Monday, June 29, 2009

Nizar Manek Urai: Di Sarawak Arak(Langkau) mesti dijual secara halal- Menteri Islam


KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Sarawak akan mewujudkan satu mekanisme bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap penjualan arak secara haram dengan pihak berkuasa tempatan mengetuai gerakan agensi penguatkuasa bagi membanteras kegiatan itu.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Industri) Datuk Daud Abd Rahman berkata walaupun penjualan arak di Sarawak memerlukan lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, namun ada pihak tanpa memiliki lesen berkenaan menjual arak secara terbuka sehingga menimbulkan kebimbangan gejala sosial.

"Kami melihat perkara ini daripada segi pemantauan dan penguatkuasaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan Baitulmal di sini Isnin.

Mengenai cadangan mengetatkan penjualan arak di Sarawak yang dirancang sejak 2006 tetapi tiada perkembangan sehingga kini, Daud berkata Jabatan Peguam Negeri dan Kabinet negeri telah memberikan pandangan mereka.

"ketika ini kami sedang menghalusi kaedah pelaksanaannya kerana perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat lain," katanya, sambil menambah kata bahawa undang-undang kecil sedia ada tidak perlu dipinda ataupun penggubalan undang-undang diadakan.- masdarwahid


Komen aku:
Macamanalah kerajaan Sarawak nak buat undang2 untuk menghalang penjualan arak secara haram.Minum arak di Sarawak adalah budaya bagi kebanyakan kaum bukan islam.Setiap perayaan, mereka akan berpesta dan mabuk sakan setelah minum arak.Bukan di musim perayaan saja arak akan di hidangkan, malah setiap perjumpaan politik pun arak seakan wajib untuk dihidangkan.Masa PRK Batang Ai lalu, setiap parti yang bertanding akan memperuntukan sejumlah besar wang untuk membeli arak.Malah, majlis makan malam yang diadakan oleh sebuah parti dari Pakatan Rakyat pun menyediakan arak untuk menarik kehadiran arang muda untuk hadir. Fikir-fikirkanlah.... 2X5 berapa ???

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost