Saturday, January 9, 2010

Yahoo!!! Harga Barang Tak Naik Lagi Lepas Ni...


Satu lagi berita lucu dan lawak dilaporkan di media hari ini. Rakyat bukannya tidak biasa dengan jaminan kerajaan, pengilang, pemborong dan peruncit bahawa harga barang tidak akan dinaikkan. Sudah beratus kali jaminan tidak berlaku kenaikan harga diberikan sebelum ini apabila berlaku kenaikan tariff elektrik dan kenaikan barangan asas seperti gula, tepung, beras dan lain-lain. Tetapi jaminan itu semuanya hanya untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikat sebenar barangan keperluan semakin hari semakin naik.

Kini dengan kenaikan gula kerajaan dan pihak terbabit sekali lagi berjanji dan memberi jaminan harga barangan lain tidak dinaikkan. Bolehkah kita percaya sedangkan kita telah ditipu ratusan kali.Hanya rakyat yang pekak, buta dan tuli mata hatinya yang akan percaya kepada jaminan penipu dan pembohong ini.Hari ini media melaporkan Industri pengeluar makanan dan minuman bergula, serta persatuan pengusaha restoran seluruh negara memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman ekoran kenaikan harga gula baru-baru ini.Jaminan itu diberi dalam pertemuan dengan 50 wakil industri dan persatuan itu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dengan jaminan itu, harga makanan dan minuman berkaitan gula seperti roti manis, kek dan susu pekat tidak akan dinaikkan dalam waktu terdekat kecuali disebabkan faktor lain seperti kenaikan harga bahan lain yang terlibat dalam pembuatan makanan itu atau kenaikan kos pekerja.

BOLEH PERCAYA KE?????????

--DetikDaily

MyKampungku

1 comments:

azman kamarul said...

SIAPA NAK PERCAYA? DARI DULU CAKAP PUAK MENTERI UMNO NI MEMBELIT TAK SUDAH....KATA HARGA BARANG TAK NAIK.DUDUK TAK DUDUK HARGA GULA NAIK 20 SEN...DAH BEGITU..ALASANNYA MACAM CAKAP PAK PANDIR...KUNUN NAK JAGA KESIHATAN RAKYAT...

NAK TANYA SIKIT...BILA PULAK MENTERI UMNO NI DAH BERTANGGUNGJAWAB SANGAT TERHADAP RAKYAT?

SETAHU AKU DEPA NI PERABIH DUIT RAKYAT ADALAH....

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost