Tuesday, June 30, 2009

Nizar Manek Urai: UMNO/BN cuba lagakan Nik Aziz dan Hadi Awang sekali lagi



Setelah isu Kerajaan Perpaduan berjaya didiamkan oleh Pimpinan PR, kini UMNO melalui media kawalan mereka cuba membesarkan isu debat yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan percubaan melagakan TGNA dan Tuan Guru Haji Hadi Awang merangkap Presiden PAS.

Nik Aziz, yang merupakan Mursyidul Am Pas, telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Bernama juga melaporkan percanggahan pendapat dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang menyokong debat itu mencadangkan agar debat itu disiarkan secara langsung melalui televisyen manakala Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak bersetuju debat itu diadakan secara terbuka sebaliknya mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan platform lebih sesuai iaitu berbincang untuk mencari kesepakatan Islam dan Melayu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mencari kaedah lain untuk berbincang mengenai kemelut politik antara Umno dan parti itu dengan Najib sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat terbuka itu ditolak.

Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap pelbagai reaksi negatif berhubung cadangannya itu sehingga ramai yang beranggapan cadangan itu hanya membazir masa, Nik Aziz bagaimanapun masih berharap niatnya itu dapat dipertimbangkan walaupun belum menerima sebarang respons daripada Perdana Menteri.

Tengoklah dalam masa tersekat ini terutama semasa kempen PRK Manek Urai, isu ini akan dimainkan dan cuba diperbesarkan.Media mereka akan cuba memutar-belitkan kenyataan pemimpin PR yang setuju dan tidak setuju dengan debat ini.Lihat macamana cara mereka menyiarkan kenyataan Abdul Hadi mengenai isu ini.

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kamu tok sah cakap banyak.PKR tu parti boneka DAP macam PAS juga.Orang kuat kamu DAP buang macam sampah kat Pulau Pinang masih nak cakap besar kat sini.Tak malu.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost