Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR: ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH


Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak

berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :-

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?

d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun mengormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah
Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!!

g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.

h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?

Nizar vs Zambry: Siapa Sebenarnya 'Gila Kuasa' Di Perak.


Terbaca laporan di dalam akhbar baru-baru ini tentang kenyataan Zambry MB Perak yang dinamakan oleh mahkamah, saya menjadi hairan mengapa Zambry masih tidak mengaku bahawa segala krisis yang berlaku di Perak kini adalah berpunca dari pihaknya. Sukar sangatkah bagi Zambry untuk mengerti erti `semangat' dan roh demokrasi sebenarnya. Apakah Zambry masih perasan bahawa majoriti rakyat Perak masih menyokongnya?

Mungkinkah Zambry berpendapat bahawa dengan melompatnya 3 Adun PR ke pihak beliau, maka keseluruhan rakyat yang diwakili oleh ke tiga-tiga Adun `katak' tersebut turut menyokong beliau? Jika ini lah yang dibanggakan oleh Zambry yang tetap mempertahankan kerusi MB nya sekarang, kalau bukan jenis `gila kuasa' , saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan dengan `gila kuasa'.

Tuduhan beliau yang menganggap YAB Ir Nizar sebagai MB Mahkamah adalah satu tuduhan yang dangkal, jauh dari fakta dan kenyataan. Jika sekalipun YAB Ir Nizar memenangi kes beliau di mahkamah, beliau adalah pilihan mahkamah dan yang lebih pentingnya beliau juga pilihan rakyat Perak sebenarnya. Ketika Mahkamah Tinggi memutuskan YAB Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah, majoriti rakyat Perak juga tetap menganggap beliau sebagai MB Perak. Bahkan, ketika Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah, majoriti rakyat Perak tetap menyatakan YAB Ir Nizar adalah MB Perak. Untuk membuktikan perkara ini, ayuh bubarkan Dun Perak sekarang dan kita akan ketahui siapa MB Perak pilihan mahkamah atau MB Perak pilihan rakyat. Soalnya mengapa tidak berani bubarkan Dun? Mengapa perlu takut hadapi kenyataan?

Adakah kerana YAB Ir Nizar bawa kes ini ke mahkamah, maka beliau dianggap MB mahkamah? Beliau cuba untuk mencari keadilan di mahkamah selepas kuasanya terlucut akibat konspirasi politik yang kotor dan jijik. Beliau faham bahawa keputusan mahkamah bukan cara terbaik untuk menonjolkan semangat demokrasi yang sebenarnya kerana kuasa hakiki adalah ditangan rakyat. Oleh sebab itulah apa pun keputusan mahkamah terhadap kes beliau, YAB Ir Nizar tetap komited untuk membubarkan Dun. Mengapa Zambry tidak seberani YAB Ir Nizar? Atau paling kurang pun, adakan pilihanraya kecil di kawasan ketiga-tiga `spesis' makhluk yang melompat itu. Rakyat Perak akan hormati Zambry jika ada sedikit keberanian seperti itu.

Saya berpendapat tiada kuasa yang mutlak untuk menafikan hak rakyat. Demokrasi adalah hak untuk semua. Di Perak kini, lambang demokrasi pun sudah musnah dan rosak teruk di mana Dewan Undangan Negeri seperti bar tempat cowboy bersukaria dan bergaduh. Apa yang berlaku di dalam dewan baru-baru ini amat tragis sekali. Jelas terpampang bagaimana undang-undang dewan dan kemuliannya langsung tidak dipelihara. Zambry wajib memulihkannya, dan tiada cara lain melainkan dengan kembali kepada rakyat. Biarpun pengkhianatan sebenarnya telah dimulakan oleh tiga `spesis' makhluk yang melompat, tetapi rakyat tetap menganggap Zambry bersubahat di dalam menidakkan kuasa rakyat.

Ingin kita mengingatkan Zambry bahawa penentuan siapa yang dipilih oleh rakyat hanyalah dengan membubarkan Dun. Percayalah, kerajaan Perak yang ada sekarang tidak mampu mengurus dan mentadbir Perak dengan baik hanya bergantung kepada 3 `spesis' yang tidak bermoral itu. Mahukah zambry dianggap sebagai MB sebuah kerajaan yang tidak bermoral ?

PRK Penanti: SPR Arah PKR Turun Bendera Depan Pejabat UMNO.


Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.

Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.

Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.

Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah wujudkan bermacam-macam lagi undang-undang dan arahan-arahan pelik ikut kepala bapak pengerusi SPR.

Aku sokong je SPR dari jauh...

Sokong bawa rebah..!

Monday, May 25, 2009

Nizar vs Zambry: Khairy Jamaluddin, Arnold Schwarzenegger & Hikayat Katak

Menurut Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia (dalam blognya) - oleh kerana hakikatnya lompat parti adalah halal di sisi undang-undang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di banyak negara demokrasi berperwakilan di seluruh dunia dan bahawa banyak kerajaan telah tumbang di negara lain tanpa pilihan raya di adakan semula – maka tindakan yang dilakukan oleh tiga orang bekas Adun Pakatan Rakyat yang meninggalkan parti mereka masing-masing untuk menjadi Wakil Rakyat bebas adalah juga boleh dipertahankan

Bagi memperkukuhkan hujahnya dalam mempertahankan tindakan Presiden UMNO-merangkap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengambil kesempatan dari tindakan tiga Adun berkenaan untuk merampas kuasa kerajaan negeri Perak (kini dilihat oleh dunia sebagai terkeluar dari sekadar-kadar kehalalannya dari segi undang-undang dan dianggap oleh rakyat Malaysia yang lebih bijak dan berpendirian sebagai tindakan paling tidak bermaruah), Khairy telah mengambil contoh tentang tindakan seorang anggota Senate Amerika Syarikat
Menurut Khairy (terjemahan): Hanya bulan lalu Senator Arler Specter meninggalkan Parti Republikan untuk menyertai Parti Demokrat, dan demikian menyebabkan Parti Demokrat memiliki 60 kerusi dan menikmati kedudukan ‘supermajority’ dalam Dewan Senat Amerika Syarikat, kerana 60 undi diperlukan bagi meluluskan undang-undang dalam dewan berkenaan. Pada tahun 2001, anggota Senat Parti Republikan Jim Jeffords mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Bebas dan sekaligus memberikan Parti Demokrat majority mudah – satu kes yang banyak persamaan di pelbagai peringkat dalam situasi Perak.

Sementara kisah mengenai tindakan dua orang anggota Senat Amerika itu benar, tetapi Khairy tidak pula menjelaskan apakah yang mendorong mereka berbuat demikian. Dalam pada itu Khairy juga memberikan gambaran yang tidak tepat tentang sistem Dewan Senat Amerika Syarikat bagi menampakkan kewajarannya tindakan kerajaan UMNO-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tidak dihuraikan juga, walaupun secara ringkas ialah hakikat bahawa tindakan Arler yang beberapa kali bertukar parti - menanggotai Parti Demokrat di zaman remajanya dan kemudian menyertai pula Repulikan pada 1966 sebelum kembali menganggotai Demokrat bulan lalu – tidak ada kena mengena dengan sebarang habuan atau pujukan.
Bahkan sewaktu menjadi anggota sesuatu parti, Arler kerap mengundi usul yang dibentangkan oleh parti lawan demi demi kepentingan negara dan rakyat dan bukannya kepentingan peribadi dan parti.

Hal ini adalah sesuatu yang amat kerap dan biasa berlaku di Dewan Senat Amerika Syarikat. Amalan demokrasi di negara tersebut tidak sama dengan apa yang dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO-BN sebagai “demokrasi terpimpin” kerana keanggotaan parti dalam Dewan Senat tidak bermakna apa-apa kepada cara anggota dewan berkenaan mengundi sesuatu usul.

Tidak seperti Ahli Parlimen dan anggota Dun Malaysia, Senator dan Ahli Kongres Amerika Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk pengundi kerana parti. Sejarah politik Malaysia menunjukkan amat jarang parti pembangkang menyokong dan mengundi usul yang dibentangkan oleh parti kerajaan kecuali dalam keadaan yang betul-betul terkecuali seperti pindaan Perlembagaan menghadkan imuniti Raja-Raja dan sebagainya.
Untuk menunjukkan bahawa kononnya strategi Najib dalam merampas kuasa kerajaan Perak menerusi perbuatan lompat parti/menjadi calon bebas oleh tiga bekas Adun Pakatan Rakyat itu berkredibiliti, Khairy hanya menyebut tentang tentang tindakan Arler menukar partinya tanpa menyebut sebab dan amalan demokrasi Amerika Syarikat.
Juga tidak dinyatakan oleh Khairy, sama ada kerana tidak tahu atau ia akan hanya mencederakan lagi imej Najib, UMNO dan BN yang sudah begitu terpalit dengan segala macam cemuhan rakyat ialah bahawa misalnya dua orang Senator Republikan, Senator Olympia J. Snowe dan Senator Susan Collins dari Maine lebih banyak mengundi usul yang dibentangkan oleh Demokrat berbanding Republikan.
Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh akhkbar Kongress, Hill), menunjukkan Senator Edward Kennedy (adik John F Kennedy) adalah anggota Demokrat yang paling banyak terlibat dalam politik bipartisan dalam mengundi untuk partinya dan juga parti Republikan.
Menulis mengenai Senator Edward Kennedy untuk majalah Time, edisi khas (11 Mei 2009) mengenai 100 tokoh paling berpengaruh di dunia, Gabenor Carlifonia Arnold Swarzenneger (dari parti Republican) menyebut: “Sementara bukanlah setiap isu politik dia dan saya bersetuju, namun saya sentiasa mengkagumi kemampuannya untuk mengutarakan pandangan politiknya merentasi batas perbezaan politik terhadap perkara seperti imigresen, kesihatan, hal sivil, pendidikan dan alam sekitar.”

Sebenarnya ramai lagi dalam sejarah Dewan Senat yang mengundi untuk parti lawan atau bertukar parti disebabkan kepercayaan mereka terhadap apa yang diyakini sebagai kepentingan rakyat dan negara.
Mereka tahu dan memiliki kesedaran tinggi bahawa kewujudan mereka sebagai anggota Senat atau Kongres tidak ada kena mengena dengan kepentingan atau kerana mahu mendapatkan ganjaran kereta mewah, elaun, pejabat cantik atau wang-wang sogokan lain.
Kebanyakan mereka memiliki kehidupan profesional yang sudah boleh dikatakan mewah sebelum mengambil keputusan untuk berkhidmat kepada negara dan tidak ada di kalangan mereka itu bekas posmen atau dikaitkan dengan rasuah disebabkan jawatan politik sebaik sahaja menjadi wakil rakyat.
Satu-satunya Senator Amerika Syarikat yang cacat dan berkerusi roda ialah Franklin Delano Roosevelt yang akhirnya menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ulung. Namun beliau cuma mengalami kecatatan anggota sahaja dan bukannya kecatatan moral, kecatatan kebijaksaan politik dan kecatatan prinsip hidup.
Moral di sebalik tindakan melompat parti yang dilakukan oleh Arler dan Snowe tidak sama sebagaimana tindakan lompat parti yang dilakukan oleh Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Kecatatan anggota Roosevelt yang mengakibatkan beliau berkerusi roda tidak sama dengan kecatatan menyeluruh termasuk kecatatan moral yang dikaitkan dengan Adun Jelapang, Hee Yit Fong.
Justeru usaha untuk menjustifikasi betapa perbuatan melompat parti adalah halal walaupun tidak bermaruah dan boleh digunakan untuk menjatuh atau menaikkan sesebuah kerajaan negeri sebagaimana yang dimaksudkan oleh Khairy dan Najib adalah merupakan satu skrip meleset UMNO-BN
Dari:www.detikdaily.net

PRK Penanti: 'Bubar PKR?' Siapa Aminah untuk berkat begitu???


SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.
Dari: wfauzdin ns.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost