Saturday, January 24, 2009

Gerhana Matahari 26 January 2009



Gerhana annular matahari dijangka akan dapat disaksikan di Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Sumatera Selatan dan Timur dan Lautan Hindi pada 26 Januari 2009.

Pada amnya Kawasan Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana separa sahaja dengan hanya 82% permukaan dilindungi oleh bulan, kecuali di kawasan persempadanan Sarawak dengan kawasan utara Kalimantan Barat, iaitu kira-kira 400km ke timur Kuching. Kawasan ini berpeluang menyaksikan gerhana cincin.

Bagi mereka yang berada dikawasan berdekatan bandaraya Kuching,mereka boleh menyaksikan gerhana separa yang bermula pada jam 16:35:07.(Jadual penuh)

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan... terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

harap2 tak hujan

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost