Sunday, June 28, 2009

Nizar Manek Urai: Tuan Aziz Tuan Mat Calon UMNO/BN di Manik Urai


UMNO/BN menamakan Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (Kesar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Manik Urai. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin di Manik Urai sekejap tadi.

Kedua parti yang berminat merebut jawatan itu telah pun mengumumkan calon masing-masing. Jumaat lalu Pas menamakan penjual ikan di pasar besar Kuala Krai Fauzi Abdullah, 50 sebagai calon mereka.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai depan manakala hari mengundi ialah pada 14 Julai.

Pemilihan Tuan Aziz mungkin menimbulkan masalah kepada UBN memandangkan Tuan Aziz dikatakan antara calon yang terjempit dalam kemelut masalah Umno di Kuala Krai. Tuan Aziz dikatakan bukan orang yang diretui oleh Ketua Bahagian, Ramzli Abdul Rahman.

Ramzi sebelum ini dikatakan telah mengangkat nama Naib Ketua bahagian itu Che Jalal Muda. Ada juga diperkatakan sekiranya Che Jalal atau Tuan Aziz bermasalah kemungkinan UBN akan memilih bekas Adun Mengkebang, Azizzuddin Hussein. [d'kota kl 5:10 pm 28/06/09]
mso

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost