Saturday, August 29, 2009

Nizar/Zambry/Najib Altantuya: Tiada Sidang DUN Perak Rabu Ini - Ganesan


Speaker: Tindakan Sivakumar panggil sidang adalah pelik

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata, tindakan ADUN Tronoh, V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata, Sivakumar masih mahu "menyamar" dan bertindak sebagai Yang Dipertua dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

"Saya juga ingin memaklumkan kepada semua ADUN supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh ADUN Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai Yang Dipertua yang baru," katanya.

Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

"Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut PerintahPerintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini," katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai "rampasan kuasa" dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam "sidang DUN" pada Rabu ini.-/mstar

Nizar / Najib Altantuya: Zambry dah cabut keris dan ajar doa buka puasa....


Bulan puasa ni kita mesti berhati-hati tidak mengeluarkan kata-kata supaya tidak mencela orang lain. Jangan nak sedap-sedap mengata orang takut puasa kita yang dapat Lapar dan Dahaga sahaja. Pulak tu pahala kita dapat kepada orang yang kita menyakitkan hatinya. Anggaplah ini satu berita baru untuk melariskan barang baik. Yang dimaksudkan adalah Embey Zambry di Negeri Perak ini.

Pada 5 Ramadhan 26 Ogos 2009 terdengar pekikan pahlawan baru silat setelah selesai menerima gelaran ‘Imam Khalifah Negeri’ dari Pertubuhan Silat Gayong Malaysia di kediaman Menteri Besar, Ipoh.

“JANGAN sesekali mencabar kedudukan orang Melayu dan JANGAN anggap dengan berdemontrasi di jalanraya mereka anggap mereka handal, tapi mereka tidak tengok lagi amokan serta kepahlawanan Melayu!” katanya .

Tambahnya, cabaran yang dibuat bukan bermaksud mengajak orang lain bertarung tetapi mengingatkan pihak tertentu (Pakatan Rakyat) jangan sesekali berani mengusik hak dan kepentingan orang Melayu yang telah sedia maklum.

Sesekali cabut keris, terkecut kedu juga dibuatnya

Pada 6 Ramadhan 27 Ogos 2009 dan mungkin sepanjang Ramadhan, terdengar suara Embi Zambry di siaran radio ‘Perak FM’ ucapan selamat beribadat berpuasa dan memimpin bacaan doa buka puasa yang didengari keseluruh Negeri Perak sebelum berkumandang azan Maghrib.

“Saya Dato Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mengucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Kemudian, “Allahumma lakasomtu…..” dan azan Maghrib pun berkumandang.

Tuan Guru kita dah bertazkirah dan lepas ini pasti laku punya.

/tranungkite

Isu Kepala Lembu: Jangan Terpengaruh Dengan Provokasi! – TS Khalid :-Nizar/Zambry & Najib Altantuya



Kerajaan Selangor dalam kenyataannya pada hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan memperendahkan kaum lain oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu yang merujuk kepada kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri turut mempertikaikan masa dan ketika ia dibuat. Katanya, “pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.”

Kejadian itu dilihat sebagai satu jenis penghinaan kepada penganut agama hindu di sekitar kawasan Shah Alam dan dengan sendirinya tindakan tersebut adalah tindakan kebelakang dari proses penyatuan bangsa yang sudah lama dipraktikkan.

“Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.”

Sebuah perbincangan tentang isu tersebut akan dibuat yang meliputi luahan pendapat masyarakat setempat. Perbincangan itu juga akan memberi peluang kepada pihak kerajaan negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan factor-faktor utama yang menyebabkan keputusan memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Kata TS Khalid lagi, sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, kerajaan negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

—————————————————————————

Berikut merupakan kenyataan penuh TS Khalid Ibrahim.

—29 OGOS 2009—SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.

Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.

Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti.

Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.

Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

/perakexpress

Nizar/Zambry&Najib Altantuya: Senda Ramadhan - Tomyam jadi Putu Mayam ...

Rilek kejap.Kita baca cite lawak ni yg boleh buat kite pecah perut dan boleh menambahkan lapar puasa di bulan Ramadhan ni....Cite ni aku petik dari blogger Fdausamad(link).Korang baca la sendiri sampai habis tau... lawak antarabangsa ni....

Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan.Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe,lain kali lah kita dating.

Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?,Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih,baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.

"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.

Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong.Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam.Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.

Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan.Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek,lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas,ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.

Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam.Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang.Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan.Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.

Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang.Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula.Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak.Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang.Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek.Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah.Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang.Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang.Ahh,ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita.Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang.Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar.Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.

"Mana lauk gua?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

******
Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legend bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari,biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir.

Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut.Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam.Kahkahkah!!!
*****
p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang.Pundek sungguh!

Ong Pernah Ambil Sendiri RM4 Juta - Tiong King Sing :-PKFZ & Najib Altantuya


Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong berhutang kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.
/harakahdaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost