Tuesday, September 29, 2009

Selcat: Pergolakan PAS Selangor Semakin Panas? :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Selangor mahu Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin kerana desak Hasan Ali letak jawatan

PETALING JAYA: Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.

Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.

Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

"Tapi, anda tunggu dan lihat," katanya.

Khairuddin berkata, jawatankuasa itu juga sedang meneliti kenyataan-kenyataan Khalid yang boleh merosakkan imej parti.

Jelas beliau, Badan Perhubungan PAS Selangor berdiri teguh di belakang Dr Hasan yang hanya membuat kritikan membina untuk menambah baik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Hasan meletak jawatan berikutan kenyataan-kenyataan beliau yang tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Dr Hasan telah menggesa pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam dan secara terbuka telah mengkritik Selcat berhubung tatacara yang dijalankan terhadap para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui ke manakah wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

Sumber juga menyebut, wujud perbalahan antara Exco Selangor, Ronnie Liu dan pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berikutan Liu telah dipanggil menghadap jawatankuasa bagi menjelaskan sebab beliau menggunakan peruntukan tahun ini dalam tempoh tujuh bulan.

Isu Selcat turut dibangkitkan ketika mesyuarat kelab penyokong-penyokong PAS, justeru perkara yang dibangkitkan Dr Hasan itu bukanlah satu isu baru.

Sumber juga menyebut, ramai pemimpin akar umbi PAS kecewa dengan Khalid kerana menimbulkan tanggapan bahawa Dr Hasan adalah pencetus masalah.

Khalid memang diketahui mempunyai hubungan yang dingin dengan Dr Hasan berikutan keputusan Pesuruhjaya PAS Selangor itu menggugurkannya (Khalid) sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu beberapa bulan yang lalu.-/mStar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost