Sunday, August 23, 2009

PKFZ / Ong vs Tiong: Tee Keat Sedia Disiasat SPRM :- Nizar vs Zambry/Najib Altantuya


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada sidang media semalam, Tee Keat mengalukan penyiasatan SPRM berhubung tindakan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang mahukan pihak SPRM melakukan pemeriksaan dan penilaian terhadap aset yang dimiliki Tee Keat dan isterinya.

“Dia ni boleh heboh dan ugut apa sekalipun kepada saya. Tetapi, saya tidak sesekali akan tunduk kepada tekanan ini.

“Pada saya, keadilan dan kebenaran tetap akan ditegakkan. Saya sedia untuk disiasat mana-mana pihak,” katanya.

Menurutnya, King Sing sekarang ini sudah kehilangan kredibiliti kerana terus-menerus menyerangnya, sehingga mengaitkan isterinya dalam kes ini.

Baginya segala pertuduhan tersebut tidak berasas sama sekali dan menjejaskan nama baik beliau sebagai Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA.

Tee Keat dan King Sing sebelum ini terbabit dalam perbalahan mengenai isu PKFZ dimana King Sing mendakwa Tee Keat yang juga Presiden MCA menerima RM10 juta daripadanya selaku pemaju PKFZ untuk kegunaan aktiviti MCA tahun lalu.

Bagaimanapun Tee Keat pada 13 Ogos lalu menafikan semua pertuduhan tersebut dengan membuat laporan polis. - /sinarharian

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kalau pegawai kanan SPRM yang sepatutnya memerangi rasuah begitu mudah sekali boleh disuap dan dibeli oleh mantan MB Selangor yang lalu ini kan pulak Menteri Pengangkutan...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost