Monday, January 4, 2010

Isu Enjin Jet:: Cerita Lawak Gani Patail Lawan Ikan Bilis


Isu jet: Hanya staf bawahan terlibat, bakal didakwa - MalaysianInsider

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan hanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.Mereka akan dihadapkan di mahkamah dalam waktu terdekat, kata beliau pada sidang media di sini hari ini.Gani mendedahkan Uruguay merupakan destinasi terakhir kedua-dua enjin G J85-21A itu ditemui selepas ia hilang dari pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 2007.

Kata beliau kerajaan akan mendapatkan bantuan pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan balik kedua-dua enjin berkenaan yang bernilai RM50 juta setiap satu.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada kedua-dua enjin itu masih berada di Afrika Selatan ataupun sudah dihantar ke tempat lain.

“Keutamaan sekarang ialah mengesan enjin-enjin berkenaan,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah TUDM ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

“Kami sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu,” katanya.

Abdul Gani berkata polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu, yang mendedahkan ia telah dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Dis, 2007 dan 1 Jan tahun lepas.

“Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei, 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

“Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay,” katanya.

Abdul Gani berkata Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, Abdul Gani berkata beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Ditanya harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975.

Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Gani menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai “perkara serius”, dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Rabu lalu, polis telah hantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM kepada Jabatan Peguam Negara setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Musa berkata tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost