Friday, June 26, 2009

PRK Manek Urai : Rakyat Akan Hukum Kedurjanaan BN - Manohara/Nizar/PAS


BN tidak serik-serik menggunakan harta kerajaan bagaikan harta pusaka mereka. Tidak cukup dengan segala agensi kerajaan digunakan kebelakangan ini mereka menggunakan Polis dan Tentera untuk memberikan kelebihan kepada mereka.

Trend di beberapa pilihanraya kecil menunjukkan ribuan Polis dengan belanja puluhan juta wang rakyat digunakan untuk memudahkan BN berkempen dan memancing undi. Polis digunakan bukan sahaja untuk 'escort' pemimpin BN berkempen malah anggota cawangan Khas (SB) pula tanpa segan silu bekerja untuk BN dalam apa juga kaedah dan cara

Terakhir satu lagi pendedahan menjijikkan apabila pasukan tentera digunakan berkempen untuk BN samada secara langsung atau tidak langsung.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan beberapa surat yang beliau perolehi di mana kandungannya antara berupa arahan kepada tentera untuk menjalankan 'projek' di beberapa kawasan yang disifatkan kelabu dan hitam buat BN.

Antara kawasan tersebut ialah Kampung Manek Urai Baru, Kampung Manek Urai Lama, Kampung Budi, Kampung Machang Manjur, Kampung Sungai Peria, Kampung Kongsi Baru, Kampung Temiang, Kampung Bumut Saih, Kampung Gajah dan Kampung Manek Urai.
Saya sekali saya tegaskan di sini saya tidak akan mengHALALkan walau satu sen duit rakyat digunakan untuk tujuan kempen BN.

Untuk itu saya merayu kepada pengundi Manek Urai supaya menghukum kedurjanaan BN ini dengan memberikan pukulan 'knockout' kepada BN. - Oleh SOFI WAHAB

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost