Monday, March 22, 2010

Anwar Pertahan Dakwaan 'ONE ISRAEL'


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan. - Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost