Friday, February 19, 2010

Isu Perarakan Maulidur Rasul Dan Khairy Jamaluddin

Situasi 1

Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang

Dari blog Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin. (13 Feb 2010)

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu terkejut dan memandang serius laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang.

Unjuran daripada reaksi pelbagai pihak, YAB Lim Guan Eng telah membuat kenyataan pada lewat malam semalam dengan menjelaskan bahawa arahan pembatalan itu adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, menurut beliau sambutan kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010.

Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan ini kerana pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menidakkan rakyat Pulau Pinang yang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka kepada Baginda Rasullah SAW malah merupakan satu gambaran yang langsung tidak memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Kenyataan penuh di http://www.rembau.net.my/

Moral : Menurut YB Khairy, kerajaan Pulau Pinang menghina agama Islam.

Situasi 2

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

Salhan K Ahmad (Feb 18, 10 / 5:14pm)

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

“Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah,” kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

“Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

“Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan,” katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

“(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan,” tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah. Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

“Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam” katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor. Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

“Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan,” katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran.

“Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain,” katanya.

Moral : Berdasarkan kenyataan YB Khairy kepada kerajaan Pulau Pinang, bahawa tiada perarakan Maulidur Rasul itu satu penghinaan kepada Islam, maka kerajaan Pahang, Johor dan Perlis pun sama juga.

Tunggu pula kenyataan beliau kepada tiga kerajaan negeri ini. Adakah beliau memang serius sepertimana beliau begitu serius dengan kerajaan Pulau Pinang…

http://abunuha.wordpress.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost