Sunday, June 28, 2009

Nizar Manek Urai: Isu Debat PAS-UMNO tak perlu-Tun Abdullah


Tun Abdullah: Lebih baik berbincang daripada berdebat - mstar
KEPALA BATAS: Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihatkan Pas dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.

Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa keduadua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.

"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik keduadua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah
sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.

"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah pendapat dan pendirian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Menurutnya, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah kerana agama dan adalah lebih baik keduadua pihak mewujudkan persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, keduadua parti itu perlu menyelesaikan bersama isu penting tentang Melayu dan Islam segera supaya mereka tidak bertelagah lagi mengenainya pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan debat secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut politik antara keduadua parti itu.

Nik Aziz dilapor akan menghantar surat mengenai perkara itu kepada Najib.

Abdulah berkata, Pas dan Umno harus mewujudkan perpaduan demi masa depan Melayu dan agama Islam tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbeza pendapat dan pandangan.

"Apa yang penting ialah mencari jalan penyelesaian berhubung isu Melayu dan agama Islam dan tidak bergaduh tentang perkara ini lagi," katanya.

Ketika ditanya sama ada idea kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno perlu diteruskan pada masa akan datang, Abdullah berkata, terpulang kepada Pas dan Umno untuk menentukannya tetapi baginya apa yang penting ialah menangani isu yang wujud di kalangan orang Melayu.

Beliau juga meminta Nik Aziz supaya tidak membuat pelbagai tuduhan yang mengaitkan Umno dengan komunis dan sebagainya kerana ia adalah perbuatan yang tidak baik.

"Dia terlajak cakap tu... tak elok buat tuduhan seumpama itu," katanya.

Di ALOR SETAR, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

"Di sini, apabila berdebat kita masuk belah kita, dia masuk belah dia walaupun ia salah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas hasrat Nik Aziz.

Dr Mahathir ditemui selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat Kedah (MUBARAK) di sini.

"Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan sematamata," katanya dan sambil menambah wakil rakyat dipilih bukan untuk menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna. Mengenai pilihan raya kecil Manik Urai Julai ini, Dr Mahathir berkata beliau akan turun membantu BN jika diminta oleh parti.

Penamaan calon Dewan Undangan Negeri Manik Urai dijadualkan pada 6 Julai ini dan sekiranya terdapat pertandingan, pembuangan undi ditetapkan pada 14 Julai. "Sekarang siapa sahaja boleh jadi calon. Posmenpun boleh," katanya ketika diminta mengulas pemilihan seorang pemborong ikan oleh PAS sebagai calon parti itu untuk bertanding di Manik Urai.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai cara untuk mengatasi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas terdiri daripada pakarpakar bidang tertentu termasuk Perdana Menteri yang memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikannya.

"Saya tidak ada jawapan bagi masalah yang melanda sekarang tetapi pada masa krisis kewangan (1997 semasa beliau menjadi Perdana Menteri), saya bermesyuarat setiap hari dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi masalah tersebut tetapi sekarang keadaan lebih teruk," katanya.BERNAMA

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Nik Zionis nak ajak Najib berdebat?Boleh belah la orang tua bacul ni.Mentaliti dia tak setanding tapak kaki Najib.Nik Zionis,yang dia tau maki hamun,fitnah dan seleweng agama.Selama 18 tahun dia jadi MB,Kelantan lah negeri paling mundur.Bukan saja dia tak boleh tadbir negeri,anak sendiri tak boleh nak jaga sampai jadi pengganas.Nik Zionis kata boleh mencarut sebab dia menghalalkan buku tajuk PUKIMAK oleh Shanon Ahmad.Daripda nak berdebat,eloklah dia berjabat dengan Parti Babi dan parti Liwat.Dia mungkin salah ajak,sepatutnya dia ajak Najib lawan mencarut dan maki hamun,mesti menang kat Nik Zionis.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost