakan untuk menjatuh atau menaikkan sesebuah kerajaan negeri sebagaimana yang dimaksudkan oleh Khairy dan Najib adalah merupakan satu skrip meleset UMNO-BN
Dari:www.detikdaily.net

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost