Tuesday, January 20, 2009

PERANAN MEDIA JATUHKAN UMNO/BN

.
"Keputusan PRK P36 Kuala Terengganu telah pun diketahui. UMNO dikalahkan oleh PR untuk kali ke-2. Akhbar-akhbar pro-UMNO seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak banyak mengulas. Begitu juga dengan TV3 dan RTM. Kesemuanya mengambil pendirian untuk berdiam diri.

Mungkin mereka sedang tergamam. Pujian yang melangit tingginya terhadap UMNO/BN dilalakkan oleh media pengampu ini setiap hari, waima sebelum masa berkempen lagi.

PAS/PR dikeji, diselar, dan difitnah oleh kesemua media itu semau-maunya tanpa membuka ruang sedikit pun kepada pihak yang dibelasah itu untuk membela diri.

Mereka tergamam kerana usaha yang mereka buat tidak mendapat sambutan pengundi-pengundi PRK Kuala Terengganu. Titik peluh yang mereka keluarkan tidak berbaloi. Semuanya sia-sia. Kini, mereka menanggung malu yang bukan sedikit kerana gagal menjayakan agenda tuan yang diampu dan dibelai. Kesian!!!

Belasahan mereka terhadap PAS/PR bukan sahaja keterlaluan malahan juga mengatasi batas-batas kemanusiaan.

Mereka mengadudomba PAS dengan DAP melalui isu hudud dan qisas. Isu ini tidak relevan dengan PRK Kuala Terengganu. Tiada gunanya mereka menyalak. Isu dalaman PR itu tidak memerlukan campur tangan media.Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dalam sesebuah organisasi, apatah lagi yang masih baru.

Penggemblengan isu itu mengesahkan bahawa perkauman menjadi aspek perjuangan UMNO/BN. Pengundi Melayu, Cina, dan India mencurigai keikhlasan UMNO/BN. Sebab itu, sokongan dialihkan kepada PAS/PR.

Menyedari isu itu tidak mampu mengubah sokongan pengundi kepada UMNO/BN, akhbar pengampu beralih kepada penyebaran fitnah terhadap MB Perak. Isu yang dimainkan ialah Kerajaan Perak menutup kelas tadika KEMAS.

Yang menjadi Abu Jahalnya ialah Zahid Hamidi yang baru saja balik daripada mengerjakan haji di Makkah dan Muhammad Muhd. Taib. Bala besar menimpa UMNO/BN bila berita palsu ini disiarkan dalam akhbar.

Dalam keghairahan membelasah PAS/PR, wartawan akhbar Utusan Malaysia mewawancara Najib. Keegoan mengatasi rasional. Lalu bercakaplah dia ikut sedap mulut.

Diri disifatkan sebagai hamba rakyat untuk menambat hati pengundi. Cakap tak serupa bikin. Tabur duit rakyat merata-rata dikatakan untuk mengurangkan kepayahan rakyat. Soalnya, mengapa masa kempen pilihan raya? Kantoilah apa lagi.

Dah berpuluh tahun dapat royalti minyak/wang ehsan/dana khas. Anehnya, statistik yang dibentangkan pada 3 September 2007 mencatatkan Terengganu merupakan negeri ke-2 paling banyak orang miskin tegar. Lebih aneh, Kelantan yang serba-serbi kekurangan menduduki tempat ke-6. Kantoi sekali lagi.

Kesemua situasi yang dinyatakan di atas tidak syak lagi memberi keuntungan kepada PAS/PR. Pengundi Kuala Terengganu yang membacanya geleng kepala setelah mengetahui rendahnya pemikiran pemimpin UMNO. Ini bermakna rakyat tidak tertipu dengan laporan akhbar dan tv itu.

Perlu diingat bahawa kebanyakan pengundi muda tidak mempedulikan akhbar-akhbar ini. Mereka lebih terfokus kepada berita alternatif yang tersiar dalam internet. Kritikan yang bersifat analisis dan kritis dalam laman web lebih mereka hormati dan mereka mempercayai hujah yang disertakan fakta dan bukti nyata.

Demikianlah peranan media UMNO dalam PRK P36 Kuala Terengganu. Lain yang disasar lain pula jadinya. Hajat hati hendak lemaskan PAS/PR. Alih-alih UMNO/BN yang kelemasan.



PRN Sarawak tak lama lagi menjadi kayu ukur untuk melihat sejauh mana media seperti RTM/TV3 mahupun akhbar-akhbar berbahasa Melayu berubah kepada media yang bebas dan tidak berat sebelah dalam menyampaikan berita.Jika tidak,pasti di PRN itu berlaku sekali lagi tsunami politik seperti di PRU12 lalu.(harap2 tsunami tu berlaku lagi di Swk nanti,inshaallah)

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

klu rtm tu x heran sgtla tapi klu tv3 tu x leh nak prima la...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost